Social Icons

Pages

Saturday, April 06, 2013

HOT NEWS !!! MAHASISWA KOMITED BANTU RAKYAT DAN SOKONG BN !!!


Sebuah pergerakan mahasiswa telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Siswa4U merupakan pergerakan yang terdiri daripada lebih 500 pemimpin mahasiswa berbilang kaum daripada semua institusi pengajian tinggi (IPT) turut berjanji untuk membantu Perdana Menteri dalam meyakinkan rakyat agar terus memberikan mandat kepada beliau dan barisan pimpinannya.Sokongan terbuka mereka itu menunjukkan bahawa golongan mahasiswa begitu komited untuk menyumbangkan idea dan masa dalam membela dan membantu rakyat Malaysia.Malah mereka juga turut menghargai pindaan kepada AUKU yang telah dibuat oleh PM dan BN.

Pengerusi SISWA4U,Mohd Hafiz Ariffin berkata,sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU,aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya.“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas.SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,” ujarnya dalam sidang media khas.Pakatan pembangkang sebelum ini sering dilihat mempengaruhi dan mengunakan golongan mahasiswa dalam menjayakan matlamat Anwar untuk ke Putrajaya.Maka sejak itu bermulalah tindakan-tindakan biadap seperti menurunkan gambar pemimpin,memijak,membakar malah tidak kurang juga ada yang bertindak mengalungkan bunga untuk orang mati. 

Baru-baru ini pula,seramai 3 orang telah ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat.Walaupun mereka mendakwa kononnya mewakili suara mahasiswa,namun pada hakikatnya mereka hanya terdiri dari segelintir kumpulan.Malah hasil penelitian yang dilakukan kebanyakkan mereka juga adalah merupakan orang yang sama dijadikan alat oleh pimpinan pakatan pembangkang yang berselindung disebalik hak kebebasan akademik.Menurut Hafiz lagi,agenda transformasi yang dijalankan Datuk Seri Najib menunjukkan iltizam pemimpin nombor satu negara itu dalam melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap negara,kerajaan dan parti sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan. 

Ujarnya lagi,SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara. “Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

memang baik dan islamik kalau kita didik anak-anak muda sayangkan negara.... tak eluk anak-anak muda mencerca negara sendiri.

pelekeh negara sendiri biar ke Anwar sorang je la....

Anonymous said...

. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Anonymous said...

Boleh dpt free. kena le dpt keputusn yg cemerlg. Sebb yg cemerlg tentu dpt kerja yg bagus. Yg x cemerlg silap 2 menganggur. Pilih2 kerja plak tu. Mengabiskn beras je.Lepas tu melalak d tepi jalan. Bg krja sementara pun bising. Ish semua x kena le. Semua kerajaaan nak fikir tentg dema. Sendiri mau fikir le....... . Nak kawin pun kerajaan juga.

PKR. DAP seronok le guna dema ni. Masing2 ada agenda sendiri. seorg nak jadi PM. seorg lagi nak jatuhkn RAJA.Elok le tu. PAS sokong plak tu. Lg heran dibuatnya. Mentg 2 konon parti ada PERKATAAN ISLAM pada nama.Asyik keluar fatwa mengarut aje.X faham ke bila org kata. Kerja lain x ada. Cermah mengata org, Keluar fatwa. Mana kitab2 yg dema telaah dulu entah.

Kesimpulan. Undi PAS.PKR.DAP malapetaka kpd agama, bangsa dan negara

 
 
Blogger Templates