Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah.Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim.Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya,isu yang lebih besar,menurut beliau,sudah tiga hari kematian itu.Tapi penjenayah masih belum ditangkap.
Apa masalahnya dengan Husam ini,sibuk pula nak mengatur apa yang perlu dibuat,Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja,lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.Sebab itu dia lari ke Putrajaya,sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien,padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya ??? Kenapa tak pertahankan sahaja kerusi di Kelantan tu ???
Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal.Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal.Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk fokus cari penjenayah tersebut.Cubalah cari sekali Husam ooiii,kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya,cubalah tunjuk hero sikit.Untung-untung dapat lah naikkan undi,itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan.
Allahyarham Shaharuddin,58,mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya,Jumaat lepas.Itu baru cerita Husam,cerita si Khalid gagap pun tak kurang hebatnya.dia berani perlekeh dasar gaji minima yang baru diumumkan kerajaan sambil mendakwa ia tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh.Malah dakwa Khalid,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib tidak mempunyai dasar yang jelas dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh lebih tujuh juta pekerja di negara ini.Namun penyandang Menteri Besar itu seolah-olah terlupa akan komitmen yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang di Selangor apabila segelintir penjawat awam negeri dinafikan hak untuk mendapat gaji minima RM1,500 yang ditawarkan.Inilah orang cakap,lupa daratan.Sibukkan hal orang,hal sendiri lupa nak siapkan.Banyak juga pembangkang ni buat taik.Sudah-sudahlah tu,tak usah sibuk nak memerintah kalau benda kecil pun tak boleh tertunai.
RENUNG-RENUNGKAN
10 comments:
Yang memilih untuk memenangi PutraJaya seharusnya menyandarkan pemilihan mereka berdasarkan track record. Diantara keduaya jelas tiada KPI yang sama. Tetapi kalau orang PutraJaya pilih juga yang memang dah ada track record pencapaian buruk, memang sengaja mencari masalah!
Hari ini Dalam Sejarah...
Seorang calon PRU 13 berasal Kelantan telah lari lintang pukang dari negerinya sendiri apabila banyak sangat kegagalan yang telah dilakukannya..
Beliau ingin bertanding di Putrajaya kononnya...Ye la katanya kat Putrajaya tu ramai kakitangan kerajaan yang berasal dari kelantan..
Namun belum pun sempat bertanding dia dah tercirit di dalam seluar kerana banyak sangat kegagalannya yang tak dapat diSpin oleh malaun todi Pas...
Khabarnya calon ini sesak nafas lalu mati(bukan meninggal dunia kurang sesuai digunakan).
Bangkainya akan dikebumikan dibawah tasik putrajya dengan diikat batu pada kakinya...ini kerana beliau memfitnah seorang penjawat awam yang telah berkhidmat untuk negaranya...semoga bangkai sekor ni dimakan dan digigit ular dari neraka yang besar dan ganas..
alahaiii hosammm....niaga kambing pon rogiiii.....ada ati nak bela rakyat putrajaya...ekekekek
Apa khabar dengan projek projek untuk rakyat kelate huse?
Janganlah memperbodohkan kami disini. Kami pun tahu semuanya. Kami pun tidak mahu jadi macam Kassim Selamat.
Ingat kamu ada hanya beberapi hari untul duduk diPutrajaya.
Selamat kembali ke Kelantan pada 6hb Mei 2013.
PRU 14, Nik Aziz pulak bertanding diPutrajaya... atau Mat Sabu!!!!!!
UMNO/BN TIPU RAKYAT, DERA PEGAWAI AWAM YANG JUJUR
pejawat awam dah lama diperhamba dan diperkudakan oleh ketua2 lanun UMNO/BN untuk 'rompak' kontrak/projek dan harta rakyat...........
tanya tan sri Nor ya'akob bekas tim. menteri kewangan I, reezal marican & geng2 mamak p.pinang, dan menteri2 UBN yang lain, macamana KSN/KSU2/KP2/SUK jabatan kerajaan berekongkol untuk tipu negara...
skandal klasik spt kes projek PPRT dulu akhir bekas KSU kena hukum, kes PKFZ, NFC, pembinaan MRR2,stadium KT runtuh, projek makmal komputer yg runtuh, perolehan di kemen. pertahanan, dll......
INI KALILAH kita UBAH kerajaan pusat kepada PR!
Apahal ngan projek ladang rakyat..apahal kisah duit tabung memali...apahal isu duit kohilal..apa jadi dgn projekbstadium mega kelantan..apahal masalah air ktan..apahal kg2 melayu sume kena roboh kt penang..apahal sembahyang dua imam..apahal negeribpakatan byk sampah dan bau busuk..apahal ulamak dan uztaz kamu penzina..apahal aids dan penagih dadah tegar paling tinggi di serambi mekah.apahal ore kelantan meengemis cari mkn tpt negeri bn..apahal projek2 under husam..woiiii byk lagi lahhh..tak masuk list tak muat nih...so never ubah to pakatan haprak
Penjawat awam yang kononnya berkidmat utk rakyat tetapi curi tulang..rasuah..menyokong pembangkang..memfitnah kerajaan..deme inilah patut diubahkan..kasi tendang..
Ini pasal nasib keseluruhan penjawat awam di seluruh Malaysia..sedarlah wahai penjawat awam khususnya saudara-saudara seIslamku..kenapa kerajaan mengambil 1.4 juta penjawat awam bekerja dengan kerajaan yg sebahagian besarnya terdiri dari orang melayu Islam ..jumlah yg dikira antara teramai di negara-negara asia tenggara..? Sebenarnya,kita perlu sedar bahawa inilah antara cara kerajaan boleh membantu orang-orang melayu Islam kita mendapat pekerjaan tanpa mengira ideologi politik..yg sememangnya mereka ini terpinggir jika bersaing secara terbuka dengan bangsa-bangsa lain dalam soal utk mendapat pekerjaan di sykt2 swasta bukan melayu dan jika adapun yg berjaya..kita dapat lihat kedudukaan mereka yg tertindas jika dibandingkan dgn rakan sejawatan mrk dr bangsa lain...ini kita perlu terima dgn hati yg terbuka...Kelebihan inilah yg dicemburui oleh bangsa lain sehingga terkeluarnya statement bhw sekiranya PR menang sebahagian penjawat awam akan dikurangkan atau 'dibersarakan'..Dan sudah pasti semua sektor awam akan dipenuhi dgn semua bangsa secara "merit"..begitu juga dgn nasib anak-anak kita yg akan memohon jawatan sbg penjawat awam tak kira dr yg bawah hingga ke atas yg terpaksa bersaing secara terbuka tidak seperti sekarang..dan tak mustahil selepas ini Putrajaya tidak lagi dipenuhi dengan orang melayu Islam sebagaimana sekarang...Oleh itu, wahai penjawat2 awam saudara seislamku..berfikirlah dengan rasional dan dgn hati terbuka serta berlapang dada bukannya dengan emosi yang keterlaluan dan ketaksuban yang membabi buta..jgn disebabkan 'nyamuk seekor habis kelambu dibakar' atau 'menang sorak, kampung tergadai' dan akhirnya kita menjadi 'lebai malang' dan mengemis di negara kita yg tercinta ini! Allahu Akbar!
Post a Comment