Kelmarin satu sidang media bersabit kubur Mat Indera telah diadakan di Hotel Taiping Perdana,Kampung Jambu,Taiping.Dalam sidang tersebut,penerangan yang eksklusif telah dibuat oleh 5 beradik yang merupakan keluarga penggali dan penjaga kubur,mereka adalah penduduk asal Kampung Jambu yang dahulunya dikenali juga sebagai Kampung Haji.Kampung yang wujud seawal pembukaan bandar Taiping itu didiami oleh seorang Haji yang dihormati oleh kaum Cina di sekitar bandar Taiping dan mereka menamakan kampung tersebut sebagai Haji Kampung (Kampung Haji).Akhir tahun 70an Kampung Haji yang dahulunya merupakan Kebun Jambu telah bertukar menjadi sebuah kampung tersusun dan dikenali sekarang sebagai Kampung Jambu,jika ditulis Kampung Haji pun surat-menyurat akan sampai.
Kampung tersebut terbahagi kepada dua bahagian,iaitu sebelah timur dan sebelah barat dan pembahaginya ialah jalan raya ( Jalan Masjid) antara masjid daerah dan stesen bas.
Lokasi kubur betul-betul terletak di belakang hotel tersebut.
Kelima beradik ini anak penggali kubur ini amat mengenali kubur Mat Indera yang menjadi lokasi permainan mereka zaman kanak-kanak.Mereka amat terperanjat apabila pemimpin Pas telah menunjukkan gambar kubur Mat Indera yang diluar peta minda mereka. Kubur yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan laman-laman blog adalah palsu.Bukti lain ialah kubur-kubur di kiri kanan kubur yang didakwa milik Mat Indera semuanya bertarikh dari Tahun 2004 hingga 2010,oleh itu kubur yang didakwa milik Mat Indera adalah milik orang lain.
ANDA NAK LAGI ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
LIHAT VIDEO DI BAWAH
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
pas ni.... agama pun boleh dipesongkan kalau setakat sejarah apa la sangat..
Post a Comment