Social Icons

Pages

Sunday, December 23, 2012

HOT NEWS !!! BALAK LEBIH PENTING DARI NYAWA RAKYAT KEDAH !!! APA CERITA NI ???


Jika tulisan boleh berbunyi,rungutan dan keluhan boleh didengar sekuat-kuatnya,tentulah bising,riuh rendah,gamat lagi bingit jadinya negeri Kedah dengan seruan memanggil Datuk Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah.Serata ceruk akhbar,blog dan laman web sedang memanggilnya, serata ceruk kampung sedang menyebut namanya,meminta beliau bangun dari tidur dan melihat apa yang terjadi di negerinya.Semua orang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan tidak terkawal di negeri Kedah kini berada di tahap kronik dan bakal menyebabkan bencana.Semua orang mengharapkan beliau menjawab dan seterusnya menyelesaikan apa jua masalah yang melanda.Namun,sehingga habis empangan tercemar,sehingga habis sungai menjadi keruh dan gondol hutan-hutan dikerjakan,Azizan masih terus berdengkur.Amaran dari pihak Jabatan Alam Sekitar juga tidak diambil endah,malah sepatah pun Azizan tidak berkata apa-apa,baik di dalam media perdana,jauh sekali di media pembangkang.Kata orang Azizan tidak tahu apa-apa,maklumlah, akhbar Harakah langsung tidak melaporkannya.Walaubagaimanapun,memandangkan Azizan pernah mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan,maka tidak salah jika saya mengesyaki yang Azizan bukan tidak tahu tetapi cukup maklum mengenai pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan di Kedah.Lebih-lebih lagi apabila Azizan sendiri pernah bermegah kerana berjaya meningkatkan hasil pungutan balak daripada RM35 juta kepada RM39 juta sejurus selepas PAS mengambil alih Kedah.

Bukan sahaja Azizan,tetapi Amirudin,exco Kedah,pada Mei lalu juga masih lagi berceramah megah mengenai ‘kebijaksanaan’ PAS membuat keuntungan dari pembalakan.Dalam satu video ceramahnya Amiruddin berbangga mengumumkan pendapatan Kedah dari pembalakan melonjak sehingga RM48.5 juta pada tahun 2010 dan seterusnya,pada tahun 2011 pula sehingga RM80 juta !!!

ANDA TAK PERCAYA ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH 


Lihatlah saja cerdik tak cerdiknya kerajaan PAS Kedah.Walaupun ketika orang ramai sedang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan di Kedah sudah tidak terkawal,kronik dan membawa bencana tetapi pemimpin-pemimpin PAS Kedah berbangga pula kerana dapat meningkatkan pendapatan dari punca bencana itu.saya percaya,sehingga kini tiada seorang pun dari pemimpin PAS Kedah yang prihatin dan turun melihat sendiri apa yang berlaku bagi mengesahkan pendedahan ini.Kerana itu,saya mengesyaki yang pemimpin PAS Kedah sebenarnya sedia maklum mengenainya tetapi sengaja membiarkan saja keadaan menjadi buruk kerana tidak tahu cara lain lagi untuk menjana kewangan negeri.Mereka tidak mampu membawa masuk pelaburan dan tidak pula dapat meningkatkan pendapatan anak-anak syarikat kerajaan negeri.Lalu,balak sajalah jawapannya,tidak kira yang sebesar pemeluk atau sebesar jari,semuanya ditebang asalkan ia mampu membawa masuk sedikit wang kepada negeri atau mungkin juga ke poket sendiri.Tidak cukup balak di negeri sendiri,kerajaan PAS Kedah juga memalukan negara dengan projek balak di Papua New Guinea. 

meh saya bagi contoh.Pembelian saham projek pembalakan dan peladangan bernilai RM31.21 juta oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) mendedahkan satu penyelewangan dalam bentuk sogokan kepada Menteri negara itu.Laporan audit negara 2011 melaporkan kerugian yang membabitkan pembayaran goodwill kepada vendor sebanyak RM1.21 juta,pembayaran perbelanjaan mobililisasi (RM3 juta),komisyen dan yuran guaman pinjaman (RM1.6 juta) dan pinjaman dari lima syarikat dan kos berkaitan (RM7.68 juta) mulai 2007 hingga Mac 2011.Projek tersebut,bagaimanapun tidak berjalan.Yang membuatkan kita bukan sahaja menggeleng-gelengkan kepala,tetapi ternganga kehairanan ialah semua perjanjian ini dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.Sama ada kerajaan negeri Kedah termaklum atau tidak mengenainya,masih lagi menjadi tandatanya. 

Ini kerana,tiada sepatah pun respon dari Azizan dan sesiapa jua dari kerajaan negeri untuk menjelaskan perkara ini kepada umum.Sikap kekampungan PAS kini terbukti menimbulkan masalah di mana mereka mengurus negeri bagaikan mengurus sebuah kampung.Etika dan professionalisme langsung tidak wujud dalam pentadbiran mereka.Prosedur dan undang-undang adalah perkara asing bagi mereka.Dalam pada itu,mereka amat tergila-gilakan kuasa dan masih teruja dengan kedudukan dan jawatan. Mereka mengalami kejutan budaya bila berada di atas.Sangka mereka, negeri,negara dan dunia ini,diperintah secara suka-suka hati pemimpin kerana kuasa ada di tangan mereka.Oleh itu,apapun yang diperkatakan oleh media dan apapun yang disungutkan oleh rakyat terhadap kepimpinan mereka dianggap sebagai asam garam politik semata-mata.Bagi PAS,jika Kedah akan ditenggelami lumpur,itu sudah takdir.Jika rakyat sakit akibat bekalan air tercemar,itu adalah ujian.Jika ada rakyat Kedah yang mati dalam banjir lumpur,itu sudah ajalnya.Ia bukan tanggungjawab mereka,kerana kerajaan PAS Kedah perlu buat duit untuk negeri dan satu-satunya cara yang ada ialah dengan menebang balak sebanyak yang mungkin dan selagi ia boleh dilakukan sementara kuasa masih di dalam tangan.wahai rakyat kedah,kuasa di tangan anda !!! fahamkan apa yang saya maksudkan ???

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Anonymous said...

Sepatut nya mereka yang tak suka Lynas bantah lah pembalakkan saperti ini dan negeri lain.
Save Malaysia konon !
Perkara berkait dengan tanah,di sini dan di tanah tinggi dan ladang rakyat,juga jenis macam ini, yaani maksiat,judi ,dadah,
penyeludupan manusia,(kebanyakan pompuan cina dan indon)curi air,curi pasir,curi batu, curi balak,curi
tanah ,curi kayu gaharu,curi letrik,
curi kabel,curi papan tanda,curi
ikan,

dan seledup dadah, seludup senjata api, mercun seledup disel,gula, petrol,gas LPG,tepung, jual minyak pelincir kitar semula,jual
pasir cakap silica sand,curi tanah bukit dan tinggi, macam macam lagi, berlaku dimana saja dan akan terus berlaku kerana ADA permintaan dan pembekalan.

Subsidi 23billionRM setahun amat merugikan kerana LHDN terpaksa tingkatkan pungutan cukai pendapatan drpda 23billionRM 2011, kpd 30billion pada 2013.Rugi Malaysia,untung orang asing !

Yang penting dan utama,tetapi umum tak mau akui, ADA pelindungan dan tangan ghaib di KESEMUA jenis dalam senarai di atas.

Jika kesemua,
ya, kesemua 1,400,000 pekerja sektor awam dan, tambah ahli JPAM,3,000,000 ahli ReLa RT,
di tugaskan pengawasan kesemua jenis mas alah macam ini, memang pun tak cukup anggota.

Tak salahkan sesiapa,tengok lah dasar negara yang melibatkan pelancung, Malaysia my 2nd home,Iskandar ta payah pas pot, sasaran 3,000,000 pelancong dari tanah besar cina, 400,000 pekerja bangladesh di tambah kapada 500,000.
Bangla datang ke negara ini liwat budak.Indon datang sini jadi penjenayah.Bangla come bangla stay.
Cina pompuan datang sini jadi GRO ehem ehem....
Maka pemblaakan di kawsan teduhan no hal lah, saperti macam jual tanah negeri kapada orang asing no hal, Iskandar RDA pun dah jual tanah kapada TS Hoo, dan TS Hoo jual 2,000 hektor kapada cina PRC... khazanah azman jual tanah Tnjng Pagar kat cina Spore,
so apa hal nya pembalakkan tenku wong ?
Najib nak buka 5 lagi pusat proses visa di India,dan nak ambil pengajar bahasa ingeeris dari India .
Sengkat betul penegintan Najib dan Hisham.Pada tahun 2010,40,000 orang dari india hilang lepas masuk Malaysia.
Najib sudah jual malaysia.
Hebat betul Malaysia.
Hebat betul 1M liberal ETP.
arjuna waspada.
changkat lobak

 
 
Blogger Templates