Social Icons

Pages

Sunday, April 21, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM TAKUT BERDEBAT DENGAN DR MAZLAN DI PERMATANG PAUH ??? APA CERITA NI ???


Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang ‘cabaran debat’ yang membuang masa,maka,ia dijadikan modal politik yang digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian.Setiap kali terkantoi,maka akan adalah cabaran debat yang dibuat oleh pembangkang terhadap Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.Terbaru Anwar mencabar lagi,kali ini melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Datuk Seri Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu,seperti sewajarnya dan seperti yang dijangka.Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah. 

Namun,itu bukan soal utama untuk Datuk Seri Najib mengabaikan cabaran tersebut.Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai oleh segenap rakyat Malaysia melalui media.Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Datuk Seri Najib kerana tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai masa ‘lebih’ untuk dibuang begitu saja.Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Datuk Najib,saya merasa pelik kerana beliau tidak berani menyahut cabaran orang yang lebih ‘kecil’, iaitu Dr. Mazlan yang merupakan ‘lawannya’ di Permatang Pauh dalam PRU-13 ini.anda boleh merujuk perkembangan perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA. Dr Mazlan Ismail adalah Pegawai Memerintah,Semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel.Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang bertanggungjawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.Dr. Mazlan merupakan antara anak kebanggaan Permatang Pauh kerana pencapaian cemerlangnya. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Elektronik komunikasi dari Universiti Salford, UK. 

Juga mempunyai Masters dalam Operational Telecom dari Universiti Coventry, UK serta PHD Kejuruteraan dari UTM atas biasiswa TM yang mana membuktikan yang beliau sememangnya seorang yang bijak. Berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.Berdasarkan latarbelakang Dr. Mazlan yang cukup memberangsangkan,maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan beliau.Alasan Anwar menolak cabaran ini adalah kerana menganggap isu-isu Permatang Pauh adalah tidak signifikan.Sekali gus,menunjukkan betapa Anwar memandang rendah akan masalah rakyat di kawasannya sendiri.Nampaknya,bagi Anwar,rakyat Permatang Pauh hanya perlu mengundinya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jangan sekali-kali mengharapkan beliau menjadi ‘wakil’ kepada mereka.Mungkin,Anwar melihat tugas wakil rakyat terlalu rendah bagi dirinya yang duduk sebaris dengan Mandela, Ghandi atau Suu Kyii.Anwar tidak sedar bahawa jika kawasan sendiri juga tidak mampu dijaga, bagaimana kita boleh mengharapkan beliau menjaga seluruh negara ??? Kita tahu,bahawa Anwar sebenarnya pengecut dan beliau hanya berani mencabar Datuk Seri Najib kerana seorang Perdana Menteri pasti tiada masa untuk melayan karenahnya. 

Sedangkan,buat masa ini,lawan Anwar adalah Dr. Mazlan,bukan Datuk Seri Najib kerana Anwar perlu terlebih dahulu melepasi ‘halangan’ Permatang Pauh dan menjuarai isu kawasan tersebut,sebelum bercakap tentang isu negara.Ini kerana,jangankan isu negara, isu-isu negeri PRmjuga Anwar jelas tidak punya kawalan langsung. Malah,untuk membahagikan kerusi juga Anwar tidak ada kuasa yang jelas.Di sana-sini ada saja ‘pemberontakan’ dalaman yang menentang pilihannya.Justeru,apakah layak Anwar mencabar seorang Perdana Menteri untuk berdebat tentang Manifesto Pilihanraya ??? Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim memang petah bercakap dan Datuk Seri Najib pula bukan jenis yang bercakap banyak.Sepatutnya,perbezaan karektor ini sahaja sudah cukup untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan.Bukan kita tidak tahu bahawa orang yang terlalu petah bercakap akan sering tersilap cakap kerana tidak sempat berfikir.Orang yang terlalu petah bercakap juga sering dikaitkan dengan sikap tidak boleh dipercayai.Apatah lagi yang suka bercakap besar,tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf,iaitu sifat-sifat negatif yang wajib ditentang.Yang kurang bercakap pula seringkali merupakan seorang yang bijak kerana lebih banyak mendengar dan berfikir.Sifat ini menjadikan mereka seorang yang rendah diri dan oleh kerana itu, lebih dipercayai. Justeru, tindakan PR memperlekeh Datuk Seri Najib kerana enggan melayan cabaran debat Anwar adalah tindakan bijak.Melayan orang yang hanya tahu bercakap tetapi telah terbukti gagal dan penuh skandal seperti Anwar, pastinya hanya membuang masa.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Kedah police deny arresting Anwar look-alike
By SIRA HABIBU


PETALING JAYA: Kedah police denied arresting any “clone” of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedah CPO Datuk Ahmad Ibrahim said they did not come across any individual from Thailand who looked like Anwar.

“Allegations that we detained Anwar's clone is baseless,” he said, adding that looking like someone else was not a criminal offence that warranted arrest.

Anonymous said...

Sambil menyifatkan Anwar akan 'bertemu buku dengan ruas', pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Sidek Baba berkata Dr Mazlan Ismail adalah seorang petanding, boleh melawan dan mempunyai latar belakang yang boleh menjadi saingan kepada Anwar.
-"Apabila dia (Dr Mazlan) bersedia melawan, ia ibarat (Anwar) 'bertemu buku dengan ruas', kerana Dr Mazlan merupakan anak tempatan, seorang profesional dan amat layak. Dr Mazlan bukan lawan mudah bagi Anwar.
-"Dr Mazlan dari segi imej, saya lihat ada faktor saingan pada dia, ada jiwa agama dan bekas pimpinan PAS. Dr Mazlan sudah tentu ada faktor simpati daripada orang PAS apalagi di kalangan orang Umno dan orang yang berada di tengah-tengah.
-"Ini mungkin meletakkan peluang yang lebih kepada dia, memang satu yang bijaksana hantar orang yang terbaik di situ untuk menghadapi tokoh yang bercita-cita menjadi perdana menteri,"

mohd. natar said...

1. Debat diantara pemimpin negara dengan Anwar, saya rasa, hanya akan membuang masa PM sahaja.

2. Masa yang terbuang itu mungkin boleh dimanafaatkan bagi kegunaan lain yang lebih terdesak lagi memerlukan, seperti memikirkan apakah lagi sumbangan yang boleh diberikan oleh kerajaan untuk rakyat jelata, termasuk yang di Permatang Pauh.

3. Kelebihan atau advantage akan berpihak kepada Anwar. Selain menagih atau memenangi popularity Anwar juga has nothing to lose. He is the underdog.

4. Kepetahan berpidato akan menerima tepuk sorak dari penonton atau pendengar tetapi sorakan itu tidak semestinya memberi erti ianya menang.

5. Sorakan yang akan diterimanya juga berkemungkinan akan membawa negara kearah keruntuhan.

6. Imbas kembali suasana didewan debat semasa Anwar menemui pendebat dari pihak kerajaan dahulu.

7. Lihatlah hasilnya dari debat tersebut. Apa yang kita dapat?.

8. Nothing.

9. ???

Anonymous said...

Hm. Mmg betulm tpi ini politik. Last minute counter .. die tabur 1 2 juta.. cnfiRm terbalik ceritanye. Psti anwar menang. Di seorang manusia yg sgt pndai politik tpi bodoh dlm petadbiranye. Ak yakin di mmpu counter mslh ni semo dgn wang

 
 
Blogger Templates