1. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim nampaknya
sekali lagi membebankan rakyat apabila menaikkan bayaran lesen 90 jenis
perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun 2013.Tambah membebankan,pihak berkuasa tempatan juga turut mengenakan
bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah
kerajaan Barisan Nasional.
2. Antara yang turut dikenakan ialah Rumah Kebajikan orang Tua,Rumah Orang
Kurang Upaya dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak.Golongan ini rata-ratanya
mendapat sumber kewangan dari sumbangan dan derma orang ramai.Malahan,kebanyakan rumah kebajikan ini beroperasi dalam keadaan daif. Tindakan ini
dilihat akan hanya membebankan mereka malah kami menjangkakan ini akan
memberi kesan negatif pada jangka panjang terhadap golongan tersebut.
3. Saya berpendapat bahawa,premis yang beroperasi bagi tujuan kemasyarakatan
ini perlu dikenalpasti dan diberikan lesen untuk beroperasi agar pemantauan
boleh dilakukan. Namun untuk menaikkan harga lesen, ianya dilihat
membebankan.
4. Lebih menyedihkan,kebanyakan pusat jagaan yang beroperasi secara
persendirian ini tidak mendapat perhatian penuh dari pihak kerajaan
negeri sedangkan mereka ini melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat.
5. Apakah yang cuba dibuktikan oleh kerajaan negeri? Adakah wang kutipan dari
kompaun dan cukai premis yang begitu tinggi selama ini tidak mampu untuk
menampung perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan?
6. Lebih menyedihkan,kenaikan bayaran lesen premis ini langsung tidak
menggambarkan tahap perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat.
7. Saya juga berasa amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa pihak Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal mengenakan cukai pintu sehingga 10
kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru
Subang.
8. Sekali lagi,saya merasakan kenaikan cukai ini hanya akan membebankan rakyat
kerana perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang
dikenakan.
9. Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila
meningkat sejak tahun 2011 dan 2012.Malah bagi tahun 2013,kenaikan adalah lebih tinggi.Saya mendapat maklumat bahawa, ada penduduk yang membayar
cukai pintu sebanyak RM 1,470 pada tahun 2011,menerima notis bayaran
sehingga RM23,040 pada tahun 2013 nanti.
10. Masalah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah
yang tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai pintu ini langsung
tidak boleh diterima. Lebih menyedihkan, rakyat seperti tertipu apabila Pakatan
berjanji akan menurutkan cukai pintu sehingga 20% dalam manifesto mereka
ketika PRU ke 12 yang lalu.
11. Inikah kerajaan yang memikirkan kebajikan rakyat? Adakah sumber
kewangan negeri berada dalam keadaan membebankan sekarang ini? Rakyat
Selangor menginginkan kerajaan yang mampu menepati janji. Kerajaan yang
bukan sekadar melemparkan janji popular namun tidak berupaya untuk
menunaikannya.
Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
duit korek pasir dah ada orang punya kot sebab tu kerajaan negeri kena cari sumber lain untuk tambung belanja. Manifesto bukan janji! Sapa yang tak puashati cukai pintu naik kena tunjukkan bukti yang mereka mengundi PR masa PRU12 dulu untuk mintak pengecualian. kekeke
Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang
Post a Comment