Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu,43.51% pengundi Cina,India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya,Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP.Kawasan itu umumnya dianggap oleh DAP sebagai satu kerusi yang berpotensi dimenanginya dalam PRU 13,justeru itu untuk merealisasikannya DAP menaruh besar kepada calon kitar semula Ariff Sabri Abdul Aziz bagi merampas Parlimen Raub dari genggaman BN.Ia mungkin satu kebanggaan bagi Ariff Sabri kerana tindakannya keluar dari UMNO pada Januari 2012 semata-mata untuk mengintai peluang menjadi calon DAP akhirnya berbaloi dengan pengesahannya sebagai pembawa panji DAP bagi Parlimen Raub.Namun harapannya untuk menang hakikatnya terlalu menggunung tinggi dan langsung tak terdaya dipikul oleh Ariff Sabri,apatah lagi bekas ADUN Pulau Manis (2004-2008) itu bukanlah seorang yang berpengaruh malah hubungannya dengan rakyat Pahang juga terlalu besar jurangnya.
Sewaktu Ariff Sabri menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal pun jasa baktinya tak terasa dek rakyat setempat dalam DUN Pulau Manis,inikan pula mahu menyumbang bakti untuk penduduk yang jauh lebih besar dalam Parlimen Raub.Lawannya di Parlimen Raub iaitu EXCO Kerajaan Negeri,Datuk Hoh Khai Mun bukannya kecil anak,sebaliknya merupakan pemimpin MCA yang cukup berkaliber dan cukup dihormati ramai kerana kerja buatnya yang bermanfaat untuk rakyat tanpa mengira kaum.Hoh Khai Mun yang juga merupakan bekas ADUN Bilut dan kini adalah Ketua MCA Bahagian Bentong dijangkakan tidak berhadapan laluan sukar untuk mengekalkan Parlimen Raub dengan majoriti yang lebih besar pada PRU kali ini.Berdasarkan trend sokongan semasa,BN berpeluang mengekalkan penguasaannya di dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Raub dengan undi yang lebih selesa selain memberi tentangan sengit kepada DAP di kerusi DUN N7 Tras serta berpeluang mengurangkan majoriti kemenangan DAP di situ.Dengan rekod perkhidmatan Hoh Khai Mun,trend sokongan umum yang semakin memihak kepada BN di seluruh negara termasuk di Parlimen Raub,tidak syak lagi ia merupakan mimpi ngeri untuk DAP dan Ariff Sabri pastinya akan terkubur di Raub sekaligus menjadi noktah akhir hayat politiknya.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
sudah menang.. :).. boleh tukar cite kt ats tu..
Yb arif tu xwat keje ape2 pun.. sombong plak dgn rkyat.. xfaham camne boleh menang.. xphammm..
die kalah kt dun pulau manis ms die under BN.. snggup masuk DAP utk menang.. hmm
Post a Comment