Pembelian kereta mewah bagi kegunaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang pastinya akan menjadi isu
panas yang akan membongkarkan topeng kepalsuan dan kepura-puraan pakatan pembangkang.Ketika penyokong pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru 2014
membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,media pula memaparkan kereta baru jenama
Mercedes Benz S300L yang digunakan oleh Lim Guan Eng.Jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang di bawah Dap,PKR dan Pas dan apa yang disorakkan oleh
penyokong pada perhimpunan tersebut adalah amat besar jurangnya.Pembangkang menyerang kerajaan kononya ia bersikap zalim dan menindas rakyat kerana
mengurangkan subsidi minyak,menghapuskan subsidi gula dan sebagainya.Pembangkang juga menuduh boros dan berbelanja berlebih-lebihan pada perkara yang tidak
mendatangkan faedah kepada rakyat.
Realitinya pembangkang sedikit pun tidak mampu membawa sebarang bukti bahawa kerajaan telah
bersikap demikian kerana penjelasan yang diberikan membuktikan setiap sen ang dibelanjakan adalah
bagi kepentingan rakyat dan negara jua.Pada masa yang sama pembangkang terkedu apabila
pemimpin mereka sendiri bersikap boros dan tidak memperdulikan nasib rakyat bawahan apabila
bermewah-mewah dengan kereta yang jauh daripada kemampuan rakyat biasa.Ketika pembangkang di Perak satu masa dahulu menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Camry
ramai yang mengutuk tindakan mereka yang tidak patriotik dan menghina kereta nasional.Tetapi apabila kerajaan negeri Terengganu pula membeli 14 kereta Mercedes Benz E300 Kompressor
dengan harga RM3.42 juta bagi kegunaan rasmi menteri besar dan exco,bukan main kepalang
pembangkang buat bising.Mereka menuduh pula kerajaan Barisan Nasional boros dan membazir duit rakyat.Kini segala tuduhan yang mereka lemparkan terhadap kerajaan BN tertempek pada muka mereka sendiri.Apakah justifikasi Guan Eng untuk membeli kereta mewah itu walaupun pada harga diskaun bilamana
beliaulah yang paling banyak buat bising menuduh kerajaan BN membazir,boros dan sebagainya.
Pembangkang sering melaung-laung slogan politik yang berlandaskan perjuangan demi rakyat tetapi di
dalam isu ini,di manakah letaknya kepentingan rakyat ???
Adakah setelah mendapat kuasa di beberapa negeri, pakatan pembangkang sudah tenggelam dalam
nikmat kemewahan hidup yang tidak pernah mereka berpeluang sebelum ini ???
Apa jadi dengan slogan 'Merakyatkan Ekonomi','Harapan Baru Untuk Rakyat' dan segala tema-tema
yang muluk-muluk belaka untuk memikat hati rakyat ??? Mungkin penyokong pembangkang terlupa bagaimana ketua pembangkang mengguna jet eksekutif
peribadi untuk terbang ke sana dan ke sini berceramah di serata pelusok negara.Adakah ini kelebihan atau 'perkhidmatan' dinikmatinya selaku penasihat ekonomi negeri Selangor yang bergaji
RM1 ???
Adakah perbelanjaan perjalanan menggunakan jet mewah ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
negeri ???
Tidak mustahil inilah yang berlaku kerana penasihat ekonomi membuat klaim perjalanan dan kos lain
mencecah RM15 juta setahun khabarnya.Agak ganjil dan pelik mengapa penyokong pembangkang diam membisu tidak menjawab sepatah pun
apabila pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang mengkhianati akujanji kepada rakyat.
Rakyat sudah semakin sedar sebenarnya mereka sudah tertipu dengan janji manis pembangkang.
Kelentong pembangkang juga semakin lama mereka memerintah di Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan
semakin terserlah sikap hipokrit yang bertopengkan keadilan sosial, ketelusan dan rakyat.Rakyat dijadikan landasan untuk naik kuasa dan kemudian rakyat juga yang dihumban ke dalam lembah
kehinaan apabila kuasa sudah diperolehi.Nampaknya cakap tidak serupa bikin sudah sinonim dengan pemimpin-pemimpin pembangkang,apa
yang dijanji depan rakyat tidak serupa apa yang dilakukan setelah kuasa yang diidamkan menjadi milik
mereka.Pembelian kereta mewah oleh Guan Eng adalah tamparan hebat kepada Dap yang kononnya menuduh
MCA sebagai parti taukeh dan orang-orang kaya Cina.Jadi sekrang ini Dap juga tidak banyak bezanya dengan kaum kapitalis yang ditentangnya selama ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Yang pegi berhimpun ramai2 di ambang 2014 yang lalu mane mereka sedar semua tu. Semuanya buat bodoh je.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berkaitan pembelian Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri itu untuk kegunaan rasminya.
"Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan saya kepada SPRM kerana kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tegas Lim, beliau tidak akan mempersoalkan SPRM mengapa tiada siasatan dijalankan ke atas kerajaan BN yang membuat pembelian yang serupa tanpa diskaun 55 peratus.
"Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urusniaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz (itu) telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya.
Menurut Lim, beliau telah mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana mendakwa tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.
"Mereka tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes (itu), tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz," tegas Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Lim mendakwa hanya di Malaysia akan disiasat oleh SPRM kerana membeli kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat.
Tetapi dakwanya lagi, SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.
Kerajaan negeri, tegas Lim, telah membeli Mercedes Benz S300L itu pada harga RM298,263.75 dengan diskaun sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.
"Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara," tambahnya.
Post a Comment