Pembangkang Malaysia adalah contoh manusia dengan mentaliti dunia ketiga tetapi berangan-angan konon mampu memimpin negara menjadi negara maju.Kononnya merekalah pejuang demokrasi tulen yang membawa slogan kebebasan setara dengan negara maju.Kononnya merekalah ikon ketelusan dan integriti yang mampu menyelamatkan negara yang telah sedia selamat ini.Namun,dalam mereka bebas mengutuk,mengecam dan memfitnah apa saja yang berkaitan dengan kerajaan dan Barisan Nasional termasuk anak isteri pemimpin yang tiada kena-mengena dengan politik negara,mereka tidak memberi kebebasan kepada orang lain untuk berbuat yang sama terhadap mereka.Kerana itu kita melihat mereka bertindak menggelapkan,memboikot,malah membakar akhbar yang tidak menyebelahi mereka.Walaupun mereka mendabik dada sebagai telus dan adil,tetapi apabila ada laporan yang mampu mengancam kepentingan mereka,akan dituduh mereka sebagai fitnah walaupun ianya benar belaka.Di masa yang sama pula, media mereka sering melaporkan berita yang tidak benar terhadap orang lain.Ironinya,kerajaan tidak pernah menutup mulut pembangkang dengan menghalang mereka menyebar fitnah atau membela diri bila diserang.Akhbar-akhbar pro-kerajaan juga sering memberi ruang kepada kenyataan di pihak mereka,contohnya apabila Hadi Awang menafikan yang beliau ingin menjadi Perdana Menteri setelah kenyataannya di Muktamar PAS mengenai ‘keseronokan’ untuk merasa menjawat jawatan tersebut tersebar luas.Tetapi,akhbar Harakah atau Suara Keadilan langsung tidak pernah melaporkan kenyataan bela diri dari pihak kerajaan.Contoh paling penting ialah jawapan-jawapan terperinci SPR kepada tohmahan kononnya pilihanraya negara ini tidak bersih.
Begitulah halnya apabila pembangkang menjadikan isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sasaran utama dalam perang politik ini.Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang kekal segar dan rakyat semakin pulih dari mabuk akibat disogok dengan politik jalanan dan keterlaluan pembangkang selama hampir sepenggal, tidak salah jika dikatakan bahawa ‘Datin Seri Rosmah’ kini adalah satu-satunya sasaran yang tinggal yang terus dibedil oleh pembangkang setelah gagal dalam serangan yang lain.Apa yang tidak ditohmah pembangkang terhadap wanita pertama ini ??? Hampir semua perkataan dan perumpamaan buruk diberikan kepada beliau.Kononnya beliau boros,sombong,malah digelar ‘puaka’ oleh pembangkang.Hairan, puaka jenis apa yang membantu menjayakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan ??? Puaka jenis apa yang menyayangi anak-anak kecil dan membela wanita ?? Puaka jenis apa yang memperjuangkan kanak-kanak dengan bakat luarbiasa dan juga kanak-kanak autisme ???
Bukankah puaka yang sebenarnya ialah orang yang menafikan segala kebaikan di atas dan menutupnya dengan fitnah yang keterlaluan ??? Dan kini puaka-puaka yang sebenar ini ketakutan pula bila Datin Seri Rosmah mengambil keputusan untuk bertindak-balas dan membela diri setelah sekian lama membiarkan dirinya difitnah dan ditohmah semahu-mahunya oleh mereka.
Dalam usaha itu,sebuah buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor bakal diterbitkan pada pertengahan Januari depan untuk "menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan beliau.Maka pembangkang pun mulalah melolong-lolong menuduh buku tersebut sebagai satu lagi ‘publisiti stunt’ oleh Datin Seri Rosmah.Nampaknya,‘keadilan’ dalam kamus pembangkang bermakna seseorang yang difitnah mereka tidak punya hak untuk membela diri dengan apa jua cara.Oleh itu,mereka memperkecil-kecilkan buku tersebut untuk membangkitkan perasaan prejudis bagi mengelak orang ramai mendapat gambaran sebenar dari pihak yang menjadi sasaran fitnah mereka.Bagaimanapun,saya percaya rakyat Malaysia rata-ratanya bersifat rasional dan lebih suka mencari kebenaran dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak daripada menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh satu pihak.Jika tidak,mana mungkin Barisan Nasional terus menerajui negara sehingga ke hari ini.
Justeru, kita menyanjung usaha Datin Seri Rosmah untuk memperdengarkan kisah dari pihaknya sendiri,bagi membantu rakyat mengenali beliau dengan lebih dekat agar tidak mudah diperdaya oleh musuh-musuh politik suaminya yang terdesak akibat ketandusan modal di ambang pilihanraya.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment