Social Icons

Pages

Friday, March 22, 2013

KANTOI !!! SENARAI SYARIKAT KRONI YANG DIBERIKAN KONTRAK LANTIKAN TERUS DARI KERAJAAN SELANGOR DIDEDAHKAN !!!


Apabila mengambil alih pemerintahan Selangor 2008,PKR menerusi Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang pemberian projek secara lantikan terus (direct nego).Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan kepada kami oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan.Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan.Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta. Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor. Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat yang dibekalkan kepada kami dan selepas ini kami akan berusaha mendedahkan satu persatu siapa dibelakang syarikat-syarikat berkenaan. 

Tarikh lulus : 14 Julai 2009
Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini 
Kontraktor : Syarikat Media Sdn Bhd 
Nilai : RM 307,480.00 
Tarikh lulus : 1 September 2009 

Projek: Membekal kad raya,sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor 
Kontraktor : D’Macriz Communication 
Nilai : RM 53,050.00 
Tarikh lulus : 18 Feb 2009 

Projek : Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor 
Kontraktor : Evera Solution Sdn Bhd 
Nilai : RM 91,200.00 
Tarikh lulus : 14 Mei 2009 

Projek : Peralatan ICT 
Kontraktor : Datamini Sdn Bhd 
Nilai : RM 800,000.00 
Tarikh lulus : 7 Jan 2009 

Projek : Sewaan perlatan ICT 
Kontraktor : BSO Technologies 
Nilai : RM 300,000.00 
Tarikh lulus : 2 Mac 2009 

Projek : Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor 
Kontraktor : Luk Resources dan D’Macriz Communications 
Nilai : RM 160,260.00 
Tarikh lulus : 20 Mac 2009 

Projek : Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor Kontraktor : Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd 
Nilai : RM 127,880.00 
Tarikh lulus : 20 Mac 2009 

Projek : Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS 
Kontraktor : SK Securesafe Sdn Bhd 
Nilai : RM 135,298.00 
Tarikh lulus : 12 Feb 2009 

Projek : Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi 
Kontraktor : Team Associates Consultants Sdn Bhd 
Nilai : RM 214,492.15 
Tarikh lulus : 28 Okt 2009 

Projek : Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK 
Kontraktor : Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd 
Nilai: RM 1,443,610.00 
Tarikh lulus : 9 Apr 2009 P

Projek : Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ 
Kontraktor : Mirazat Murni Resources 
Nilai : RM 420,000.00 
Tarikh lulus : 7 Mei 2009 

Projek : Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ 
Kontraktor : Mirazat Murni Resources 
Nilai: RM 420.00 

Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender.Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ. - Sel13.Com

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates