Social Icons

Pages

Monday, March 25, 2013

HOT NEWS !!! BADRUL AMIN PANGGIL POLIS @PDRMSIA 'ANJING' ??? APA CERITA NI ???


Penyakit menghina anggota keselamatan menular bagaikan wabak penyakit berjangkit dikalangan pemimpin pakatan haram.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR),Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya pada 23 mac yang lalu.Kenyataannya itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat. 

Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang ??? Kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya,@drbadrulamin yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu." 

Pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.Oleh itu,mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan Negara.

APA KATA ANDA ???

sebelum itu ikuti kisah gerilla dibawakan khas untuk anda oleh Tun Mahathir


EKSKLUSIF !!! PANDANGAN TUN MAHATHIR BERKENAAN DENGAN GERILLA !!!

Pada tahun 1990,ketika saya bertemu kali pertama dengan Nelson Mandela selepas pembebasannya,perkara pertama yang beliau tanyakan kepada saya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis).Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya dan beliau diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan.Jadi bagaimana Malaysia mengalahkan gerila? Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan gerila di Malaysia. 

Pertama ialah keputusan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang dikawal.Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat.Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia menguruskan gerila.Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di Malaysia berdasarkan kejahilan.Ya,di Filipina, Moro menjalankan perang gerila selama beberapa dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan.Akhirnya,MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk wilayah tersebut.Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan sedar bahawa perang gerila boleh terjadi.Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil dan selamat.Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan Suluk. 

Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan.Benar terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda dan hati majoriti rakyat.Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula orang-orang yang terdedah kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan kita mempunyai wang untuk melakukannya.Dan yang paling penting adalah kita mempunyai pasukan keselamatan untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia. Askar dan polis yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat terlatih dan dilengkapi dengan baik.Pasukan keselamatan Malaysia telah mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila.Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka tidak berkesan. 

Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh.Ia hampir menjadi perang peribadi untuk mereka. Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada 'anak-anak lelaki kita' yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah benar.Kematian dan kecederaan sebenar.Jika kita merasa selamat dan terjamin,jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati mempertahankan kita.Jika mereka tiada,apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini juga.Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa kepastian mengenai keselamatan kita. Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja.Ada yang bekerja untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak mengambil mudah.Lihatlah sekeliling kita,lihatkan Timur Tengah atau Asia Selatan atau Amerika Latin.Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan di Amerika dan Eropah. Kemudian melihat semula ke dalam negara kita.Saya fikir terdapat banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan.-24/3/2013 -Chedet.cc - terjemahan Agendadaily.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Bila Larut Malam said...

Inilah manusia BANJINGAN. Berselindung di sebalik pangilan Ustaz tapi melalaknya lebih dari anjing kurap di jalanan.

Boleh belah, cermin diri dulu sebelum nak hina orang lain.

Anonymous said...

Teringat doggy style kot masa kat Kuantan dulu tu...dia sikit2 anjing sbb tak tahan selalu buat doggy style. Dengar dia dah ada cara Doggy gangnam style...hihihihihhhiii.

Anonymous said...

Anjing yang makan taik dalam hotel di kuantan tak mengaku nak anjingkan orang dahsyat perangai anging-anging yang terbukti anging

Anonymous said...

Bikin panas ini ustat badigol.! Dalam kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu sekarang, semangat patriotik ramai kalangan rakyat Malaysia memuncak dgn mendadak, tetapi berbeza pula dgn ustat badigol amin ini. Dia menghina pasukan keselamatan khususnya polis dgn kemarahan yg melampau sehingga memberi gelaran yg tidak sepatutnya kpd polis hanya atas sebab seorang mahasewel yg biadap. Kalaupun ada perkara yg boleh dijadikan kes maka si badigol bolehlah membawa perkara tersebut ke muka pengadilan, bukankah negara Malaysia ini ada undang-undang.?, lagipun si badigol ada kelulusan undang-undang mustahil tidak tahu menguruskan perkara kecil seperti ini.
Satu hal lagi, sepatutnya si badigol mengucapkan banyak terima kasih kpd polis kerana mempertahankan kedaulatan Malaysia khususnya di Sabah dan lagi ramai ahli keluarga badigol amin berada di pantai timur Sabah yg pada masa ini dilindungi oleh/dengan nyawa anggota-anggota polis. Apakah si badigol ini tiada punya hati perut ataupun mungkin tidak keterlaluan diungkapkan kesetiaannya kpd Malaysia wajar kita pertikaikan memandangkan latar belakang asal-usul si badigol ini.

Saya merasakan semua rakyat wajar berasa sangsi dan khuatir atas perbuatan si badigol ini, memandangkan lagi dia sebagai anggota kepimpinan sesebuah parti yg boleh mempengaruhi pemikiran rakyat. Kita sebagai rakyat Malaysia yg taat setia dan sayang kepada negara pasti tidak mahu keamanan negara dikhianati sama ada oleh anasir luar atau pengkhianat dari dalam negara. Perkara seperti ini tidak sepetutnya dibiarkan menular di dalam negara kerana ia boleh membawa akibat yang sangat buruk kepada Malaysia.

 
 
Blogger Templates