Presiden PAS,Abdul Hadi Awang pada Julai lalu pernah mengisytiharkan bahawa PAS merupakan parti yang paling kuat dalam pakatan pembangkang serta menjadi tulang belakang dan tonggak utama kepada PR.Sebulan kemudiannya,kenyataan Hadi itu disokong pula oleh Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali yang sekali lagi menekankan bahawa PAS kekal berperanan sebagai tulang belakang PR.Dengan kata lain,ia bermaksud PAS lebih dominan dan berkelayakan untuk memandu arah tuju PR berbanding DAP dan PKR dalam pakatan parti yang longgar itu.Kedua-dua kenyataan dari pemimpin PAS itu timbul selepas wujud kesangsian umum terhadap kemampuan PAS untuk mempertahankan hak orang Melayu Islam dalam pentadbiran kerajaan sekiranya PRU 13 kelak dikuasai oleh PR.Ramai penyokong dan ahli PAS menarik nafas lega dengan penegasan tersebut sekaligus mengikis rasa rendah diri mereka berikutan dakwaan ramai sebelum ini yang mengatakan PAS hanyalah balaci dan keldai tunggangan kepada DAP dan PKR.
Mereka sedar dan mengerti,jika PAS gagal mendominasi PR serta tidak berupaya menjadi tulang belakang yang menggerakkan kekuatan pakatan itu,bermakna PAS tidak layak mengambil alih peranan UMNO untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu Islam.Namun kelegaan itu ternyata hanya ilusi semata-mata apabila AJK PAS Pusat,Dr Dzulkefly Ahmad dalam program bual bicara Let Talks mengeluarkan kenyataan bahawa dalam PR tiada parti yang menjadi dominan.Maksudnya,PAS tidak dominan dalam PR,bukan tulang belakang pakatan tersebut dan langsung tidak layak untuk menjadi ketua sebaliknya dengan pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor itu mengesahkan PAS hanya layak menjadi balaci atau lebih tepat lagi PAS adalah balaci DAP kerana terbukti dalam apa sahaja isu parti rasis Cina itu jelas mendominasi PR.Apa sahaja dasar dan prinsip perjuangan PAS yang tidak cocok dengan pendirian DAP,wajib di bakul sampahkan sahaja.Jadi, ini merungkai banyak tanda tanya kenapa selama ini dalam banyak perkara melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam, PAS lebih banyak mengalah kepada DAP termasuklah yang terbaru Kerajaan PAS Kelantan tunduk pada kehendak DAP dalam isu salun rambut.Pengisytiharan Presiden PAS dan Setiausaha Agungnya konon PAS adalah tulang belakang seraya dengan itu berperanan besar menentukan corak haluan dalam PR ternyata hanya omongan kosong sekadar untuk menghilangkan resah ahli dan penyokong PAS sahaja.Kalau pun benar PAS adalah tulang belakang PR,tidak lebih hanya sekadar selembut tulang belakang sotong saja.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment