Social Icons

Pages

Tuesday, May 14, 2013

BONGKAR !!! #PRU13 !!! DAP BAKAL MENJAHANAMKAN KEDUDUKAN PAS !!! WAJIB BACA !!!


kepada puak PAS tolong baca artikel ini.Tiga bulan lalu di Banggol Peradong,Terengganu Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawasanya PAS akan mengambil tindakan keluar dari PR seandainya kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu Islam.Kenyataan itu dinyatakannya semasa berucap dalam program PAS Ganti UMNO di hadapan penyokong PAS dalam usahanya meyakinkan khalayak bahawa PAS masih dominan dalam PR serta mempunyai kemampuan untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai suara rasmi orang Melayu Islam. Besar angan-angannya tinggi melayang tak mencecah bumi.Tapi itulah perwatakan PAS sejak dulu hingga kini yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri.Sehingga kini kenyataan gah Presiden PAS itu masih tergiang-giang di telinga ahli dan penyokong mereka,lebih-lebih lagi setelah keputusan dalam PRU-13 baru-baru ini menunjukkan bukannya PAS yang mendominasi PR sebaliknya DAP yang semakin menguatkan dominasinya.Dengan kedudukan PAS tika ini yang hanya memiliki 21 kerusi Parlimen sementara DAP dan PKR masing-masing menguasai 38 dan 30 kerusi,ia jelas menunjukkan PAS hanyalah parti kelas ketiga dalam PR yang hanya mampu menjadi pak sanggup untuk DAP dan PKR. 

Dalam keadaan demikian,jangan kata nak PAS ganti UMNO,hatta nak mengatasi DAP pun tak termampu dengan kudratnya yang sekelumit itu.Lebih mendukacitakan lagi daripada 89 wakil Parlimen dalam PR hanya 37 orang sahaja terdiri dari kalangan Melayu Islam (21 PAS,14 PKR dan 2 DAP).Keadaan ini meletakkan suara orang Melayu Islam dalam PR hanyalah suara minoriti dan PAS terpaksa terus tunduk kepada kuasa politik non-muslim dalam PR yang dikuasai DAP.Penyokong PAS di kala ini masih ternanti-nanti apa tindakan pemimpin PAS seterusnya setelah mengkaji kesan-kesan disebalik keputusan PRU-13,ramai di kalangan mereka yang agak cuak melihat dominasi besar-besaran DAP dan non-muslim dalam PR.Sebelum PRU-13,ketika PAS dalam keadaan sedikit kuat pun parti itu sudah kerap mengalah kepada DAP sehingga gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini kekal menjadi dasar PR untuk dinodai dalam kitab Bible,bayangkan pula apa yang mampu DAP lakukan dengan kekuatannya sekarang.Tidak syak lagi, PRU-13 merupakan titik tolak penting yang akan menentukan hidup mati pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam yang selama ini merupakan pasak kekuatan parti itu.Silap perkiraan yang diputuskan,kelak akibatnya boleh jadi bakal menjahanamkan PAS.

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

PAS takut kena ludah.....

Anonymous said...

dosa pas memecahkan ummah.didoakan agar pas dan umno bekerjasama menguat kan ummah.

Tai said...

Hang katalah apa pun, depa bukan peduli.

akmy said...

Walau siapa pun jadi pemimpin PAS, ulama ke, tok guru ke, ustaz atau lebai ke, tidak ada satu nas pun walau peringkat yang lemah, bagi menghalalkan kerjasama PAS-DAP kerana jelas dan tegas DAP menentang perjuangan negara Islam PAS. Ini menjadikan DAP sebagai kafir harbi iaitu kafir yang menentang Islam. Jadi tidak timbul soal hendak keluar pakatan baik sebelum atau selepas PRU-13; yang haram tetap haram. Takkanlah pemimpin dan ahli PAS sebagai kononnya pejuang Islam tak tahu hukum berkaitan kafir harbi ini. Dan juga takkanlah orang PAS tak tahu hukum menentang pemerintah yang diketuai oleh orang Islam! Sebenarnya dalam PAS ini, yang perlu di"ubah" ialah beberapa pemimpin tertingginya, yang telah tersesat dari jalan asal perjuangan PAS. Sebab itu sangat mudah bagi DAP mempermainkan dan merendah-rendahkan taraf pemimpin PAS. Contohnya, dari perjuangan negara Islam, demi DAP, PAS sanggup ubah kepada negara berkebajikan dengan alasan perjuangan negara Islam tiada disebut dalam al-Quran. Ini sebenarnya merendahkan mertabat al-Quran, sebagai panduan lengkap bagi segala-galanya dari ibadah hinggalah kepada membersih najis. Tapi demi sedikit keseronokan dunia, sanggup pemimpin PAS memperlekehkan al-Quran. Patutlah ada di kalangan Guru Pondok di Kelantan dan Kedah telah mengharamkan mengundi PAS. Begitu juga, apabila nik aziz kata tidak pernah membuat sambutan Maulidur Rasul di Kelantan, tapi lim guan eng ikut sama perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang. Maulidur Rasul tidak disambut tapi nik aziz sanggup pergi dari Kelantan ke Pulau Pinang ke rumah karpal singh dan meniup kek harijadi!!! Walau apa pun alasan, dengan jelas DAP tiada lagi penghormatan dan kegerunan kepada pemimpin PAS. Samada berani mengakui atau tidak, PAS hanya menjadi alat kepada DAP untuk melemahkan Islam dan bangsa Melayu. "Redbean army" DAP akan pastikan PAS tidak akan bersatu dengan UMNO dengan terus melaga-lagakan dan menyebarkan api permusuhan di kalangan dua parti seagama. Maka itu keluarlah dari mulut pemimpin PAS, bahasa samseng kampung "akan meludah muka" orang yang cuba menghulurkan tangan bagi menyambung silaturrahim. Salah ahli PAS juga, dah tahu bas itu tersesat jalan, tak mahu turun, terus juga naik. Dalam dunia ini, bukan semua berpartikan PAS.

Anonymous said...

nama aje parti ISLAM...cuba tanya kat orang PAS,apa makna ISLAM tu...tanya Tok-Tok Guru hang yang mursyid tu...kelakuan zahir tidak dapat menyatakan batin tetapi kelakuan batin pasti nyata terserlah pada zahir...

hangkedee said...

KO BN@ KO PAS....mung terlebih minum air karat.

 
 
Blogger Templates