Social Icons

Pages

Monday, February 11, 2013

KANTOI !!! WAN AZIZAH TERIMA ANUGERAH !!! SIDDIQ FADHIL SINDIR PR !!! WAJIB BACA !!!


Agaknya tika ini Presiden PKR,Wan Azizah Wan Ismail masih lagi kembang bangga tak sudah-sudah terkenangkan dirinya tiba-tiba sahaja mendapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah semasa Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 baru-baru ini.Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil itu khabarnya sebagai penghargaan di atas 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan,kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'.Entah di mana beraninya Wan Azizah dan tak tahu di mana letaknya keadilan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh isteri kepada Ketua Umum PKR itu sehingga timbul idea dari Dr Siddiq untuk menyamakan Presiden PKR itu dengan Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA,sukar sekali untuk umum mencari logiknya. Fikirlah kot mana pun memang tak logik langsung untuk Wan Azizah mendapat anugerah yang memperalatkan nama isteri kesayangan Nabi Muhammad S.A.W tatkala suami Presiden PKR itu sendiri terpalit dengan bermacam skandal seks dan pernah pula menjadi banduan dek kerana kesalahan rasuah salah guna kuasa. Pernahkah Nabi Muhammad S.A.W terlibat dengan skandal seks ataupun menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri ??? Tentu sahaja tidak.Adakah kesetiaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w terserlah disebabkan mempertahankan sikap bobrok suaminya ??? Tentunya tidak sama sekali. Sebaliknya Siti Khadijah setia dan berterusan menyokong suaminya disebabkan kebenaran dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah S.W.T Apakah Anwar sepanjang penglibatannya serius berdakwah ke jalan yang benar sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W ??? Langsung zero.

Yang ada pun,sejak tahun 1970-an asyik mengajak rakyat berdemo atas jalan, sepanjang 1980-an hingga Ogos 1998 aktiviti berdemo berhenti seketika,kemudian selepas itu hingga sekarang memanjang menyebarkan propaganda dan dakyah mengajak khalayak memenuhi jalanraya sampaikan hampir tergugat ketenteraman awam.Lantas apa tujuan penganugerahan tersebut kepada Wan Azizah dan apa signifikannya dengan Anwar ??? Sekadar untuk melengkapkan Anugerah Tuhan yang pernah dilabelkan oleh Wan Azizah kepada suaminya atau wujud sindiran serba sinis yang menuntut kewarasan akal memikirkannya ??? Jika dikatakan Wan Azizah memiliki sikap tidak terburu-buru dan tidak mudah panik sebagaimana isteri Nabi Muhammad S.A.W amat tidak kena sekali jika dilihat pada sejarah pembohongan Wan Azizah yang pernah mempropagandakan kisah suaminya disuntik dengan darah HIV positif. Hatta untuk umpamakan Wan Azizah sentiasa bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain seperti mana Siti Khadijah,lagilah tak tercapai dek akal memandangkan suatu ketika dulu Wan Azizah pernah menimbulkan kekalutan umum sehingga kalut ribut negara disebabkan demonstrasi jalanan gara-gara tuduhan Wan Azizah kononnya Anwar telah diracun dengan arsenik. Adakah propaganda jahat yang dimainkan oleh suami isteri yang mengepalai PKR ini seiras dengan gerak kerja dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang dibantu oleh Siti Khadijah ??? 

Lagilah tak sama jauh panggang dari api. Nak dikatakan gaya hidup Wan Azizah menyamai akhlak dan gaya hidup sederhana isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w jauh sekali,bagai langit dengan bumi bezanya. Wan Azizah hidup di rumah banglo yang harganya mencecah tujuh lapan juta ringgit,sedangkan Siti Khadijah hidup biasa-biasa sahaja dan sederhana gayanya. Malah dari segi sifat penyayang pada suami pun sukar sekali untuk disama tarafkan Wan Azizah dengan Siti Khadijah. Mana pernah Siti Khadijah cemburu buta dengan suaminya, sedangkan Wan Azizah pula pantang melihat ada jantan lembut yang rapat dengan Anwar terus sahaja memasang perisik untuk memantau pergerakan suami sendiri.Lagikan pula,Siti Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w bertemu jodoh tanpa halangan dan tidak pula berkahwin ikut pintu belakang, berbeza sekali dengan Wan Azizah dan Anwar yang menikah di sempadan Siam dek kerana tidak mendapat restu dari bapa si perempuan.Campur tolak bahagi dan darab,memang umpama langit dengan bumi bezanya antara Siti Khadijah dengan Wan Azizah.Barangkali,mungkin pada perkiraan PKR,penganugerahan itu mampu menaikkan imej parti itu setidak-tidaknya di kalangan pengundi Melayu Islam walau hakikatnya senario semasa menunjukkan lebih ramai yang tersenyum sumbing mengenangkannya.

Ramai pemerhati politik melihat penganugerahan itu sebenarnya hanyalah satu bentuk sindiran daripada Dr Siddiq kepada Anwar supaya dapat mencetuskan kesedaran Ketua Umum PKR itu supaya kelak jangan lagi gemar menabur janji sana sini tanpa menilik kemampuan diri. Alang-alang isteri sedikit cuba dipropagandakan dan digambarkan seolah-olah menyamai sikap isteri Nabi, takkanlah Anwar masih nak meneruskan sikapnya yang langsung tidak mengikut perwatakan Nabi Muhammad S.A.W,tak gitu pembaca Badut rakyat Sekalian ??? Bukankah Nabi Muhammad S.A.W terkenal dengan gelaran Al-Amin yakni orang yang boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya,justeru itu Anwar selaku politikus yang gemar menjual temberang dan propaganda adu domba itu elok sangatlah mengambil iktibar supaya serasi dengan anugerah tersebut.Jika dipandang dari sudut itu, memang nampak ada kewajaran untuk wujudnya anugerah tersebut,walaupun sinis dan agak menyindir maksudnya paling tidak pun ada juga maslahat umumnya.Tapi mampukah Anwar berubah dan tidak lagi meneruskan tabienya yang suka temberang,mengadu domba dan menabur janji yang tidak pasti ??? Tak payah mimpilah,Anwar akan kekal sebagai Anwar,tabie semula jadinya itu sukar untuk diubah,selagi masih ada segelintir yang mudah terpesona dengan lenggok pidato lidah bercabangnya selagi itulah Anwar akan terus menjual temberangnya.

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Anonymous said...

atau pun kot-kot anwar jadi PM dapat juga tumpang semangkok....jadi senator pun boleh la......anugerah pandai simpan jam omega..... jauh panggang dari api si jijah ni dgn siti khadijah........

 
 
Blogger Templates