Pemimpin-pemimpin politik disaran supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai “senjata politik” kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai.Gesaan tersebut dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menganggap langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih sokongan dan simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing.
“Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk.
Bahaya menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata," katanya lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012,semalam.
Asri menambah, tindakan menjadikan agama sebagai mainan politik juga menyebabkan fatwa yang diputuskan tidak konsisten dan tidak ada keseragaman.Menurutnya lagi, kesimpulan tersebut berdasarkan kepada perkembangan arena politik tempatan sejak kebelakangan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008 (PRU ke12) lalu.
“Fatwa yang ada kejap boleh kejap tidak boleh, kemudian ada saja fatwa baru yang keluarkan, baik dari Barisan Nasional dan juga Pas fatwa politik sangat bahaya,agama perlu dibebaskan dari mainan politik," ujarnya lagi.
Asri turut menegur sikap pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan tulisan maya melalui laman web sendiri menyebarkan fitnah sekaligus secara tidak langsung menzalimi mereka yang tidak berdosa.Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya bersaing dana arena politik dengan cara yang sihat kerana ia melibatkan soal maruah seseorang.
“Apa yang ditulis dan disebarkan bukannya mahu bersaing idea yang baik, tetapi bersaing 'melondehkan' pihak lain. (Jadi) bagaimana nak berkembang perkara yang baik? ...Kita boleh nak kritik, tetapi biar berlapik, ada nilai, akhlak dan adil… bukan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya lagi.
ANDA TAHU PARTI MANA? ??
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment