Berikutan tersebar cerita kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib beli kapal terbang baru seperti yang disebarkan di blog-blog sejak Khamis yang lalu,Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar menceritakan letak duduk sebenar perkara tersebut.Senang cerita,tak ada pesawat yang dibeli oleh kerajaan,sebaliknya, kerajaan ada sewa satu pesawat jenis ACJ A320 untuk tampung kekurangan pesawat.Tapi sewa pesawat khas itu pun sudah tamat pada 31/12/2013,dalam kata lain,bukan benda baru dan tidak lagi digunakan.saya siarkan kenyataan penuh dari Pejabat Perdana Menteri di bawah.
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319,BBJ,Fokker F28,Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong,YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan,pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri,YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri,tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.Pada Ogos 2012,pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.Pada tahun lepas,pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu,Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin.Selain itu,Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.
Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
3 Januari 2014
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Ex Mufti .. kenyataannya BANYAK tak Bolih Pakai ..
Pemikiran nya dah Expired ..
Mamat ni dianggap sebagai seorang yang bijak pandai... Tapi tak sangka cetek sekali kaedah penceritaan apa yang hendak disampaikan kepada umum. Bukankah elok di confirm, double confirm, hatta triple confirm sebelum menulis sesuatu untuk garapan umum. Wallahualam.
Alifmimyaro.
Post a Comment