Social Icons

Pages

Monday, April 15, 2013

HOT NEWS !!! PAIP PECAH DI GOMBAK !!! KHALID GAGAP MENYALAHKAN SYABAS ??? APA CERITA NI ???


Tak siapa menyangka malang rakyat di negeri Selangor semakin bertimpa-timpa apabila dilaporkan tentang saluran paip yang pecah di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves,Gombak semalam.Walaupun ia nampak kecil,kesannya akan menyaksikan setengah juta penduduk di ibu negara berdepan dengan gangguan bekalan air selama seminggu.Bayangkan,setengah juta rakyat bakal angkut timba ramai-ramai tunggu lori tangki air.Saya yakin,Kerajaan sementara Pakatan Haram di Selangor akan menyalahkan SYABAS dalam hal ini,tapi dengan muka tak malu,mereka akan mengerah syarikat konsesi air itu untuk menyalurkan bekalan air menggunakan lori-lori tangki air yang dimiliki syarikat tersebut. Inilah akibatnya kalau rakyat memilih sebuah kerajaan yang tak tahu nak fikir perancangan jangka panjang.Kerajaan pimpinan Khalid “GagaP’ asyik mengatakan nak buat ini dan nak buat itu,tapi sampai hari ni tak nampak hasilnya.Semuanya “air liur” saja.Mari kita tengok apa yang telah jadi berhubung insiden malang ini.Punca sebenar paip pecah itu disebabkan hujan lebat semalam yang menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut. 

“Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah,” kata Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),Yusof Saroji.Tidak mustahil dengan insiden yang berlaku dan kebetulan PRU ke-13 bakal diadakan awal bulan Mei ini,Pakatan Haram Selangor akan menuding jari menyalahkan SYABAS,UMNO,BN dan Kerajaan Pusat.Biasalah,Pakatan Haram ini kalau nyamuk gigit mereka pun akan salahkan UMNO.Antara “modal” yang dijangka akan digunakan Khalid “Gagap” ialah SYABAS kena turunkan peratusan air tidak terawat (NRW) daripada 32% kepada 15% tapi kononnya syarikat itu gagal.Biasalah,Khalid selalu alihkan kegagalan dirinya pada pihak lain,kan ??? Masalahnya,bagaimana nak turunkan peratusan itu kalau perbelanjaan modal SYABAS disekat dan tak diluluskan Khalid ??? Perlu diingat yang batang-batang paip ni semua harta kerajaan negeri Selangor.Takkanlah SYABAS nak pandai-pandai tukar,mestilah tanya tuannya dulu kan ??? Kita sedia maklum yang batang-batang paip edaran itu semenangnya sudah lama,ada yang dari zaman awal kemerdekaan lagi dan masih belum bertukar. 

Dulu,semasa SYABAS mula ambil konsesi pengedaran air di Selangor,program menukarkan paip telah dimulakan.Syabas berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78% pada tahun 2005 kepada 33% pada tahun 2008.Tapi bila Capex dibekukan Khalid pada tahun 2008,Syabas masih berjaya mengekalkan kadar NRW pada 33%.Itu pun Khalid nak bising,ke ??? Kalau kadar NRW itu dilaporkan tinggi,maknanya paip tu memang dah rapuh dan sebab itulah berlakunya kebocoran paip air.Tembok penahan paip tersebut tidak mampu bertahan akibat asakan dan tekanan kuat dari arus air sungai yang mengalir deras ekoran hujan lebat selama lima jam semalam.Paip-paip “zaman purba” itu memang hanya menunggu masa untuk pecah dan hujan lebat dua hari lepas telah mempercepatkan proses pemecahan paip tersebut.Kalaulah Khalid ada perancangan jangka panjang dan Capex tidak dibekukan,semua ini mungkin tidak akan berlaku. 

Tapi disebabkan “kebebalan” Khalid,setengah juta penduduk kini berdepan dengan ancamana gangguan bekalan air dan kita akan lihat ada lori-lori tangki SYABAS memenuhi jalanraya di Kuala Lumpur and Selangor nanti.Jadi sebanyak 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang patut “berterima kasih” kepada kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor kerana menyekat CAPEX SYABAS untuk mengganti paip-paip “zaman purba” itu.Sebanyak 28 kawasan terjejas di Kuala Lumpur antaranya di Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat,Jalan Padang Tembak,Jalan Semarak,Taman Cempaka,Taman Bakti,Taman Nirwana,Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.Selain itu,sebanyak 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang,Kampung Kemensah,Kampung Melayu Ampang,Kampung Lembah Jaya,Taman Hillview,Kampung Pinggir Tiga Jaya,Bukit Jobina,Kampung Tengah Lembah Jaya,Taman Dato Ahmad Razali,Lembah Jaya Utara,Taman Bukit Indah,Lembah Jaya Selatan,Taman Tun Abdul Razak,Sri Rampai,Kampung Tasek Permai,Taman Ampang dan Ukay Heights. Cuba tengok kawasan-kawasan itu.Ada terkena di kawasan rumah kita atau tidak ??? Insiden ini merupakan kali kedua hampir setengah juta rakyat berdepan dengan terputusnya bekalan air,cuma selang empat bulan saja.Persoalan untuk Menteri Besar paling gagal dalam sejarah Selangor,Khalid Gagap,sekiranya rakyat Selangor jadi “tauke” air nanti,punya saham air dan kalau masalah ini berlaku,siapa yang akan dipersalah ??? Khalid nak salahkan rakyat Selangor kata tak tahu jadi “tauke” air,kah ???

Oleh Kelulut Hitam

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

khalid gagap dengan exco negeri selangor mmg sial,menyusahkan keluarga aku je..

 
 
Blogger Templates