Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar,celupar dan tidak berhikmah.
Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.Sebelum ini,Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.Terbaru,Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit,tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis,tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri,hipokrit punya manusia bertopengkan agama.Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS,menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.
Hakikatnya,Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.Untuk pengetahuan Nik Aziz,semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air),Dar al-islam dan Diyar al-islam,maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.
Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda.Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS ???
Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR,sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.
Justeru itu,tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti,lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme,ada juga faedahnya.
RENUNG-RENUNGKAN
19 comments:
Tok garu ni dah tahap otak hijau lumut. Dia nk ke bulan dgn roket Dapig bertemankan setan mata sebelah Perosak Keamanan Rakyat. Puak bengong Parti Ajaran Sesat memang anggapndiri mulia so nk cakap apa or nak buat apa tak kisah sebab tok garu boleh bawa mereka ke syurga
Pakcik nik ni dah tua dan nyanyuk...lagi kita layan lagi menjadi dia ni sebab dia pun nk jugak glamer mcm si anuar.kalau dia tk keluar kan statement yg gila2 tkda sapa pun nk fokuskan kat dia....buang masa je bukannya hensem pun.
NIK AZIZ TOLOL KATA UMNO TOLAK ISLAM.
BUKAN KAH PAS YANG TOLAK HUDUD, SETELAH DI BAHLOLKAN OLIH DAP.
SEKARANG PAS TOLAK HUDUD GANTI KEBAJIKAN !
SIAPA YANG TOLAK ISLAM.
BAHLOL BAGLOL BAHLOL.
JIZ JIZ JIZ,ENGKAU SIAPA.
TUHAN UGAMA PAS !!!
UMNO IKUT ISLAM SUNNA WAL JEMAAH, TAKDA KENA MENGENA DENGAN PAS.
KAU UGAMA KAU, AKU UGAMA KU.
Orang tua kutuk, tak sedar diri ni lebih teruk dari AyahPin. Setidak-tidaknya Ayah Pin cuma menyesatkan orang je tapi takde la sampai memburuk-buruk kan orang lain & mengkafirkan orang lain.
adakah ini ulamak sejati ... jom kita nilaikannya ...
1. dia sanggup bersahabat dengan iblis demi menewaskan umno ... sedangkan telah diperingatkan banyak kali dalam ayat suci al-quran agar umat manusia semuanya dilarang dari menjadikan iblis sebagai sahabat ...
2. dia pernah berkata sesiapa yang tidak mempercayai ayat suci al-quran walaupun satu ayat maka orang itu termasuk ke dalam golongan kafir ...
3. daripada dua perkataannya iaitu kesanggupannya bersahabat dengan iblis yang bermakna dia mengingkari nasihat di dalam al-quran dan perkataanya juga bahawa sesiapa yang tidak mempercayai ayat suci al-quran maka bagaimanakah kita dapat rumuskan pemikiran manusia seumpama ini ...
4. sanggup mempertahankan nwar berahi sehingga memberi jaminan bahawa nwar berahi adalah ahli surga ... sedangkan nwar berahi diseliputi pelbagai masalah moral ... tambahan lagi nwar berahi tidak pernah menunaikan haji ataupun umrah di mekah ... sedangkan dia termasuk ke dalam golongan yang wajib menunaikan haji di mekah ... nwar berahi buleh pergi makan minum pagi di new york ... minum petang di london ... makan malam di jedah ... tetapi gagal menginjak kaki ke mekah ...
4. sedangkan dalalm sebuah hadis nabi s.a.w telah bersabda bahawa sesiapa yang tidak menunaikan umrah ataupun haji sedangkan dia berkemampuan berbuat demikian maka matinya adalah mati seperti yahudi atau nasrani ... yang pasti kita tahu bahawa neraka adalah balasannya ...
5. banyak fatwa yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh sejumlah besar ulamak dalam agama pas iaitu membenarkan perbuatan tidak menunaikan haji kerana mengutamakan proses pembuangan undi yang jika diamalkan akan menyebabkan seseorang itu tidak mengambil iktibar dari amaran yang diberi oleh nabi s.a.w di dalam hadis di atas ... adakah pemikiran ulamak seperti ini kita buleh jadikan sebagai panduan ...
6. dia sanggup menghalalkan perbuatan zina yang telah dilakukan oleh mat sabu dengan normah ... dengan berkata mat sabu berzina dengan normah tidak salah ... dan pernah berkata ... dia telah sembahyang istikarah dan seorang adun yang ditangkap berzina telah diampunkan dosanya oleh Allah ...
rumusannya ...
7. bagi ulamak ini kesalahan atau dosa yang tak terampunkan ialah dosa menjadi ahli umno dan semua dosa yang dilakukan oleh orang umno ... benarkah pendapat sedemikian ...
NIK AZIZ....PEGI BUAT MEDICAL CHECKUP.
PASTIKAN KAMU SIHAT WALAFIAT DAN MENTALLY STABLE.
PASTIKAN CAKAP IKUT AKAL DAN OTAK SUPAYA ORANG UNDI KAMU.
KALAU KAU CAKAP BETUL AKU GERANTI UNDI KAU.
ANON 824.
Tak SETUJU. Nik Aziz BETUL SEPANJANG masa!
Islam dia ADALAH Islam VERSI PAS. LET IT BE.
AKU AK KAN SOLAT BERIMAMKAN ORANG PAS.
JELAS MEREKA SESAT.......PAS ...PART AJARAN SESAT.
ITU LAH THE PERFECT ANSWER.
JANGAN BISING BISING.
MEROKOK diharamkan jadi Calon....Calon BERJUBOQ buleh pulok.....apa punya Ostat Politik nihhh!
Yg mengaku Islam wajib solat. Yg bagi pahala Allah swt, bukan TGNA.
So pengkut tegar pas fikir2kanlah ya..... Semuga kalian mendapat pertunjuk dari Allah swt siapa menyesatkan siapa sebenornya kalau yang dah lanjut tu bertobat lah segera...tinggalkanlah parti yang telah menyimpang dari landasan.
Kalau TGNA silap alhamdulillah kamu selamat, apa kata jika dia betul?
Bilakah last sekali kamu audit solat kamu? Adakah ianya sama dengan cara nabi saw solat? Rujuk buku dan video berlambak kat youtube org dah upload "Sifat solat Nabi Saw" yg berlandaslan nas-nas hadith sahih.
Sebut pasal audit solat, solat pakai seluar dan baju atau T shirt pendek, ketika sujud terbuka aurat di belakangnya, mk kurang satu syarat sah solat. Selalu jumpa, sesetengahnya bila ditegur marah.
Sebenarnya kesian kat Nik Aziz ni. Patutnya umur dah lanjut waktu ni, duduk rumah, main dengan cucu, beramal ibadat dan tak heboh dengan apa nak jadi kat luar sana. Yang di luar sana tu hanya sementara, satu ilusi, yang nak dituju, itulah yang sebenarnya, yang KEKAL. Jadi kita patut kesian kat dia. Semakin pulak dia mengumpul bahan untuk diSOAL esok. INIlah yang kita semua patut takut. Malangnya sekarang, ramai orang dah tak takut kepada ALLAH.
kalau nik ajis betul maka boleh la kita semua p buat maksiat kat golok...janji sokong pas leh masuk syurga....bodohnya macai....Allah bagi akal fikirla ...jgn taksub sgt dgn si ajis tu..apa dia merapu hangpa pecaya bulat2.
Saya walaupun penyokong sejati UMNO, tapi saya masih okay dgn TGNA. Saya tak kesah, kalau niat dia baik menjadi kn Malaysia negara Islam yang cemerlang dan gemilang, tetapi bila Parti Politik seperti ini yang atas nama ISLAM sahaja "Parti Islam SeMalaysia" tetapi mendoakan kecelakaan orang Islam sesama agama, mengharamkan orang Islam sesama agama masuk Syurga. Itu bukan Ulama, itu SESAT! Nauzubillah.
aku sesian kat umno dan kriuk2 dia .. kempen pru 13 ini nampak gayanya memang apa yang TGNA betul, .. apa tidaknya bila kempen memaki hamun orang, tayang video lucah, campur gaul jantan betina tak kira bini orang, menjerit2 dan tunjuk samsing ... memang betul umno dah sesat.
"barangsiapa mncntai ulama maka dya mncntaiku"hadis rasulullah
Berat nanang puak ni
jangan mencaci maki ulama hanya di sebabkan politik... ingatlah wahai sayang2 ku sekalian,ulamak tu pewaris nabi...
Post a Comment