Social Icons

Pages

Wednesday, May 29, 2013

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! PARTI TUNGGAL !!! JANGAN TERSILAP BUAT PERUBAHAN LAGI !!! WAJIB BACA !!!


Keputusan PRU-13 yang lalu walaupun menyaksikan BN berjaya mengekalkan kuasa,tetap ‘menyentap’ perasaan kita.Keputusan tersebut secara amnya telah membuka mata kepada realiti hipokrasi-perpaduan di negara ini.Dari itu,ia juga seharusnya membuka mata terhadap kesilapan-kesilapan lalu.Secara ringkas,kesilapan itu terserlah dalam masalah yang dihadapi Malaysia hari ini iaitu


Pertamanya,kaum Cinanya enggan bersatu dengan kaum-kaum lain.Puncanya ialah Sekolah Vernakular dan akhbar-akhbar cina yang menghasut,ditambah lagi dengan kewujudan Red Bean Army.Keduanya,segelintir kaum Melayu keliru yang hilang jatidiri sehingga gagal memahami taktik dan strategi kaum Cina yang ingin memperoleh kuasa mutlak dan menjadikan kaum majoriti sebagai batu loncatan serta kuda tunggangan.Puncanya ialah Anwar Ibrahim.Ketiganya,perpecahan umat Melayu yang kronik akibat wujudnya golongan yang percaya kepada syurga mudah melalui politik.Puncanya ialah Ulama-ulama jahat akhir zaman yang sesat lagi menyesatkan.Namun,entah kenapa beberapa pihak yang memberi pandangan,menasihat dan merangka strategi PRU tidak mampu mengenalpasti mahupun menangani semua masalah ini dengan baik yang mana membawa kepada keputusan yang menyentapkan perasaan itu. 

Kini timbullah berbagai-bagai cadangan dari berbagai pihak yang menawarkan strategi dan nasihat mengenai langkah seterusnya yang perlu diambil oleh kepimpinan.Antaranya,termasuklah cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal.Kita tidak tahu dari mana datangnya ide mengenai parti tunggal ini,tetapi suka saya menekankan bahawa struktur parti BN bukanlah satu masalah mahupun punca masalah.Punca masalah telah pun disenaraikan di atas iaitu Sekolah Vernakular,Akhbar-akhbar berbahasa Cina,Red Bean Army,Anwar Ibrahim dan Ulama-ulama jahat seperti Nik Aziz.Jika benar kita ingin selesaikan masalah negara, maka punca inilah yang perlu ditangani segera secara tegas dan konsisten.Kita kini berada di tahap di mana kita sudah tiada masa melayan cadangan yang tidak ada kena mengena dengan penyelesaian masalah. 

Malah,dengan mencadangkan perkara yang langsung tidak relevan dengan masalah menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan pihak pencadang iaitu, lemah dan gagal memahami permasalahan.Justeru,inilah disarankan agar kepimpinan terlebih dahulu menangani punca kepada punca masalah itu, iaitu ‘perangka strategi’ dan ‘penasihat’ yang asyik memberi cadangan yang salah dan tidak relevan dengan masalah. Pendek kata, jika penasihat asyik memberi nasihat yang salah,adalah lebih baik untuk tidak menerima nasihat langsung.Sedarlah bahawa rakyat pada umumnya adalah jauh lebih matang dan bijak dari yang dibayangkan oleh pihak penasihat itu. Rakyat muak dengan pihak yang obses dengan publisiti.Rakyat ingin melihat hasil,bukannya perancangan.Jika terlalu sangat menunjuk kelembutan,meminta pandangan semua pihak sebelum bertindak,ia sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak punya keyakinan diri atau tidak tahu mana yang benar mana yang tidak.Kepimpinan perlu memimpin,bukan dipimpin penasihat mahupun rakyat.Fahamilah bahawa yang meresahkan rakyat kini ialah isu perpaduan,isu campurtangan asing dan isu kelemahan kerajaan.Oleh itu,tanganilah isu ini dengan sebaik mungkin.Berhentilah berkempen menunjuk hebat dengan kenyataan-kenyataan dan gambar-gambar bersosial untuk meraih populariti.Buktikan kebijaksanaan dan kepimpinan masing-masing jika tidak mahu hati majoriti yang tersentap dari PRU-13 ini hancur lebur dalam PRU-14.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Satu parti???masaalah beso ni..BN akan jatuh ditimpa tangga...Najib nak sangat jadi ketua agung utk semua bangsa..last last nanti kena sepak masuk longkang...

Anonymous said...

gerakan dan mca dah tak ada sokongan dari kaum cina. tak perlu bg cdgan BN jd parti tunggal. masalah bukan terletak pada BN, sebnrnya yg jadi masalah adalah parti mca dan gerakan yg main wayang. takkan gerakan sulit red mr bean army tak dapat dikesan oleh pemimpin mca dan gerakan??? mca dan gerakan dah bg peluang pd kaum cina utk sokong dap sebab tu kedua2 presiden tak jd calon dan akan tolak jwtan kabinet. akan tetapi sokongan 95% cina pd dap tak dpt nak menumbang kjaan BN yg ditunjangi umno. so apa lagi cara nak tumbangkan UMNO??? jwpannya BN jd parti tunggal. jangan percaya lagi pd gerakan dan mca. kalau dah tak dapat sokongan org cina bubar je gerakan dan mca...soi lek masuk dap je.

Anonymous said...

soi lek masuk PR, parti himpunan pemimpin takdak moral yg byk terlibat ngan scandal sex.

 
 
Blogger Templates