Presiden Pas,Datuk Seri Hadi Awang di dakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu supaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin,dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.Difahamkan,arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Datuk Dr Mujahid Rawa.Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas,disini semalam,turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang,Johor,berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.
"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat.Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini.Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya.
BH semalam memetik Harun sebagai berkata,agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah,manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu.
Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai,Pulau Pinang,dua tahun lalau turut dilaporkan berkata,beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.
Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata,isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
LIHAT VIDEO DI BAWAH
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
LIHAT VIDEO DI BAWAH
Dr Haron Din tidak lagi perlu terkilan dengan tindakan Presiden beliau.Biar berbuih mulutnya,ternyata Anwar Ibrahim lebih mulia dan tinggi darjat berbanding dengan mana-mana ulama di dunia ini.
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
KENAPA HADI AWANG SOKONG KALIMAH ALLAH BOLEH DI GUNA OLEH BUKAN ISLAM ???
CUBA LIHAT BETUL-BETUL VIDEO DI ATAS KEADAAN HADI AWANG !!!
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini.Beliau turut berkata isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan.
UNTUK SELANJUTNYA
APA CERITA NI ???
APA CERITA NI ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Fakta sejarah yang saya belajar di sekolah: Ustaz dan ustazah kata nama Nabi ialah Muhammad bin Abdullah. Nama bapa Nabi Muhammad bermakna "hamba Allah". Oleh itu terbukti, kalimah Allah telah wujud sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Wallahua'lam.
Alahai forensic, ko nak kemana? Abdullah bermaksud hamba Allah, betul malahan Perkataan Allah ujud sejak Nabi Adam lagi malahan Nabi Isa pun tapi tahu kah bahawa mereka semuanya Islam dan Allah yang mereka semua maksudkan ialah Allah Azzawajalla yang satu dan tidak seperti Allah yang nak mereka masukkan dalam kitab bible untuk Melayu bodoh dan tolol ini iaitu Allah bagi mereka tiga Trinity"
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".
Kemudian, golongan2 itu BERBANTAH-BANTAH sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang2 yang zalim itu, dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
(Maksud surah Az-zukhruf ayat 64 dan 65).
Ya Allah ya Tuhan kami Kau tunjukkanlah kami SEMUA jalan yang lurus yang Engkau redha. Semoga Engkau masukkan kami SEMUA (yang ikhlas bermuzakarah dalam blog ini) ke dalam syurgaMu. Berilah kami semua nikmat dan rahmatMu didunia dan akhirat. Ameen Ya Rabbal Alameen.
Persoalan utama: ADAKAH MEREKA (GOLONGAN KAFIR) INI "BENAR-BENAR" BERMAKSUDKAN ALLAH YANG KITA SEMBAH, ATAU SEKADAR MEMAINKAN SENTIMEN PENYOKONG/PENGUNDI UNTUK MENANG PILIHANRAYA?Perlu diingat, isu kalimah Allah lebih menguntungkan PR/Dap kerana; UMAT ISLAM BERPECAH BELAH, DAN MENDAPAT SOKONGAN PERIBUMi KRISTIAN Sarawak DAN Sarawak. (Sabah / Sarawak adalah NYAWA BN).
Post a Comment