Ramai yang tonton rancangan Bicara di TV AlHijrah minggu lepas terpegun dengar cerita Afdlin Shauki tentang Palestin.Afdlin yang menyertai misi ke Gaza telah memperlihatkan sisinya yang lain bukan sisi Afdlin Boboi.Afdlin yang saya lihat dalam rancangan Bicara itu adalah seorang seniman yang sangat prihatin tentang nasib rakan seagamanya,rakyat Palestin.Semua orang tahu pasal Afdlin dan dua rakannya,Bront Palare dan Zain Saidin ke Palestin dalam Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza baru baru ini.Dan semua orang juga pasti tahu misi itu dapat perhatian,kerana memang itupun yang kita mahu,supaya ramai orang beri perhatian akan saudara seagama kita yang ditimpa malang.Semua orang tahu termasuk pencacai yang menjadi langau dan memandang remeh tentang pemergian artis ke Gaza itu.Tidak perlulah kita sebut siapa yang buat komen-komen tidak merangsang minda itu yang jelas memperlihatkan taraf pemikiran si pencacai.Biarlah si luncai dengan labu-labunya.Yang penting,kita boleh bezakan yang mana berlian dan yang mana kaca.
Apakah orang yang mengutuk artis pergi Gaza itu yang dikatakan duduk hotel dan ambil gambar sana sini di negara itu tak ubah macam perbuatan yang sia-sia.Kita pun tak sepatutnya tak usah layan orang yang sudah sampai ke tahap tepu dan beku itu.Anggap sajalah mereka itu sakit.Saya rasa ramai yang bangga dengan artis-artis kita yang menyertai misi Gaza itu.Afdlin telah meninggalkan siri Maharaja Lawak Mega 2012,sekalipun dia sedang bertanding dalam siri itu.Dan saya juga ingat dalam salah satu episod,dia mintak penonton jangan undi Boboi,sebaliknya duit itu didermakan untuk tabung Gaza.Macam-macam cerita yang Afdlin kongsikan dalam rancangan Bicara itu termasuk pandangan Afdlin bila pengacaranya Amin Idris mintak komennya pasal isu boikot.Katanya,orang mungkin pandang isu boikot itu kecil tetapi bagi kerana dia sendiri sudah ke sana dan temui keluarga yang jadi mangsa bedilan peluru Yahudi,setiap sen yang kita belanjakan di kedai itu ibarat menyumbang pada peluru yang menembusi dada rakyat Palestin.
Begitulah sikit lebih kurang komen Afdlin. Bermakna dengan kata lain, Afdlin sokong boikot.
Inilah yang bezakan Afdlin dengan artis lain dia tahu dekat mana nak melawak dan dekat mana nak tegaskan pendirian. Bagus Afdlin, macam inilah jadi artis,yang tahu tanggungjawab pada diri,masyarakat dan bangsa.Bodoh sangatlah orang yang anggap pergi Gaza ni macam melancung. Adoi susahnya kalau semuanya nak diterjemahkan ikut otak yang lembab.Kesian bukan?
Misi itu tentunya memberi kesan yang sangat berharga dan bermakna dan sudah tentu selepas itu Afdlin dan rakan-rakan artis yang berkongsi semangat yang sama itu juga akan lebih menghargai kehidupan dan tahu erti bersyukur. Dan, tentunya juga misi itu akan memberi makna yang lebih besar dalam karya Afdlin dan rakan-rakannya.
Sebab itu saya tidak sabar menunggu dokumentari Gaza yang kata Afdlin tengah dalam proses.Dan,lebih dinantikan lagi adalah filem darinya, kata Afdlin dia akan buat filem serius. Bila? Itu, kita kena tunggu tahun depan. - Agenda Daily
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Kalau buat filem nanti, jangan lupa bagi lah tawaran sikit kat Abby. Tu pun kalau dia sudi terima lah.
Post a Comment