Social Icons

Pages

Thursday, April 25, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PM @NAJIBRAZAK DI SAMBUT MERIAH DI SELANGOR !!! BUKTI RAKYAT INGIN PERUBAHAN !!!


Seperti semua maklum,hari penamaan calon telah berlangsung pada 20 April yang lalu dan dengan itu rasminya tempoh berkempen bermula.Tempoh berkempen diberikan SPR adalah selama dua minggu sehinggalah hari mengundi yang telah ditetapkan pada 5 Meiakan datang.Jadi,BN sendiri tidak melepaskan peluang untuk turun ke padang lebih dari biasa untuk memberikan sokongan dan menyebarkan maklumat kepada rakyat.Ini bagi memastikan legasi kepimpinan BN tidak tamat dan negara tidak musnah jika ditadbir PR.Selangor walaupun berada di bawah pentadbiran pembangkang,BN tidak memandang sebelah mata akan negeri yang satu ini.Selangor dilihat harus kembali ke tangan BN bagi memastikan hak dan keperluan rakyat terjaga dan menghentikan penganiayaan PR kepada rakyat selama lima tahun sudah. 

Sejurus itu,kempen Barisan Nasional dilihat mendapat sambutan luar biasa di Selangor yang diketuai PM sendiri.Kemuncaknya adalah apabila kehadiran 60,000 rakyat dalam majlis ramah mesra bersama PM di Westport,Klang beberapa hari yang lalu.Dengan sambutan yang memberangsangkan dari rakyat,PM memulakan siri kempen di Sabah hari ini.Ini adalah salah satu usaha untuk memperkuatkan semangat penyokong BN di sana sebelum mereka tertipu dengan dakyah pembangkang.Isu Pencerobohan Pengganas Sulu dijangka akan menjadi antara isu hangat.Ekoran itu PM telah mengajak rakyat Sabah agar “menghukum” PR dalam PRU13 ini.Kebiadapan pemimpin-pemimpin PR membidas pencerobohan Sulu sebagai rancangan UMNO membangkitkan kemarahan rakyat khususnya di Sabah.PM bakal umum beberapa lagi langkah tambahan khusus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat Sabah.Lihatlah pengorbanan yang dilakukan PM bagi memastikan rakyat tetap berada di belakangnya.Pemimpin PR pula sibuk bertelagah sesama sendiri bagi merebut kerusi dan sibuk juga meletak calon parti mereka untuk jadi PM.Diharap,setiap pengorbanan yang dilaksanakan PM mendapat sokongan penuh dan padu daripada rakyat supaya Malaysia boleh kekal maju dan aman.Dengan transformasi yang dilakukan PM,maka Malaysia dilihat boleh mencapai matlamat 2020 dalam beberapa tahun lagi

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates