Pilihanraya ke-13 telah berlalu selama lebih kurang 3 minggu dengan kemenangan majoriti mudah Barisan Nasional.Dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh jentera2 Barisan Nasional,kemenangan dengan majoriti mudah ini ternyata mengecewakan ramai pihak.Najib sebagai Perdana Menteri telah menunjukkan prestasi yang sangat baik, segala jenis transformasi yang menguntungkan rakyat diperkenalkan.Namun keputusan PRU-13 baru2 ini menunjukkan sebilangan rakyat masih tidak berpuas hati.Penulis sendiri berasa pelik semasa keputusan DUN dan Parlimen diumumkan terutama kawasan2 bandar dan majoriti pengundi kaum Cina,apa sebenarnya yang tidak kena ? Mungkin hal ini menyebabkan penulis Utusan menulis artikel kontroversi "Apa lagi yang Cina Mahu?"
Jelas terpancar kekecewaan di wajah pemimpin2 Barisan Nasional dengan "penghargaan" yang diberikan oleh hampir 90% pengundi Cina setelah pelbagai bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan BN kepada komuniti berkenaan.Mana tidaknya,ada diantaranya menunjukkan wajah yang begitu manis sekali apabila menerima bantuan tetapi "mempersendakan" bantuan yang diterima.Tak perlulah diulas dengan lebih mendalam,nanti dikata rasis pula, tetapi bagi mereka yang biasa berurusan dengan mereka tentu faham maksud penulis.Memang benar,mengundi adalah hak individu.Tak kiralah hatta mengundi calon yang mempunyai 'track record' yang buruk sekalipun.
Itulah istimewanya demokrasi,Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan rakyat menganalisa berita yang mereka terima samada benar atau fitnah.Malangnya keputusan PRU-13 menunjukkan golongan yang membentuk 'undi popular' gagal 'menapis' maklumat2 palsu yang dimomokkan kepada mereka.Dalam kes ini PR berjaya membentuk 'undi popular' disebabkan sokongan hampir 90% pengundi Cina.Gelombang sokongan pengundi Cina kepada PR adalah disebabkan tiada tangkisan fitnah2 yang dilemparkan terhadap BN.Kita harus akui hakikat bahawa jentera cyber pro BN gagal menembusi komuniti cyber kaum Cina disebabkan limitasi bahasa.Kita memang mempunyai ramai jentera cyber pro BN,tetapi majoriti daripadanya adalah kaum Melayu. Di pihak PR pula mereka mempunyai jentera cyber terdiri daripada kaum Melayu dan "Red Bean Army" dari kalangan kaum Cina.Keberkesanan jentera Cyber BN mempengaruhi kaum Melayu terbukti berkesan apabila kita berjaya menghentikan gelombang sokongan orang Melayu pada PR seperti yang mula dibentuk pada PRU-12 .Pada PRU-12 gelombang sokongan Melayu,Cina dan India terhadap PR bermula apabila media sosial dipergunakan sebaiknya oleh parti2 pembangkang.
Pada PRU-13,kebangkitan gelombang itu terbukti berjaya dikekang namun hanya terhad kepada kaum Melayu dan India saja.Ternyata medium 'bahasa melayu' yang digunakan gagal 'sampai' kepada pengguna2 media sosial berbangsa Cina atau mereka mungkin gagal memahami maksud yang cuba disampaikan dalam bahasa melayu?
Pernah satu ketika dahulu,seorang pengguna media sosial berbangsa Cina mendakwa Tun Mahathir telah mengaku menyalahgunakan kuasa beliau apabila menangkap Anwar dan sumbat ke dalam penjara berdasarkan 'caption' Youtube Tun yang berada dalam sidang media.Pengguna media sosial berbangsa Cina itu sebenarnya gagal memahami 'sindiran' Tun dan menerima bulat2 apa yang diperkatakan.Jadi tak mustahil ramai yang menghadapi 'masalah' ini gagal memahami penjelasan yang cuba dibuat dalam bahasa melayu.Penulis berpendapat,BN sebenarnya kekurangan jentera cyber berbangsa Cina atau sekurang-kurangnya mereka yang mahir berbahasa Cina untuk membetulkan persepsi masyarakat itu setelah termakan dengan pelbagai fitnah yang ditabur pembangkang.Bezanya dengan kaum Melayu dan India (yang lebih minat mempelajari bahasa melayu) , segala tohmahan yang dilemparkan ditangkis dengan segera.Namun bagi komuniti Cina pula setiap tohmahan gagal ditangkis disebabkan masalah pemahaman bahasa.Penulis pohon maaf,tetapi sebenarnya ia adalah hakikat tak ramai orang cina yang boleh berbahasa melayu dengan baik dan mampu 'blend' dengan kaum2 lain di negara ini.Jadi kesempatan ini digunakan oleh mereka yang berkepentingan politik untuk menghasut dan membuat fitnah.
Kita mungkin terlepas pandang perkara ini pada PRU-13,jadi untuk persediaan PRU-13,sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah persepsi buruk masyarakat Cina terhadap BN. Parti komponen BN,MCA atau Gerakan mungkin perlu merencanakan sesuatu dalam membendung fitnah2 di media sosial. Mungkin perlu dibentuk organisasi seperti Unit Media Baru MCA atau Gerakan ? Atau mungkin juga bekerjasama dengan NGO seperti Nadi Rakyat ? Sebagai sebuah negara majmuk kita tidak boleh menidakkan fakta bahawa kita memang memerlukan antara satu sama lain. - Bidaman
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment