Social Icons

Pages

Thursday, November 29, 2012

HOT NEWS !!! TUNKU AZIZ MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!


Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa DAP hanya mementingkan agenda kaum Cina tetapi berselindung sebagai parti yang kononnya mendokong semua bangsa termasuk Melayu.Beliau mencapai rumusan itu berasaskan pengalaman peribadinya selama lebih tiga tahun dalam parti berkenaan dan berpandukan dasar-dasar DAP sendiri di Pulau Pinang. “Umumnya,cubaan (DAP) untuk memaparkan diri sebagai parti pelbagai kaum yang mahu membantu kaum Melayu, tidak lebih daripada helah politik,” kata beliau kepada Antarapos. “Mereka mendakwa kononnya mahu membantu Melayu di Pulau Pinang,Mana buktinya? Tidak ada.kecuali memberikan beberapa ratus ringgit kepada mereka,” kata beliau. “Adakah mereka benar-benar mempunyai perancangan untuk membantu golongan miskin di Pulau Pinang yang merangkumi kaum Melayu dan India…(Tidak ada),yang ada hanya cakap kosong dan cakap kosong itu murah harganya. Hakikat ialah tidak ada perancangan sebegitu,” kata Tunku Aziz.Tunku Aziz berkata walaupun diangkat menjadi Naib Pengerusi DAP,beliau tidak diberikan akses kepada isu dan maklumat penting dalam parti yang hanya dikongsi di kalangan pemimpin tertentu sahaja. 

“Saya fikir ramai yang mengandaikan sebagai Naib Pengerusi,saya akan diberitahu segala-gala (mengenai perjalanan parti) tetapi saya langsung tidak diberitahu apa-apa.Saya hadir mesyuarat CEC (Jawatankuasa Pusat). Selalu agendanya adalah sesuatu yang umum. Keputusan dan hala tuju parti sebenarnya dilakukan oleh kumpulan kecil di belakang tabir.Seperti yang anda mungkin tahu, DAP mengamalkan politik berpuak-puak. Jadi, sama ada anda berada dalam kumpulan tertentu ataupun tidak. “Jadi parti ini bukan sesuatu yang benar-benar bersatu,” kata beliau yang keluar dari DAP pertengahan tahun ini setelah menganggotainya pada tahun 2008. 

Aktivis anti-rasuah dan pengasas Transparency International sayap Malaysia itu bertindak demikian kerana membantah tindakan DAP menyokong demonstrasi BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka walaupun dilarang polis.DAP dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menolak tawaran polis mahukan tunjuk perasaan itu diadakan di tempat lain demi menjaga keselamatan rakyat dan melindungi harta benda awam.Tunku Aziz berkata beliau mengambil risiko besar menyertai DAP kerana parti itu rata-rata dianggap parti perkauman Cina oleh orang Melayu.Namun beliau menyertai parti itu kerana terpengaruh dengan laungan pemimpinnya yang mendakwa mahu memperjuangkan kepentingan semua kaum.Tunku Aziz berkata selepas hanya beberapa bulan dalam DAP,beliau menyedari parti itu tidak serius untuk menarik lebih banyak ahli bukan Cina,khususnya orang Melayu.

“Sebagai contoh,mereka menubuhkan satu,dua cawangan Melayu.Saya berpendapat saya boleh membantu, jadi saya minta diaturkan pertemuan… namun tiada apa dilakukan oleh parti untuk (merealisasikan) lawatan itu.Rumusan saya ialah keanggotaan Melayu (dalam DAP) bukan sesuatu yang diambil serius oleh parti,” katanya sambil menambah DAP hanya mahu mengikis “imej Cina” parti itu.Langkah itu dilihat sebagai amat strategik untuk membantu meyakinkan penyokong PAS dan pengundi Melayu lain memberi sokongan kepada DAP pada PRU 13.Ditanya sama ada pemimpin DAP besifat perkauman, Tunku Aziz berkata apa yang jelas ialah tumpuan mereka adalah kepentingan masyarakat Cina. “Saya tidak katakan mereka ini perkauman tetapi apa yang saya perhatikan tumpuan mereka adalah membela kepentingan masyarakat Cina. “(Ini) kerana ..undi DAP datang daripada masyarakat Cina. Jadi untuk mengekalkan kuasa, mereka mesti dilihat memperjuangkan kepentingan kaum Cina secara berterusan,” katanya. “Saya akui itu adalah realiti politik di negara ini. Saya tidak salahkan mereka tetapi sekurang-kurangnya (DAP) janganlah mendakwa dirinya lain daripada (parti yang memperjuangkan agenda Cina),” ujar beliau.

1 comment:

Anonymous said...

no surprise..

 
 
Blogger Templates