Laporan yang dikeluarkan oleh GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini seperti menjadi 'peluru' oleh pihak-pihak pembangkang untuk menghentam kepimpinan kerajaan Barisan Nasional . Kedudukan Malaysia yang berada hanya di belakang China dan Mexico dalam aliran keluar wang haram pada tahun 2010 cuba dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah aliran keluar berpunca dari gejala rasuah dan korupsi yang berlaku di kalangan pentadbir-pentadbir kerajaan . hakikatnya lebih dari 90% aliran keluar wang haram adalah di sebabkan pengubahsuaian nilai dagangan antarabangsa yang kebanyakkan dilakukan oleh investor-investor luar yang beroperasi di Malaysia .Carta no. 6 Di Atas dalam laporan berkenaan menunjukkan kesahihan fakta ini.
OK ,perkara pertama yang mengatakan rasuah bukan punca utama dah selesai ,jadi aku 'bajet' puak-puak Pakatan Haram akan mempersoalkan pula,kenapa negara2 jiran Malaysia seperti Filipina,Thailand,Vietnam,indonesia, dan Singapore bukan berada dalam kedudukan corot seperti Malaysia ??? Persoalan ini kita boleh kaitkan dengan 2 perkara (dalam konteks pengubahsuaian wang haram) iaitu kemasukkan FDI kita pada tahun 2010 dan jenis barangan yang kita eksport .Dari laporan Berita Harian,kenaikan peratus kemasukan FDI ke dalam negara ini adalah sebanyak 409.7% .
Jenis barangan yang dieksport keluar negara terutama ke negara2 EU yang mana merupakan antara rakan dagangan terbesar bagi negara-negara seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Singapore. Berikut adalah carta yang diperoleh dari laman web European Trade Commission bagi negara-negara yang dimaksudkan .
MANA CARTA TU ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment