Social Icons

Pages

Saturday, March 09, 2013

HOT NEWS !!! ISU LAHAD DATU !!! KEPADA KERAJAAN !!! TOLONG JANGAN LAYAN PERMOHONAN GENCATAN SENJATA !!!


Perkembangan terkini di Lahad Datu menyatakan yang pihak pengganas Sulu sudah mula menunjukkan tanda-tanda kekalahan.semala mereka telah menyuarakan tuntutan agar gencatan senjata diumumkan.Antara alasannya adalah untuk mengebumikan mereka yang terkorban dan berharap agar permintaan tersebut dipenuhi berdasarkan persefahaman sesama agama.Sudah tentu sekali permintaan sebegini tidak perlu dilayan apatah lagi dengan alasan sedemikian.Jika semangat persaudaraan dalam Islam yang diambilkira,insiden menceroboh dan membunuh saudara seagama dengan kejam di Lahad Datu,tidak seharusnya berlaku langsung.Justeru,saya lihat bahawa permintaan pihak pengganas merupakan satu permintaan yang ganjil dan tidak konsisten dengan tindakan mereka yang begitu nekad dan berani mati sebelum ini.Seluruh dunia tahu bahawa kerajaan Malaysia telah memberi mereka masa yang cukup panjang untuk mereka keluar dari negara ini secara baik.Namun,sikap diplomasi Malaysia telah dibalas dengan kebiadapan dan keganasan.Malah,pihak pengganas juga kelihatan begitu nekad untuk memperbesarkan lagi isu ini dengan menjemput kuasa asing untuk campurtangan dan membantu mereka. 

Jelas,pihak Sulu tidak pernah memikirkan akibat dari tindakan mereka sama ada ke atas nyawa rakyat Sabah yang tidak berdosa,mahupun kepada umat Islam dari segi perpaduan dan kekuatan ummah,serta imej agama Islam itu sendiri,yang sudah teruk tercemar dengan sikap umat Islam yang gemar bersengketa sesama sendiri.Sesungguhnya inilah yang kerajaan Malaysia cuba elakkan apabila memilih cara diplomasi dalam menanangi pencerobohan puak Sulu.Namun,memandangkan puak Sulu langsung tidak menghormati kebaikan Malaysia,maka kerajaan Malaysia tidak punya alasan yang cukup baik untuk memenuhi permintaan mereka untuk melancarkan gencatan senjata.Pihak pengganas Sulu nampaknya telah tersilap menilai kredibiliti pihak pertahanan dan keselamatan Malaysia melalui sikap diplomasi yang ditunjukkan di peringkat awal. 

Pendekatan Malaysia ialah,yang baik dilayan dengan baik,tetapi pengganas yang telah berikrar akan terus menentang kita hingga ke titisan darah terakhir,tidak mungkin diberi peluang untuk mencari ‘masa tambahan’ melalui gencatan senjata.Oleh itu,pengganas Sulu tiada pilihan,selain dari menyerah diri sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia.Untuk pengganas Sulu,terimalah hakikat bahawa Sabah bukan negara anda.Rakyat Sabah tidak mungkin ingin diperintah oleh pengganas yang sanggup memperjudikan nyawa mereka.Sultan palsu anda juga tidak layak memerintah,jadi apalah jenis negara yang akan anda dapati di bawah pemerintahannya ??? Jika kini anda meminta sedikit masa untuk menyemadikan rakan yang tumpas,maka jika anda melengahkan sedikit masa lagi,anda akan dapati tiada siapa lagi yang tinggal untuk menguburkan sesiapa,di pihak anda.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Seri Bahasa said...

Sabah tetap Sabah...Rakyat tidak akan bersilih-ganti...Tetapi tanpa rakyat tiada pemimpin...Dan untuk selama-lamnya rakyat dan Negeri Sabah tidak akan rela dipimpin oleh seorang Sultan atau Raja...

 
 
Blogger Templates