“Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat lima peratus sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan,keadilan,kebenaran,integriti dan demokrasi untuk semua,” demikian kenyataan bersama yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.Kenyataan bersama PAS dan DAP itu matlamat utamanya ialah untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong masing-masing berikutan percanggahan terbuka mengenai isu hudud selepas ia ditimbulkan kembali oleh Timbalan Musyidul Am PAS,Dr Haron Din baru-baru ini.Haron Din dalam kenyataannya itu menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud seandainya PR menang PRU-13 meskipun bakal mendapat tentangan dari DAP. Ia disambut baik oleh pemimpin dan penyokong PAS termasuk mendapat dukungan penuh dariMursyidulAm PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat.Bagaimana pun,ura-ura yang disuarakan oleh PAS itu mendapat tentangan DAP dan agak kurang menyenangkan penyokongnya.Berikutan itu,Lim Kit Siang dan Karpal Singh tampil mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam PR memandangkan sebelum ini sudah wujud persetujuan bersama untuk hanya fokus mengalahkan BN sahaja.
Berbalik kepada kenyataan bersama DAP dan PAS,Hadi selaku Presiden PAS menyifatkan percanggahan pandangan dan dasar antara kedua-dua parti itu hanyalah satu perbezaan kecil yang dianggarkannya sekitar 5% sahaja.
Maksudnya,bagi PAS soal perlaksanaan hudud yang menjadi titik pergeseran antara PAS dan DAP hanyalah perkara remeh temeh berbanding persetujuan perjuangan mereka yang mencakupi 95% terutama sekali melibatkan Manifesto PR.Demikianlah nilai hudud di kaca mata PAS tika ini sedangkan bab yang 5 peratus itulah yang sering digembar-gemburkan selama ini termasuklah untuk meraih undi orang Melayu Islam dan diguna pakai bagi mempersoalkan keislaman orangMelayu Islam dalam UMNO.Tapi bila ia melibatkan DAP,terus sahaja yang 5% itu dipandang remeh seolah-olah tiada apa yang patut diperdebatkan kerana kononnya banyak perkara lain yang jauh lebih utama dan penting.
Sementara di pihak Kerajaan pusat yang diterajui UMNO dan BN,soal samada ia 5% atau tidak,kecil atau besar,tatkala PAS sibuk mempertikaikan KeIslaman orang UMNO,diam tak diam UMNO telah berjaya mengislamisasikan perundangan negara yang mana sehingga kini 90% sudah menepati kehendak Islam.Apa pun,percanggahan terbuka antara PAS dan DAP dalam isu hudud 5% ini, tidak dapat tidak,ia bakal menyebabkan kelak PAS menangis tak berlagu menjelang tibanya PRU-13 ini gara-gara kegagalannya mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment