Insiden ‘black out’ PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat.Lebih ironis,sehingga ‘profile picture’ di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat.Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan.Namun,ADUN Kuang,Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik,sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi.Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa ‘salah laku’ membabitkan Umno BN dengan kerjasama SPR,seperti yang didakwa.Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka,beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit.
sebelum itu,anda baca dulu cerita diatas,sebelum ini puak PR mengadakan himpunan di stadium kelana jaya.macam ni kerr nak perintah negara,sampai puak sendiri pun pengotor ??? saya sambung semula cerita shukor.Hakikatnya,bukan Shukor sahaja,ramai yang hendak tahu di mana tempat itu suapaya dapat dipastikan benar ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang dan jika benar perkara itu terjadi,mereka tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat.Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah makluam akan terjadinya insiden black out di kawasan itu.Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),penyokong dan pemimpin PR mendakwa terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu.Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku.
Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal itu.Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi PR bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang.Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik terputus.Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu ‘paranoid’.Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian terputusnya bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR yang turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding.Paling menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang awal-awal agi sudah memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut sekiranya terputus bekalan elektrik.Ini yang menjadi persoalannya sekarang ini.Namapaknya operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan.Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima miniti selepas ‘kejadian’.Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan sangat efisien.Kalau ada akal,maka bolehlah menilai mana yang betul mana yang silap.Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menunding jari saja pon tak ada gunanya.
Syabas pembangkang dengan ‘game black out’ anda !!! kalau betul pembangkang kalah,apa cerita dengan 3 negeri yang dikaut oleh pembangkang ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
Boleh buat laporan polis. Ini nampak macam kerja pembangkang. Dah siap dengan lampu suluh sejak 5 petang semasa hari mengundi tu, tak payah nak panggil orang pandai berijazah membuat kesimpulan. Budak berhingus pun boleh tahu ini kerja siapa. Insiden "blackout ni memang dari kepala Anwar".
Xpela betul @ salah teserah pd Allah..kalau spr yg buat salah ingat Allah xampunkan dosa anda tp anda kena mintak ampun pd semua rakyat Malaysia. Kalau pr menipu org yg menyebar cerita tu kn mintak ampun pd spr
.....minta maaf..bukan saja pd SPR tp sume rakyat Malaysia.
SPR dan kaki tangan kerajaaan yang lainnya memang dah di pengaruhi oleh umno bn, spr kalu telus angka jumblah pengundian mesti sama apa yang ada dalam borang 14. kenapa angka itu berlainan?....
hear say...apa bukti ?? ko ada ?
Knape PR kene mintak maaf ngan spr je..??? PR kene mintak maaf ngan seluruh rakyat msia jugak sbb menyebarkan fitnah dah menghuru harakan negara.. nampak sgt ko ni org pembangkang kan... tu la irg pembangkang, xde keadilan... kat mulut je laung keadelan tapi kat hati xde langsung prinsip tu...
Sile bagi bukti... jgn2 ko ni slah sorg org PR yg ditugaskan PR tuk sebarkan fitnah kot... ataupun ko mmg suke sebarkan fitnah... otak tu dah kene cuci ngan PR... hati tu dah ditanam sifat benci.. ni la jadinye... ko taukan xsame, nape ko xwat je report polis pasal ni.. bawak skali buktiW yg ko ade.. ade akal sile gune tuk bpikir... gune hati binase...
Post a Comment