Social Icons

Pages

Thursday, January 10, 2013

HOT NEWS !!! KONTROVERSI UNISEL !!! AKHIRNYA JKR MEMBONGKAR KISAH SEBENAR !!! WAJIB BACA !!!


Laporan Audit yang dijalankan oleh JKR terhadap blok bangunan Unisel telah siap dijalankan pada 20 Disember 2012 oleh 2 individu yang berkelayakan dalam kerja-kerja pemeriksaan bangunan.Hasil daripada pemeriksaan yang dibuat mendapati bahawa terdapat mendapan tanah yg melibatkan sistem kumbahan,kaki lima bangunan,longkang dan pendawaian letrik.Untuk makluman kerja-kerja tanah yang menyebabkan mendapan berlaku telah dilakukan oleh Talam Corperation,syarikat yang di bail out oleh kerajaan negeri baru-baru ini.Mungkin ada komen-komen sumbang mengatakan bahawa kerja-kerja tersebut dilakukan ketika zaman UMNO BN memerintah tetapi itu bukanlah persoalannya.Sebelum audit ini dijalankan oleh pihak JKR kerosakan-kerosakan tersebut telahpun dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara yang tidak banyak bezanya dengan apa yang dilaporkan oleh JKR.Hasil daripada Laporan Audit Negara jelas menunjukkan bahawa kerosakan yang dialami oleh Unisel adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membaiki kerosakan sehingga ianya menjadi semakin serius dan boleh menggugat keselamatan pelajar.Ketika mengumumkan penutup asrama Unisel, Naib Canselornya berkata tindakan itu diambil atas arahan JKR dan juga Jabatan Audit Negara dalam memastikan keselamatan pelajar terjamin. 

Itu alasan mudah yang diberikan oleh seorang Naib Canselor yang sejarah dalam kerjayanya tidak pernah menjadi Dekan tetapi dilantik terus menjadi Naib Canselor sebuah universiti yang suatu ketika dulu dipandang tinggi sebagai tempat lahirnya pelajar-pelajar cemerlang.Laporan audit JKR telah memberi tumpuan terhadap jenis kerosakan Geoteknik dan bukannya kerosakan bangunan.Hasil laporan audit tersebut jelas menyebut bahawa bangunan asrama Unisel masih selamat digunakan tetapi memerlukan pembaikkan segera sebelum menjadi lebih serius sehingga membahayakan pelajar.Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mengeluarkan sebarang arahan penutupan asrama tersebut seperti dakwaan Naib Canselor Unisel.Kenyataan ini secara terbuka telah memperlihatkan bahawa pengurusan Unisel cuba bermain politik dalam menutup kelemahan sendiri dan dalam masa yang sama mereka cuba mengalih tumpuan masyarakat daripada terus menyalahkan mereka.

Maklumat yang diperolehi oleh rakan blogger KGC memaklumkan bahawa ada kemungkinan Unisel akan menjadikan JKR sebagai satu alat untuk mereka menghalalkan tindakan penutupan asrama dan dalam masa yang sama mereka boleh menyalahkan syarikat yang dilantik untuk kerja-kerja penyelenggaraan iaitu Jana Niaga Sdn Bhd. Hutang Unisel terhadap Jana Niaga sudah mencecah RM24 juta dan tindakan mahkamah telah diambil oleh mereka untuk menuntut hutang tersebut.Dalam kes ini,secara logiknya Jana Niaga mempunyai peluang yang cerah untuk menang dan sekiranya ianya berlaku maka satu lagi masalah besar akan dihadapi oleh Unisel.Pihak JKR tidak seharusnya berdiam diri di dalam perkara ini sepertimana Jabatan Audit Negara yang pantas menafikan arahan penutupan asrama diberikan kepada Unisel.Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawap antara lainnya adalah memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat negeri dan daerah maka sewajarnya JKR mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap keadaan sebenar berdasarkan laporan audit yang dibuat baru-baru ini.Tindakan JKR Selangor berdiam diri seolah-olah menghalalkan tindakan pengurusan Unisel mempolitikkan sektor pendidikan dan campurtangan daripada pihak kementerian wajar dilakukan.JKR Selangor harus bersifat "neutral" dalam perkara ini daripada terus membiarkan keluarga pelajar-pelajar dalam keadaan keliru apa sebenarnya yang berlaku.Apa yang menjadi persoalannya adalah siapa yang sebenarnya bertanggungjawap untuk membaikkan kerosakan yang berlaku ??? Andai mendapan tanah tidak baiki dengan segera segala pembaikkan bangunan tiada gunannya.betul tak pembaca badut rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates