Social Icons

Pages

Friday, December 14, 2012

FAKTA !!! PEMIMPIN PR TERDESAK BARUAKAN KAUM INDIA !!! APA CERITA NI ???


Demonstrasi Duduk Bantah Tuntut Kerakyatan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang pada 12 Disember 2012 yang lepas di Putrajaya bolehlah dianggap sebagai antara siri demonstrasi yang paling kelakar dalam sejarah tanahair.kenapa saya kata begitu ??? Mana tidak kelakarnya hanya sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang menyertainya,satu angka yang seribu kali ganda lebih rendah berbanding dakwaan propaganda mereka sebelum ini yang mengatakan ada 300,000 orang dari kalangan masyarakat India yang tiada kad pengenalan.Berminggu-minggu para pemimpin PR menggembar-gemburkan angka tersebut dalam usaha mereka membangkitkan sentimen perkauman dikalangan masyarakat India,alih-alih bila diminta tunjukkan bukti satu apa pun tiada.Bila tiba hari berdemo,yang datang sudahlah kecil sahaja jumlahnya,ramai pula dari kalangan peserta diumpan dengan sogokan wang ringgit dan diangkut pula dengan bas demi untuk meramaikan orang.apa cerita ni ??? satu lagi terbongkar adalah Ahli dan penyokong PKR dari keturunan India yang sememangnya rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan juga dikerah sama hadir,manakala anggota Unit Amal PAS yang sekian lama terkenal sebagai balaci pula turut menjadi tukang nasi tambah.Lebih mengharu-birukan lagi,ada diantara peserta demonstrasi itu pula adalah warganegara India yang terpedaya dengan janji pemimpin-pemimpin PKR kononnya dengan menyertai demonstrasi itu mereka akan mendapat taraf kerakyatan Malaysia. 

Hakikatnya dakwaan pembangkang hanyalah temberang sahaja.Tidak wujud pun masalah kerakyatan melibatkan 300,000 orang rakyat negara ini yang berketurunan India.Sebaliknya hanya kira-kira 9,000 orang sahaja yang menghadapi masalah berhubung status kerakyatan dan ketiadaan kad pengenalan.Sebahagian besar kes tersebut telahpun diselesaikan.Majoriti kaum India sedar tika ini PR khususnya PKR sedang berusaha pelbagai cara untuk menarik semula sokongan pengundi dari kaum itu selepas berlakunya kemerosotan yang mendadak sejak lebih dua tahun lalu.Peristiwa kezaliman pemerintahan DAP-PR di Penang terhadap penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala serta kegagalan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim menunaikan janji membantu penduduk teraniaya itu sehingga sekarang kekal dalam ingatan masyarakat India.

Demikian juga tindakan zalim tidak bertamadun Kerajaan PKR Selangor merobohkan sekurang-kurangnya 7 buah kuil serta beberapa altar penganut Hindu tanpa melalui saluran yang betul juga semakin menambah kebencian kaum India terhadap PR.Berbanding di zaman BN sebelum ini,kerja-kerja perobohan kuil hanya dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah kemudian diganti pula dengan tapak yang baru.Namun bila tiba zaman PR memerintah,segala kuil dan altar Hindu dirobohkan bukan sahaja tanpa melalui langkah perundangan malah tapak gantian juga tidak disediakan dan isu kad pengenalan yang dicetuskan oleh Naib Presiden PKR, N.Surendran beserta angka 300,000 yang dipropagandakan itu realitinya hanyalah salah satu daripada usaha jahat pembangkang untuk memesongkan pandangan masyarakat India.PR mungkin merasakan dengan adanya demonstrasi ini bakal menaikkan semula imejnya dikalangan pengundi kaum India,namun hakikatnya majoriti masyarakat itu tidak pun termakan dengan propaganda sedemikian,sebaliknya tindakan PR itu lebih dilihat seperti cuba membaruakan masyarakat kaum itu sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Tettett... tetteett... sms...

“To all Indian National from India. Don’t miss this opportunity. U can get Malaysian citizenship. Malaysian government giving u a chance now. Please go and register at Jabatan Pendaftaran Negara (NRD), Putrajaya on 12-12-12 at 10am. Please pass a word to all our Indians friends.”

Patut la ramai paria-paria yang datang, import dari India rupenye.... Kah kah kah kah kah.... memang celako punye pemimpin fuckatan...!!!!!!!!

Anonymous said...

dey Macha!!!!minum TODI ka?lalalala

 
 
Blogger Templates