Social Icons

Pages

Thursday, April 25, 2013

KANTOI SUDAH !!! #PRU13 !!! PECAH CERMIN VAN !!! SENDIRI YANG PECAHKAN ITUPUN TUDUH UMNO ???



Di dalam kerancakan berkempen,nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi. Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh,Bakri.Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri,Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.Melalui pandangan mata kasar,pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap.Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa,sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.Sebagai contoh,lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti ‘ultra kiasu’ tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.Namun ketika proses penamaan baru-baru ini,kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan ‘air mata palsu’ Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi,mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster,Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera,pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.Menurut sumber,kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan ‘orang suruhan’ DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut.Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri,sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Terbey said...

Edisi mencari pasal DAP demi menghalalkan perbuatan jahat mereka yang seterusnya. Konon UMNO/BN lah yang jahat. Ini akan mereka lakukan dimana 2 saja dalam PRU13 ini ,Awas..gunakan cctv untuk merakam perbuatan keji musuh melayu no 1 yakni DAP.

Anonymous said...

terbukti sudah dengan kuasa Allah perancangan jahat puak2 anti islam PR ni telah terbongkar dek perbuatan mereka sendiri... oleh itu haram bagi org islam mengundi PR dalm PRU ke 13 nanti....

Anonymous said...

Punya fobia puak ni kpd UMNO, nenek dia kencing tak tus pun salah UMNO jugak!

Anonymous said...

Aku sangat tertarik dengan artikel dari blog umno. tapi banyak takde bukti. cerita tanpa bukti sama macam cerita dongeng.

Aku cerita kat sesape pun dorang tak percaya~

Anonymous said...

Sebenarnya begini, manusia akan menggunakan apa cara sekalipun dalam usaha untuk mendapatkan kuasa. Apabila mata telah dikaburi dengan wang dan kekayaan, manusia akan lupa, yang mana baik dan yang mana salah. Seperti contoh disekolah sendiri, pelajar berbangsa ini akan lebih cenderung untuk melakukan vandalisme seperti merosakkan harta sekolah. Jadi tak mustahil untuk membuat perkara yang lebih jahat lagi. Cuma pada pandangan saya untuk kita tidak dilihat sebagai puak yang tidak bertamadun...apa kata kita semua cuba ubah cara pemikiran, berfikir dan menulis. Jadilah Insan yang Bijak. Tulis dengan berhemah walaupun marah. Sabar. Janganlah kita letakkan diri kita seperti mereka. Ikutlah etika Rasulullah. Saya sebagai rakyat dan pelajar Ijazah dalam bidang politik ni, malu dengan selok belok politik kita. Sangat2 memalukan. Macam mana nak hasilkan modal insan yang baik jika kita semua di Malaysia sibuk bertelagah. Caci sana,maki sini. Anak2 tengok dengar, lihat orang dewasa berkelakuan macam ni. Jadi jika anak ikut jangan salahkan mereka. Lihat saja di akhbar. Kita orang dewasa yang ajar mereka kan. Cuba tanya diri.

Bukan ubah pemerintahan TETAPI tambahkan nilai kebaikan. Tambah baik apa yang kurang. Bertoleransi lah.Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Biar Allah sayang kita. Rujuk Al-Quran,minta penjelasan ulama. Hidup dengan aman. Tak lama je kita mungkin akan kembali pada Allah. Buatlah yang terbaik. World Peace.

 
 
Blogger Templates