Social Icons

Pages

Friday, June 15, 2012

HOT NEWS !!! USTAZ AZHAR IDRUS BAKAL PESERTA RAJA LAWAK AKAN DATANG ??? WAJIB BACA !!!


Marah sungguh puak-puak yang mengkagumi Azhar Idrus apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Mashitah Ibrahim menyatakan tentang seorang pendakwah yang mengajar agama dengan penuh gelak tawa dan senda gurau selain membengong dan membodohkan orang yang dijadikannya sebagai contoh.Walaupun tidak dinyatakan namanya oleh Mashitah Ibrahim, mereka segera menanggapi orang yang dimaksudkan itu sebagai Azhar Idrus,bekas pemain muzik yang kemudian bertukar kerjaya menjadi pendakwah, jurugambar dan penjual CD ceramah memandangkan pendapatannya yang sangat lumayan.Masalah Azhar Idrus adalah kerana ramai golongan jahil yang telah mengangkatnya sebagai ulama. Kononnya Azhar Idrus adalah ulama pop atau ulama tersohor.Kononnya juga,Azhar Idrus adalah ikon ulama zaman moden di mana ceramahnya telah berjaya menarik puluhan ribu pendengar terutama dari golongan muda.

Sebenarnya itu adalah kejayaan kepada Azhar Idrus.Hakikat tersebut tidak boleh dinafikan sama sekali. Azhar Idrus berjaya mengumpulkan puluhan ribu anak muda untuk mendengar ceramah agamanya. Dan kejayaan itu telah membuatkan dia diangkat sebagai ikon pendakwah terulung.Namun,matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Kaedah yang digunakan oleh Azhar Idrus untuk menarik pendengar dan hadirin adalah dengan berlawak jenaka.Ada juga yang mempertikaikan dengan caranya bermain alat muzik.Bagaimanapun,kaedah berdakwah menggunakan alat muzik seringkali menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan ulama walaupun secara qat’ie, alatan muzik bertali seperti gitar adalah diharamkan oleh Islam. Antara pendakwah yang menggunakan alat muzik dan patung wayang kulit untuk berdakwah adalah Raden Mas Said atau Sunan Kalijaga, salah seorang daripada sembilan wali (atau gabenor) ketika awal Islam di Pulau Jawa pada pertengahan abad ke-15 dahulu.Bagaimanapun,kaedah berdakwah atau mengajar agama dengan LAWAK JENAKA dan SENDA GURAU tidak wujud dalam tradisi Islam.Bahkan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak pernah bergurau senda atau berlawak jenaka dalam apa yang dikenali oleh golongan penyokong Azhar Idrus sebagai ‘TAK MAHU MENGANTUK’.

Tidak ada nas dan dalil mahupun qiyas dan ijma’ daripada ulama-ulama muktabar yang membenarkan kaedah penyampaian dakwah seperti yang disenangi terhadap Azhar Idrus. Sebaliknya terdapat larangan yang jelas daripada Al Quran tentang golongan yang memperdagangkan ayat-ayat Allah Taala dan agama dengan harga yang sangat murah.
Allah SWT berfirman yang maksudnya :

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri, tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada Allah dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya; Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” (QS. Al-An’aam: 70)
Syaikh Abdullah Al-Ghazali menjelaskan, bahawa makna dari “menjadikan agama sebagai main-main dan senda gurau” tidak hanya berupa perbuatan memperolokkan agama dengan cara mengerjakan perintah-perintah dan menjauhi larangan Allah secara main-main dan tidak sungguh-sungguh. Akan tetapi termasuk di dalamnya adalah menyampaikan pesan-pesan agama dengan bersenda gurau agar orang yang mendengarnya menjadi tertawa.

Abdullah Al-Ghazali juga menjelaskan, bahwa Rasulullah SAW telah memperingatkan; Bahawa jika seseorang dengan sengaja berkata-kata atau membuat gerakan dengan tujuan agar orang yang mendengar atau melihatnya tertawa, maka orang tersebut akan dimasukkan ke dalam neraka. Dan berdasarkan pernyataan Rasulullah SAW tersebut Abdullah Al-Ghazali mengatakan; bahwa bagi orang-orang yang dengan sengaja menyampaikan pesan-pesan agama (syariat/hukum agama; baik yang diterangkan Allah di dalam Al-Quran maupun yang dijelaskan Nabi SAW melalui hadis-hadis baginda) dengan cara bersenda gurau, maka tentulah hukumannya akan lebih berat lagi.

Pastinya kaum Pakatan tidak akan berpuas hati dengan peringatan yang telah diberikan oleh Masyitah Ibrahim terhadap Azhar Idrus kerana bagi mereka, Azhar Idrus adalah jauh lebih baik berbanding K-POP…WALHAL KEDUA-DUANYA ADALAH SETARAF DAN KEDUA-DUANYA MENJERUMUS KE DALAM NERAKA !!! - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates