Tentunya ramai penyokong PAS dan orang Melayu Islam dalam PKR sudah tidak sabar untuk memeriahkan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau pun lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Merdeka hujung minggu ini.Himpunan yang diadakan bersempena meraikan kejayaan DAP membalacikan PAS dalam usahanya menodai kesucian kalimah Allah S.W.T untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu itu dijangkakan akan turut disertai selebriti agama,Azhar Idrus.Bekas pemuzik yang tiba-tiba bertukar kulit menjadi penceramah agama ini sememangnya dikenali ramai berikutan kepandaiannya membuat lawak jenaka hinggakan para pendengar yang mengikuti ceramah agama yang disampaikannya di dalam masjid sering gelihati dan ketawa tak kering gusi.Dengan kehadiran Azhar Idrus di himpunan ini pastinya mampu membuatkan ramai pemimpin PR terutama sekali dari kalangan pemimpin Kristian dalam DAP akan tersengih sampai ke telinga bangga tak terkata.Mana tak bangganya,selain sudah berjaya menundukkan PAS dalam isu kalimah Allah,sekarang pula dapat laba politik baru berjaya mengumpan selebriti agama yang sedang popular itu untuk turut sama meraikan kejayaan Kristian menodai kesucian kalimah Allah S.W.T
Selama ini,penceramah 'bebas' yang tak diketahui sejauh mana kelayakan tauliahnya sebagai penceramah agama ini seboleh mungkin cuba berlakon kononnya tidak menyebelahi pembangkang,tujuannya untuk mengelakkannya kehilangan pendengar setia.Namun begitu,Azhar pernah melabelkan penyertaan para Ulama Muda (ILMU) ke dalam UMNO umpama bergelumang dengan najis parti sekular yang bakal dimasukkan ke dalam neraka.Para ilmuan muda itu juga digelar sebagai ustaz anjing.Manakala dalam majlis yang lain pula Azhar pernah melabelkan bekas Mufti Perlis, Ustaz Asri Zainul Abidin sebagai golongan dajjal.Sesuka dia saja menghina golongan ilmuan yang tidak sehaluan dengannya. Langsung tak mencerminkan akhlak seorang pendakwah.Tapi biasalah tu, kenyataan-kenyataan yang tidak berhemah seperti itu sememangnya selari dengan pandangan keras PAS yang menjadi pujaannya.Kesediaan Azhar Idrus menyertai himpunan anjuran PR itu pun sekadar mengesahkan belang sebenar Azhar Idrus sebagai geng pembangkang yang berselindung disebalik gelaran pendakwah dan penceramah bebas.Nak berpihak pada mana-mana parti politik tiada siapa menghalangnya,tapi tak payahlah letakkan pendirian kepartian mengatasi keutamaan agama Islam.
Jika benar nawaitu mahu berkongsi ilmu agama dengan khalayak,gunalah pendekatan berhemah yang tidak menyakitkan hati orang lain.
Tak perlulah sesuka hati menghukum si polan ini masuk syurga si polan itu masuk neraka,kita siapa nak mengambil alih urusan Allah S.W.T tak gitu pembaca Badut rakyat ???
Dalam pada itu,ramai yang tertanya-tanya apa agaknya pandangan Azhar Idrus berhubung isu kalimah suci Allah S.W.T yang dituntut oleh DAP untuk digunapakai oleh pendakwah Kristian termasuklah diterjemahkan ke dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu ???
Kalau setakat selebriti agama ini jawab orang bukan Islam boleh sebut dan guna perkataan Allah S.W.T asalkan jangan mempersendakannya,itu jawapan terlampau umum yang kanak-kanak taska PASTI pun boleh menjawabnya.Tahukah Azhar Idrus yang modus operandi DAP dan gereja Kristian beriya-iya menuntut dibenarkan menggunakan kalimah Allah S.W.T ini tujuan utamanya untuk menyemarakkan dakyah memurtadkan orang Melayu Islam,di masa yang sama seperti mahu menyamatarafkan kemuliaan agama Islam dengan Kristian.Sedarkah Azhar Idrus bahawa penyertaannya ke himpunan tersebut secara automatik menjadi satu pengiktirafan atas kejayaan dakyah Kristian dan DAP ???
Dia sedar,tapi sebab tawaran wang ringgit yang lumayan untuk tolong memeriahkan himpunan itu disamping pendirian kepartian mengatasi kepentingan dan kesucian Islam,maka Azhar Idrus akan sanggup abaikan soal maruah agama.Biasalah tu,betul tak pembaca Badut Rakyat ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
nilah masalah pencacai PKR dan Pas, dia terima bulat2 apa pemimpin mereka tanpa berfikir, Tengoklah siapa di sebelah Hj Hadi, Anuar Ibrahim, Haji hadi jadi orang
suruhan Dap dan Anwar, Majlis Ulama Pas sendiri menentang. Siapa Lim Guan eng, dia anak kepada pencetus Mei 69, Siapa anwar ibrahim beliau ini penipu dan suka bercakap bohong, pencetus hura-hara dan demostrasi jalanan, jangan lupa sept 16 Siapa haji hadi, dia ini mengeluarkan ucapan dipanggil amanat hadi hingga peristiwa
memali dan kafir mengkafir
siapa nik Aziz, di kata boleh berkawan dengan syaitan,
Jangan dilayan pemimpin sebegini
Penyokong kalimah Allah patut tonton isu Akidah di TV hijrah, tengok apa dah jadi di
Indonesia LBGT berlelausa sungguh menakutkan mereka berselindung di sebalik hak asasi dan dapat dana asing macam PKR, agama kristian berkembang, bible dalam bahasa Indonesia, ini taktik mubaligh Kristain semasa pemerintahan Belanda, kenapa ramai bangsa indonesia berugama Kristian sekarang, Tatkala kita ada kuasa
gunakan untuk kepentingan Islam dan memelihara Islam, Jangan terperanjat satu hari nanti Bible versi Melayu sampai di pintu anda dan di baca oleh anak anda and
kalimah Allah digunakan untuk tuhan mere. Kenapa ugama Kristain berkembang di indonesia? Cuba berfikir sikit.Jangan naive.
Jika dilihat kepada lim guan eng (anak lim kit siang)Anwar Ibrahim dan Haji Hadi, ketiga2 mereka ini ada persamaan yang nyata, Kerana mereka ini terjadi huru hara dan perpecahan di Malaysia. fikir2 gunakan otak. mereka ini yang mahukan kalimah Allah digunakan di dalam bible versi melayu. Fikir gunakan akal bukan emosi
Ingatlah kata-kata Mu'az bin Jabal r.a."Hendaklah kamu awasi dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim(ulama),kerana kedudukannya agung disisi orang ramai( mempunyai pengaruh/penyokong yang kuat)kemudian mereka itu(orang ramai)mengikut atas
tergelincirnya alim ulama".
Ulama sepatutnya berasa bimbang dengan perpecahan umat Islam yang semakin parah dan berusaha untuk untuk menyatupadukan umat Islam kerana perpaduan itu WAJIB dipelihara.Ulama yang memecahbelahkan masyarakat adalah ulama SUK(ulama yang jahat).
Salam.Ana cuma nak berkongsi sebagai suadara seislam.Ana amat berkehendak untuk menjadi salah seorang umat terbaik yang disebut di oleh Allah di dalam kitab sucinNya AlQuran Al Karim.Saudara, usah dicaci manusia kerna dirinya.Cacilah amal jahatnya.Dekati orang alim kerna ada hikmah dalam tutur katanya dan ingatlah sekiranya llah berkehenda manusia itu dekat padaNya maka Allah akan menambahkan ilmu agama dalam dadanya. Jom muhasabah diri. Selamat beramal.
Post a Comment