Social Icons

Pages

Friday, December 28, 2012

SKANDAL TANAH DAN BALAK !!! KERAJAAN PAS KELANTAN 'MEMBUNUH' RAKYAT SENDIRI !!! APA CERITA NI ???


48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964,Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.Rentetan daripada itu,timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni,akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.Kini,di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun. Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min.Dengan demikian,kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya. Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu. 

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak,mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu. Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan. Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat.Hakikatnya,hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura.Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati. Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan. 

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak? Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya. Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan.Spin mengalahkan pusingan gasing.Dulu dan sekarang sama sahaja,tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada,kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri. Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang.22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti. Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

RENUNG-RENUNGKAN 

4 comments:

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Ketua Umno Bahagian Pandan yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan rasuah melibatkan sejumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Jika gagal membayar denda, tempoh pemenjaraan Abd. Ghani, 46, boleh ditambah sembilan tahun dua bulan lagi.

Abd. Ghani yang merupakan ahli Jawatankuasa Tender MPAJ ketika kejadian, didakwa bagi pertuduhan pertama menerima suapan daripada seorang kontraktor, Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan membantu Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Sumber http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/12/ketua-umno-bahagian-pandan-abd-ghani.html

(KES NI TAK NAK LAPOR KE BRO? BENDA YANG BELUM PASTI LU DAH KECOH MACAM AYAM BERAK KAPUR.

UMNO DAN RASUH, BERPISAH TIADA


KAH...KAH...KAH...KAH

Anonymous said...

BRO

ZAMAN UMNO PERINTAH, SINGAPURA TERLEPAS DARI PETA MALAYSIA.

ZAMAN PAK LAH, PULAU BATU PUTIH TERLEPAS

YANG BERPUTIH MATA IALAH ORANG JOHOR.

TAK KE BANGANG TU NAMANYA.....PTHUI

Anonymous said...

Elok la tu. Yang bersalah memang patut di hukum. Jangan di simpan, di bela, di sanjung atau di puja-puja. Nanti naik tocang lagi dia.

Anonymous said...

aku tak sokong najib tapi aku sokong UMNO

Sebab UMNO meyatukan orang melayu dan islam

sekurang2 UMNO tak hipokrit dan tidak mempergunakan agama

dulu sebelum merdeka semua orang melayu bersatu. Tetapi sekarang sudah berpecah 3 PAS PKR DAP.

bayangkalah jika melayu berpecah sebelum merdeka mungkin kita akan dijajah selama lamanya.

melayu sama melayu berbalah sesama sendiri sementara orang cina bertepuk tangan.

Malaysia semakin maju tapi mentaliti orang melayu masih rendah.

 
 
Blogger Templates