Social Icons

Pages

Thursday, December 13, 2012

HOT NEWS !!! PR SUKA TEMBAK BELAKANG SPRM !!! MACAM ANWAR IBRAHIM JERRR !!! APA CERITA NI ???

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Pasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataannya kepada media Isnin lepas menasihatkan ahli politik dari semua parti agar tidak "menembak SPRM dari belakang", kerana dikhuatiri tindakan sedemikian hanya akan menyulitkan lagi usaha memerangi gejala rasuah. 

"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti.janganlah tembak dari belakang.SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah.Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah".

Berkemungkinan teguran ini timbul disebabkan kecenderungan segelintir pemimpin parti politik tertentu memberi reaksi negatif dan komen berbaur hasutan dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej SPRM apabila terdedahnya isu rasuah, penyelewengan atau salahguna kuasa membabitkan puak mereka.Ini mengingatkan saya kepada isu salah guna kuasa membabitkan DAP di Selangor dalam isu penyelewengan tender kontraktor bumiputera yang kecoh dulu, di mana umum dapat melihat betapa marahnya pemimpin DAP bila SPRM melakukan siasatan ke atas beberapa wakil rakyat mereka.Berikutan kematian mengejut Teoh Beng Hock,pegawai khas kepada Exco Kerajaan PR Selangor,terus sahaja pemimpin DAP,PAS dan PKR memanipulasikannya untuk meruntuhkan kredibiliti SPRM.Walhal bila berlakunya kes kematian itu, tidakpun memberi manfaat pada SPRM kerana Teoh Beng Hock adalah saksi utama badan itu.Tanpa Beng Hock bermakna siasatan SPRM menemui jalan buntu dan DAP pula menjadi pihak yang paling bertuah terselamat dari siasatan lanjut.Bagaimanapun teguran dan nasihat berlapik oleh Datuk Seri Abu Kassim Mohamed beberapa hari lalu itu sebenarnya hanya bersifat umum dan tidak spesifik pada nama parti politik tertentu pun, maknanya tidak bias atau memihak.

Dengan kata lain,patutnya tidak perlu ada mana-mana pemimpin parti politik yang patut terasa atau sensitif dengan teguran tersebut, apatah lagi untuk membuat penafian terbuka bahawa pihak mereka bukannya tergolong dalam kalangan yang dimaksudkan oleh Ketua pesuruhjaya SPRM.Namun tak semena-mena,dua hari kemudian Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali ketika diminta mengulas isu itu menegaskan bahawa PAS bukanlah pihak yang dimaksudkan oleh SPRM.Sebaliknya pemimpin PAS itu menekankan bahawa PAS sentiasa komited membantu SPRM untuk membendung gejala rasuah dan semua unsur penyelewengan. Persoalan sekarang kenapa tiba-tiba sahaja PAS melatah bila SPRM mencuit secara umum berkenaan isu tembak dari belakang ??? Hanya orang yang makan cili sahaja yang akan terasa pedasnya, tak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Beberapa hari lepas pun PAS seperti meroyan sendiri apabila tak semena-mena mahu mengadakan kempen taklimat untuk menasihatkan ahlinya supaya berkelakuan sopan dan menjauhi politik gengster.sebenarnya idea mengadakan taklimat berkelakuan baik itu muncul tatkala isu gengsterisme politik semakin membelit pakatan pembangkang yang sedang berkecamuk dengan tingkah laku ganas ahli dan penyokongnya terutama sekali sewaktu berdemo di atas jalan dan ketika berceramah politik. Kebelakangan ini nampaknya PAS cepat terasa hati,kena cuit sedikit terus melatah tak tentu pasal mengalahkan orang yang kena sakit gila meroyan.

Sebenarnya PAS tahu,pihak yang gemar menembak SPRM sebahagian besarnya terdiri dari pemimpin-pemimpin PR,malah bukan satu rahsia pun wujud satu kepercayaan dikalangan penyokong PAS dan PR bahawa SPRM adalah talibarut BN.Doktrin tersebut disebarkan sehingga akibatnya apabila timbul isu penyelewengan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pemimpin PAS,DAP atau PKR,maka dengan segera mereka menuding jari menyalahkan siasatan oleh SPRM diarahkan oleh BN. Lihat sajalah semasa kecoh kes penyelewengan kuasa melibatkan Arif Fahmi, menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.Belum pun siasatan tika itu bermula,terus sahaja Nik Aziz meminta SPRM mengecualikan dirinya daripada dilibatkan dengan siasatan.Apabila isu semakin panas,pemimpin PAS yang lain dan penyokong mereka mula menuding jari menuduh siasatan SPRM bermotifkan politik. 

Begitu juga semasa timbulnya isu rasuah membabitkan tajaan pakej VIP bernilai RM65,000.00 kepada Nik Aziz untuk menunaikan Haji ke Mekah yang diberikan oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak memasang papan iklan di Kelantan,terus sahaja PAS menuduh siasatan oleh SPRM disebabkan pengaruh pemimpin BN.Tidak cukup dengan tembakan rambang dari belakang untuk mencalar imej dan kredibiliti SPRM, pemimpin PAS juga mempertikaikan siasatan SPRM berhubung kegiatan lombong emas haram di Gua Musang, Kelantan. Lebih mengejutkan bila mana, kehadiran pegawai SPRM untuk menyiasat lokasi lombong-lombong haram itu disambut dengan serangan oleh sekumpulan 70 gengster yang bersenjatakan parang dan kayu. Imbasan beberapa peristiwa di atas cukup untuk membuktikan PAS dan PR menepati kriteria pihak yang dimaksudkan oleh Ketua Pesurujaya SPRM. Lagipun sudah menjadi tabie semulajadi pemimpin PAS dan PR untuk hanya menerima keadilan atau hasil siasatan sesuatu kes hanya jika memihak pada mereka sahaja.Bila saja siasatan itu tidak memihak pada mereka, terus sahaja di cop SPRM bertindak memilih bulu atau bias.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates