Tindakan salah seorang aktivis pembangkang,Khalid Mohd Ismath yang mengkritik
penceramah politik,Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz
tersebut.Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini,Khalid telah diserang
dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini,namun sekadar ingin
memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas
tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.Sedangkan sebelum ini,mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan
bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara.
Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah,program dan demonstrasi anjuran
pembangkang ini,pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para
pemimpin.Apabila disoal,mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang
ingin mereka perjuangkan.Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan
para pemimpin mereka,ia dianggap bodoh dan menghina Islam.Tambah menyakitkan
hati apabila mereka,apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang
diajarkan oleh ‘sekolah politik’ pembangkang.Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah
agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.
“Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina.Lebih baik ke Dataran Merdeka,ubah kerajaan daripada jual agama.
"Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka),apa
hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar
ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?"
"Ketika kawan-kawan kita
sedang ‘berperang’ dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN)."
Dia turut berkata,penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka
tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak
pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir
pemikiran liberal.
“Pilih,sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama
pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?” katanya.
Tidak cukup dengan itu,melalui postingnya di dalam Facebook,dia menyifatkan
ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.
“Buat mereka yang fikir ini ‘bermanfaat’. Lebih kurang filem porn” jelasnya yang turut
memberikan link terhadap ceramah tersebut.
kelmarin,Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di
Padang Majlis Bandaran Butterworth,Pulau Pinang.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
kuang ajar !! uai ceramah agama, bukan politik!! aku sdr byk dpt ilmu dr dia. ketepikan hal politik, kalu aku ada apa2 solan, search google then keluar video dia jelaskan. penjelasan dia pendek dn mudah difahami sbb tu aku minat uai. dulu aku jahil tpi lepas tgk byk kuliah2 uai aku dh insaf & dh start bljr agama balik (sungguh2 nk bljr, semangt.) alhamdulillah, skang ni aku minat islam dn mau mendalami islam lebih mendalam
APA KATA ANDA ??? dua dua pun sama saja - seekor beruk dan seekor lagi ungka - seorang bercakap guna kepala lutut dan sorang lagi kaki tabur fitnah sambil buat lawak bodo
Satu percaturan sangat licik. Provokasi yang rapi akhirnya akan terjadi satu pertempuran antara sesama sendiri.
Kedua-dua pihak akan melaungkan jihad dan bertakbir......
Telah terjadi dan masih terjadi di Timur Tengah, Afrika Utara dan juga Asia Barat......dikuathiri akan menular kemari.
Jangan mudah melatah.
Jangan sampai sudah terhantuk baru tersadar.............
Post a Comment