Social Icons

Pages

Showing posts with label USTAZ AZHAR.... Show all posts
Showing posts with label USTAZ AZHAR.... Show all posts

Saturday, January 04, 2014

KURANG AJAR !!! @KHALID_ISMATH #KHALIDISMATH ANGGAP CERAMAH USTAZ #AZHARIDRUS #UAI IBARAT CERITA LUCAH,SIA-SIA DAN MENJUAL AGAMA !!!


Tindakan salah seorang aktivis pembangkang,Khalid Mohd Ismath yang mengkritik penceramah politik,Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz tersebut.Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini,Khalid telah diserang dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini,namun sekadar ingin memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.Sedangkan sebelum ini,mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara. 

Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah,program dan demonstrasi anjuran pembangkang ini,pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para pemimpin.Apabila disoal,mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang ingin mereka perjuangkan.Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan para pemimpin mereka,ia dianggap bodoh dan menghina Islam.Tambah menyakitkan hati apabila mereka,apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang diajarkan oleh ‘sekolah politik’ pembangkang.Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.  

“Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina.Lebih baik ke Dataran Merdeka,ubah kerajaan daripada jual agama.

"Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka),apa hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?"

"Ketika kawan-kawan kita sedang ‘berperang’ dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN)."

Dia turut berkata,penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir pemikiran liberal.   

“Pilih,sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?” katanya.   

Tidak cukup dengan itu,melalui postingnya di dalam Facebook,dia menyifatkan ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.  

“Buat mereka yang fikir ini ‘bermanfaat’. Lebih kurang filem porn” jelasnya yang turut memberikan link terhadap ceramah tersebut.

kelmarin,Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth,Pulau Pinang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, December 15, 2013

HOT NEWS !!! PROF NASOHA MEMBELASAH USTAZ #AZHARIDRUS KAW-KAW !!!


tu dia,Proffesor Nasoha membelasah Ustaz Azhar Idrus kaw-kaw.tapi apa yang dikata oleh Prof nasoha ada kebenaran nya.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 06, 2013

KANTOI !!! AHLI PAS BONGKAR KISAH USTAZ AZHAR IDRUS SEDUT DUIT MASJID !!!


adakah ini yang dikatakan ustaz yang disayangi ramai ??? disayangi pun sebab lawak dalam ceramah agama tu jerr.isi ??? malas nak cerita.jom ikuti cerita di bawah

Semuo ajk masjid kek Msia,korang sini jap

Mulai arini korang tak payah bayar satu sen pun kpd ust-ust yg mengajar dlm masjid korang.Hatta duit minyak kereta sekalipun.Dan lakukan pekara ini kpd semuo ust termasuklah Ust Kazim Elias,Ust Akil Hayy,Ust Azhar Idrus & Ust Ali Abu.Tgk diorg dtg berceramah/berkuliah/mengajar atau tidak slps ni?Kalau dtg,kito respek.Kalau tak dtg,sila label mrk sbg "Ustaz Sampul".Bukan kito tak tahu yg ajk masjid ni bayar mahal kpd ust2 yg mengajar dlm masjid ni pakai duit derma tabung masjid.Kenkadang duit derma tabung masjid tu habis semato-mato membayar mrk.Mako fungsi tabung masjid menjadi terhad.Lalu tabung masjid tidak lagi berfungsi utk membantu homeless,org-org miskin & org-org yg dlm kesusahan seperti mangso banjir.Korang bilang ado berapo masjid kek Kuantan? Kalau semuo masjid kek Kuantan keluarkan sumo duit tabung masjid utk bantu mangso-mangso banjir skrng,mako 3/4 masalah mrk akan setel.Pecayolah ckp den.Ini tidak,simpan duit tabung masjid semato-mato nak bayar ceramah Ust. Azhar Idrus.

Jadi jgn marah brader kalau terjumpo org Islam masuk gereja memohon bantuan sang paderi.Kpd para ust,cukup-cukup la jadi 'ust sampul'.Sara hidup korang dgn bekeje sendiri.Ini korang kayo-rayo makan upah mengajar dlm masjid.Tak malu kor muko korang? Berbuih mulut korang suruh ikut ajaran nabi kpd para jemaah tapi korang sendiri tolobih dahulu mengabaikan ajaran nabi.Nabi mengajar & berdakwah tanpo meminta satu sen pun drpd para sahabat,penduduk Madinah & Mekah.tapi korang mengajar & berdakwah siap letak tando hargo.Tgk imam 4 mazhab.Kesemuo mrk tidak meminta upah bilo mengajar & berdakwah.Mrk menyara idup dgn bekeje sendiri.Prnh korang dgr Imam Syafie mintak duit slps mengajar dlm masjid? Ini tidak,ado satu ust tu slps popular mengajar agamo dlm tv,skrng amik upah jadi model jam tangan la pulak.Kepalo abah kau!

Oleh Abu Ali

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUGKAN

Sunday, September 22, 2013

HOT NEWS !!! USTAZ AZHAR IDRUS DAH GATAL SANGAT KER ???


tu diaaa.dah gatal sangat ker ustaz azhar idrus ni ??? dulu kata perempuan kena tutup aurat seperti tak pakai tudung,sekarang apa dah jadi ??? anda sendiri dah dekat dengan perempuan yang tak tutup aurat.memang sekadar gambar tetapi,makan diri sendiri kan ??? dulu cakap berapi-api,salahkan orang lain tak pakai tudung dan macam-macam lagi.sekarang dah dekat dengan perempuan yang pakai tudung.apa cerita ??? 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 31, 2013

KANTOI !!! OSTAZAH ABBY MACAM ANAK LEMBU - UAI !!! VIDEO INSIDE !!!


sekali lagi otazah mee segera kena belasah dengan ustaz azhar idrus.best tak ??? lain kali jangan main-main dengan hukum islam.tapi,betul ker apa yang ustaz azhar idrus cakap ni ??? atau sekadar buat lawak jerrr ??? takper lah,lihat video di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, February 09, 2013

HOT NEWS !!! USTAZ AZHAR IDRUS BAKAL MENYOKONG BN ??? WOWWW !!!


Kemunculan personaliti agama yang sedang meningkat popular,Ustaz Azhar Idrus dalam Wacana Perdana di Stadium Darul Makmur,Pahang beberapa hari lepas pada pandangan ramai pemerhati politik ia adalah satu perkembangan menarik untuk dikupas dari pelbagai sudut.Umum mengetahui selama ini Azhar Idrus dilihat dekat dengan PAS seumpama jinak-jinak burung merpati di masa yang sama cukup kritis dengan Kerajaan Pusat khasnya UMNO.Lantaran itu tidaklah pelik bila mana para penyokong PR khususnya PAS ghairah cuba mengambil kredit berikutan kebanjiran orang ramai mengikuti program dakwah keagamaan itu dengan mempropagandakannya sebagai petanda 'sokongan rakyat' kepada PR.Namun disebalik keghairahan tersebut,hakikatnya kesediaan Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besar,Datuk Seri Adnan Yaakob meluluskan kegunaan Stadium Darul Makmur untuk menjayakan program wacana itu membuktikan keterbukaan BN dalam memperkasakan program bercorak dakwah.Sudah menjadi polisi BN apa sahaja program keagamaan selagi ianya dilaksanakan dengan tulus ikhlas tanpa doktrin kepartian, maka segalanya lancar tanpa halangan.Bagaimanapun bila mana wacana yang disertai Azhar Idrus itu turut mendapat liputan Berita Utama TV3,sesetengah pemimpin dan penyokong PR bagaikan terhidu sesuatu yang tidak kena. 

Bagaikan ada udang disebalik mi,kata mereka.Kenyataan Azhar Idrus sebagaimana dipetik oleh Berita Utama TV3, "sangat-sangat saya sokonglah,kerajaan mana sekalipun buat benda-benda gini untuk anak-anak muda khususnya," dilihat oleh sebahagian pemerhati seakan ada maksud tersirat untuk ditafsirkan.Dari kenyataannya itu ia menggambarkan sokongan terbuka Azhar Idrus dengan dukungan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang dalam menjayakan program keagamaan,sesuatu yang jauh berbeza dengan layanan Kerajaan PAS Kelantan yang mengharamkan kuliah agama oleh Azhar Idrus di mana-mana Masjid dan Surau di negeri itu.Lebih menarik lagi kemunculan tiba-tiba Azhar Idrus dalam wacana yang disokong oleh Kerajaan BN Pahang itu bagaikan memberi jawapan kenapa beliau gagal muncul di malam pra Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tempohari.Barangkali polemik kalimah Allah S.W.T telah merubah corak pandangan Azhar Idrus terhadap PAS dan PR selanjutnya kini dilihat seperti bakal menyokong BN,ada kemungkinannya jika diambil kira kegagalannya menyertai malam pra HKR di padang Kelab Sultan Sulaiman.

RENUNG-RENUNGKAN 

Tuesday, January 29, 2013

HOT NEWS !!! USTAZ AZHAR IDRUS RENDAH ILMU AGAMA DAN LAYAK JADI PESERTA MAHARAJALAWAK ??? NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Ketaksuban pengikut PAS terhadap Azhar Idrus adalah berlandaskan kepada ilmu yang cetek dan lawak jenaka ala-ala maharaja lawak.Jalan mudah yang mereka pilih adalah kerana pegangan yang rapuh dan akidah yang terpesong akibat dari fitnah dan ajaran songsang oleh para pemimpin PAS.Umum telah ketahui bahawa AMANAT HADI AWANG telah membawa kehancuran terhadap akidah dan perpaduan umat Islam Di Malaysia.Peristiwa MAMALI adalah bukti nyata akibat dari amanat Hadi Awang maka wujudlah kaum pelampau yang telah bertindak ganas KONONNYA atas nama jihad sedangkan pegangan itu adalah sesat akidahnya.

Kematian mereka yang sia-sia telah diburukkan lagi dengan mayat-mayat tersebut tidak diuruskan secara Islam apabila tidah dimandikan dan di sembahyangkan dan kubur mereka di siram dengan minyak Attar untuk memesongkan akidah umat Islam atas dasar kononnya Syahid.Siapakah yang wajib jawab diakhirat kelak di atas kesesatan yang ditabur pada umat Islam ini.Haji Hadi,para pemimpin PAS dan mereka yang bersubahat wajib menanggung segala kesesatan ini.Makanya PAS membawa satu lagi ikon yang menyesatkan umat Islam iaitu Azhar Bin Idrus yang amat cetek dan rendah ilmu Islamnya namun diangkat dan dijulang oleh penganut PAS.Mereka meletakkan Islam sebagai hiburan lawak jenaka yang amat melalaikan dengan secara halus ajaran Islam cuba disesatkan lagi oleh parti PAS ini.



*Ustaz Azhar Idrus kata Kristian bertuhankan Allah.Siapa tok guru kepada Azhar Idrus ni ???

ini kata aakj ; Patutlah azhar derus suka menyanyi gaya kristian..suka buat amalan serupa yahudi..perghhhh boddo mung zahar KAH KAH K-POP YAHUDI !!!


AZHAR ANGGAP MENYANYI TU SUNNAH DALAM DAKWAH ? wOOO BACA SINI


Manakala Sanggah Tok Janggut pula mendedahkan asal-usul Azah Idrus : NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya ???Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha ??? Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy ??? Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng.semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.

Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya. Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya ??? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok,pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama ??? 

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini ??? Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.Sama dan serupa..! Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut ??? Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan ??? 

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu ??? Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya ??? Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat ??? Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai ??? Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikia? Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran dan kita peringatkan Azhar Idrus,makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

Sent from GMail for iPhone

Thursday, January 10, 2013

HOT NEWS !!! HIMPUNAN 12 JANUARI 2013 !!! ADAKAH BENAR USTAZ AZHAR IDRUS GENG PEMBANGKANG ATAU SEBALIKNYA ??? WAJIB BACA !!!


Tentunya ramai penyokong PAS dan orang Melayu Islam dalam PKR sudah tidak sabar untuk memeriahkan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau pun lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Merdeka hujung minggu ini.Himpunan yang diadakan bersempena meraikan kejayaan DAP membalacikan PAS dalam usahanya menodai kesucian kalimah Allah S.W.T untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu itu dijangkakan akan turut disertai selebriti agama,Azhar Idrus.Bekas pemuzik yang tiba-tiba bertukar kulit menjadi penceramah agama ini sememangnya dikenali ramai berikutan kepandaiannya membuat lawak jenaka hinggakan para pendengar yang mengikuti ceramah agama yang disampaikannya di dalam masjid sering gelihati dan ketawa tak kering gusi.Dengan kehadiran Azhar Idrus di himpunan ini pastinya mampu membuatkan ramai pemimpin PR terutama sekali dari kalangan pemimpin Kristian dalam DAP akan tersengih sampai ke telinga bangga tak terkata.Mana tak bangganya,selain sudah berjaya menundukkan PAS dalam isu kalimah Allah,sekarang pula dapat laba politik baru berjaya mengumpan selebriti agama yang sedang popular itu untuk turut sama meraikan kejayaan Kristian menodai kesucian kalimah Allah S.W.T



Selama ini,penceramah 'bebas' yang tak diketahui sejauh mana kelayakan tauliahnya sebagai penceramah agama ini seboleh mungkin cuba berlakon kononnya tidak menyebelahi pembangkang,tujuannya untuk mengelakkannya kehilangan pendengar setia.Namun begitu,Azhar pernah melabelkan penyertaan para Ulama Muda (ILMU) ke dalam UMNO umpama bergelumang dengan najis parti sekular yang bakal dimasukkan ke dalam neraka.Para ilmuan muda itu juga digelar sebagai ustaz anjing.Manakala dalam majlis yang lain pula Azhar pernah melabelkan bekas Mufti Perlis, Ustaz Asri Zainul Abidin sebagai golongan dajjal.Sesuka dia saja menghina golongan ilmuan yang tidak sehaluan dengannya. Langsung tak mencerminkan akhlak seorang pendakwah.Tapi biasalah tu, kenyataan-kenyataan yang tidak berhemah seperti itu sememangnya selari dengan pandangan keras PAS yang menjadi pujaannya.Kesediaan Azhar Idrus menyertai himpunan anjuran PR itu pun sekadar mengesahkan belang sebenar Azhar Idrus sebagai geng pembangkang yang berselindung disebalik gelaran pendakwah dan penceramah bebas.Nak berpihak pada mana-mana parti politik tiada siapa menghalangnya,tapi tak payahlah letakkan pendirian kepartian mengatasi keutamaan agama Islam.

Jika benar nawaitu mahu berkongsi ilmu agama dengan khalayak,gunalah pendekatan berhemah yang tidak menyakitkan hati orang lain. Tak perlulah sesuka hati menghukum si polan ini masuk syurga si polan itu masuk neraka,kita siapa nak mengambil alih urusan Allah S.W.T tak gitu pembaca Badut rakyat ??? Dalam pada itu,ramai yang tertanya-tanya apa agaknya pandangan Azhar Idrus berhubung isu kalimah suci Allah S.W.T yang dituntut oleh DAP untuk digunapakai oleh pendakwah Kristian termasuklah diterjemahkan ke dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu ??? Kalau setakat selebriti agama ini jawab orang bukan Islam boleh sebut dan guna perkataan Allah S.W.T asalkan jangan mempersendakannya,itu jawapan terlampau umum yang kanak-kanak taska PASTI pun boleh menjawabnya.Tahukah Azhar Idrus yang modus operandi DAP dan gereja Kristian beriya-iya menuntut dibenarkan menggunakan kalimah Allah S.W.T ini tujuan utamanya untuk menyemarakkan dakyah memurtadkan orang Melayu Islam,di masa yang sama seperti mahu menyamatarafkan kemuliaan agama Islam dengan Kristian.Sedarkah Azhar Idrus bahawa penyertaannya ke himpunan tersebut secara automatik menjadi satu pengiktirafan atas kejayaan dakyah Kristian dan DAP ??? Dia sedar,tapi sebab tawaran wang ringgit yang lumayan untuk tolong memeriahkan himpunan itu disamping pendirian kepartian mengatasi kepentingan dan kesucian Islam,maka Azhar Idrus akan sanggup abaikan soal maruah agama.Biasalah tu,betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Friday, June 15, 2012

HOT NEWS !!! USTAZ AZHAR IDRUS BAKAL PESERTA RAJA LAWAK AKAN DATANG ??? WAJIB BACA !!!


Marah sungguh puak-puak yang mengkagumi Azhar Idrus apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Mashitah Ibrahim menyatakan tentang seorang pendakwah yang mengajar agama dengan penuh gelak tawa dan senda gurau selain membengong dan membodohkan orang yang dijadikannya sebagai contoh.Walaupun tidak dinyatakan namanya oleh Mashitah Ibrahim, mereka segera menanggapi orang yang dimaksudkan itu sebagai Azhar Idrus,bekas pemain muzik yang kemudian bertukar kerjaya menjadi pendakwah, jurugambar dan penjual CD ceramah memandangkan pendapatannya yang sangat lumayan.Masalah Azhar Idrus adalah kerana ramai golongan jahil yang telah mengangkatnya sebagai ulama. Kononnya Azhar Idrus adalah ulama pop atau ulama tersohor.Kononnya juga,Azhar Idrus adalah ikon ulama zaman moden di mana ceramahnya telah berjaya menarik puluhan ribu pendengar terutama dari golongan muda.

Sebenarnya itu adalah kejayaan kepada Azhar Idrus.Hakikat tersebut tidak boleh dinafikan sama sekali. Azhar Idrus berjaya mengumpulkan puluhan ribu anak muda untuk mendengar ceramah agamanya. Dan kejayaan itu telah membuatkan dia diangkat sebagai ikon pendakwah terulung.Namun,matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Kaedah yang digunakan oleh Azhar Idrus untuk menarik pendengar dan hadirin adalah dengan berlawak jenaka.Ada juga yang mempertikaikan dengan caranya bermain alat muzik.Bagaimanapun,kaedah berdakwah menggunakan alat muzik seringkali menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan ulama walaupun secara qat’ie, alatan muzik bertali seperti gitar adalah diharamkan oleh Islam. Antara pendakwah yang menggunakan alat muzik dan patung wayang kulit untuk berdakwah adalah Raden Mas Said atau Sunan Kalijaga, salah seorang daripada sembilan wali (atau gabenor) ketika awal Islam di Pulau Jawa pada pertengahan abad ke-15 dahulu.Bagaimanapun,kaedah berdakwah atau mengajar agama dengan LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam.Bahkan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak pernah bergurau senda atau berlawak jenaka dalam apa yang dikenali oleh golongan penyokong Azhar Idrus sebagai ‘TAK MAHU MENGANTUK’.

Tidak ada nas dan dalil mahupun qiyas dan ijma’ daripada ulama-ulama muktabar yang membenarkan kaedah penyampaian dakwah seperti yang disenangi terhadap Azhar Idrus. Sebaliknya terdapat larangan yang jelas daripada Al Quran tentang golongan yang memperdagangkan ayat-ayat Allah Taala dan agama dengan harga yang sangat murah.
Allah SWT berfirman yang maksudnya :

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri, tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada Allah dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya; Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” (QS. Al-An’aam: 70)
Syaikh Abdullah Al-Ghazali menjelaskan, bahawa makna dari “menjadikan agama sebagai main-main dan senda gurau” tidak hanya berupa perbuatan memperolokkan agama dengan cara mengerjakan perintah-perintah dan menjauhi larangan Allah secara main-main dan tidak sungguh-sungguh. Akan tetapi termasuk di dalamnya adalah menyampaikan pesan-pesan agama dengan bersenda gurau agar orang yang mendengarnya menjadi tertawa.

Abdullah Al-Ghazali juga menjelaskan, bahwa Rasulullah SAW telah memperingatkan; Bahawa jika seseorang dengan sengaja berkata-kata atau membuat gerakan dengan tujuan agar orang yang mendengar atau melihatnya tertawa, maka orang tersebut akan dimasukkan ke dalam neraka. Dan berdasarkan pernyataan Rasulullah SAW tersebut Abdullah Al-Ghazali mengatakan; bahwa bagi orang-orang yang dengan sengaja menyampaikan pesan-pesan agama (syariat/hukum agama; baik yang diterangkan Allah di dalam Al-Quran maupun yang dijelaskan Nabi SAW melalui hadis-hadis baginda) dengan cara bersenda gurau, maka tentulah hukumannya akan lebih berat lagi.

Pastinya kaum Pakatan tidak akan berpuas hati dengan peringatan yang telah diberikan oleh Masyitah Ibrahim terhadap Azhar Idrus kerana bagi mereka, Azhar Idrus adalah jauh lebih baik berbanding K-POP…WALHAL KEDUA-DUANYA ADALAH SETARAF DAN KEDUA-DUANYA MENJERUMUS KE DALAM NERAKA !!! - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, June 03, 2012

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! BUKTI USTAZ AZHAR IDRUS MEMBOHONG TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!



apa yang Ustaz Azhar Idrus membohong kat rakyat malaysia ??? betul ker dia bohong.takut nanti saya pulak yang bohong.ok,lihat video di bawah berkenaan dengan patung,lepas itu saya jawab.saya cakap bodoh kang,kena maki balik.



kita lihat pula gambar di bawah


Kenapa Ustaz Azhar tak tegur Berkenaan Patung ni ??? bukan menyerupai manusia,siap boleh gerak lagi..apa cerita ni ??? saya hanya menegur.adakah perbuatan saya salah ??? anda lihat balik video di atas apa yang Ustaz Azhar cakap !!! yang best tu siap ada nama.yang patung laki ni nama dia Hadi.bukan Hadi Awang tau...erkkk....nak lagi ??? saya tambah sikit gambar di bawah.Kredit Untuk Rakan Blogger Mymassa...


HUDA ??? Nama ni macam kenal jer ??? kat mana yekk ??? Ohhh dalam rakaman telefon yang di katakan antara Mat Sabu dan Norma kan ??? Anak Mat Sabu pun memang nama Huda kan ??? Suratan atau Kebetulan ??? Mat Sabu pun nafikan memang itu perbualan melibatkan beliau.opsss....

Adakah patung ini permainan kanak-kanak seperti mana yang diterangkan dalam ceramah Azhar Idrus atau bentuk sembahan berhala baru bernama HADI oleh penganut PAS ???

Cakap tak boleh simpan patung.Tapi bila PAS sendiri yang buat anda tak berani tegur.MUNAFIK !!!

Baik buang kopiah tu kalau pemimpin parti sendiri tak berani nak tegur.Takut tak dipanggil bagi ceramah lagi ke ???

ANDA NAK LAGI BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, May 29, 2012

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! BUKTI USTAZ AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ POLITIK !!! WAJIB LIHAT !!!



apa pendapat anda tentang video di atas ??? saya malas nak ulas panjang-panjang.sedapnya dia kata pasal arak dan bla,bla,bla.habis tu apa cerita dengan kes arak di selangor.patutnya dah tutup kilang arak sebagaimana janji Pakatan Haram selangor yang mengatakan kalau menang akan tutup kilang arak tu.lagi pun masa tu lesen kilang pun nak dekat tarikh mati.kenapa biarkan lagi buka ??? tempat urut pun dah berleluasa apa cerita ??? sekarang khalid gagap baru nak sedar lepas 4 tahun.kenapa tak dari dulu nak benteras.jangan kata bukan-bukan dengan parti lain.apa bukti PAS tu parti islam ??? lihat dulu dan cermin diri sendiri.dulu kata kononnya tak sokong mana-mana.video di atas dah membuktikan segalanya.

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, April 23, 2012

HOT NEWS !!! BUKTI GAMBAR AZHAR IDRUS BERKEMPEN UNTUK PAS TERSEBAR !!!


Penceramah,Ustaz Azhar Idrus kini secara terbuka telah menunjukkan sokongan terhadap PAS.nampaknya jelas ini menunjukkan bahawa Azhar 'berkempen' untuk menarik sokongan terhadap PAS.Sebelum ini,Azhar yang terkenal dengan ceramah-ceramah lawaknya menafikan memihak kepada mana-mana parti politik.Malah penceramah tersebut pernah dihalang dari berceramah di Kelantan.kenapa takut bagitahu,bagitahu jer kan senang !!! saya tak nak tahu anda sokong mana tapi rakyat malaysia yang nak tahu sangat.


GOTCHAAA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, February 03, 2012

HOT VIDEO !!! USTAZ DONG DERUS TERAJANG USTAZ AZHAR IDRUS !!!



PENDAKWAH BEBAS USTAZ DONG TERAJANG USTAZ AZHAR IDRUS ???

SIAPA USTAZ DONG NI ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH



INI BARU BETUL !!!

TENGAH FIKIR JUGA !!!

USTAZ AZHAR NI BELAJAR KAT MANA ???

ADA SIAPA YANG TAHU ???

CAKAP LAIN MACAM JER ???

BOLEH KER USTAZ BERKATA KESAT KEPADA ORANG LAIN ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, February 02, 2012

HOT VIDEO !!! ABU AQIF MINTA MAAF PADA USTAZ AZHAR IDRUS ???


BETUL KER ABU AQIF MINTA MAAF PADA USTAZ AZHAR IDRUS ???

JAP,SAYA NAK TANYA !!!

AZHAR IDRUS NI USTAZ KER ???

BELAJAR SAMPAI MANA ???



LIHAT VIDEO DI BAWAH

SAYA NAK SAMBUNG BALIK !!!

ADA KER USTAZ BUAT LAWAK SAMPAI MAKI ORANG SEPERTI BODOH,ANJING DAN SEBAGAINYA ???

KALAU NAK BELAJAR ISLAM INI CARANYA

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 04, 2012

HOT NEWS !!! APA YANG USTAZ AZHAR BUAT DALAM TANDAS WANITA ???


NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piano dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

ANDA NAK TAHU LAGI CERITA INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Wednesday, November 23, 2011

Saturday, January 15, 2011

PANAS !!! YA ALLAH,APA YANG USTAZ AZHAR BUAT NI ???


USTAZ AZHAR INI BAGUS DALAM CERAMAH,SAYA RESPECT SANGAT.SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH UNTUK CERAMAH NYA DI MASJID



Moral of The Story...kepada yang sudah mempunyai anak, ajarlah solat dengan cara yang betul dan mengikut tertib. Ajarkan anak kita apa dia syarat wajib, syarat sah di dalam solat dan perkara perkara berkaitan dengannya.

Sekadar renungan...tanggungjawab sebagai bapa amat besar dan berat. Jangan nanti sampai di Padang Mahsyar kita disoal sehingga tidak terjawab.


POST BY WAYNE...

Popular Posts

 
 
Blogger Templates