Usaha untuk mendamaikan dua pihak antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan Anwar Ibrahim menampakkan sudut mustahil.Perkara ini diakui sendiri Bekas Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla yang berusaha ke arah itu bagi membentuk satu suasana yang lebih positif untuk pembangunan negara.Menurut Jusuf,perkara ini mustahil kerana Anwar dilihat tidak komited dan gagal memegang janji yang pernah diutarakan.Jelas beliau,disebabkan sikap Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak komited terhadap usaha tersebut dan ternyata ia menyulitkan lagi keadaan.Beliau berkata,sikap Anwar itu bertentangan dengan Datuk Seri Najib yang sentiasa bersedia menjalankan komitmen tersebut.
Pendekatan ini diambil beliau kerana memikirkan kedua-dua individu ini merupakan sahabat baik Jusuf.Usaha yang telah dirancang sebelum pilihan raya lagi adalah dengan mencapai kata sepakat untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-duanya dan menurut Jusuf,Anwar melanggar perdamaian itu dengan menyatakan dengan jelas tidak menerima keputusan PRU 13.Apa yang dapat dilihat,Anwar mungkin terlalu yakin bahawa beliau akan berjaya memenangi pilihan raya kali ini sehinggakan bersetuju untuk menjalankan perdamaian dengan PM.Nampaknya,PR gagal dan Anwar juga turut gagal untuk menerima kenyataan ini langsung melakukan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan pilihan raya.Ini menunjukkan satu sikap yang buruk untuk dicontohi sebagai seorang pemimpin dan nyata sahabat yang datang dari seberang ini kecewa dengan keadaan yang berlaku.
Anwar dilihat makin tidak rasional dan hilang pertimbangan yang waras dalam menghadapi kenyataan gagal dalam PRU kali ini.Ini bukan kali pertama beliau memungkiri kata-katanya.Turut berani berkata jika gagal dalam PRU kali ini beliau akan berundur,jelas perkara itu tidak berlaku sehingga sekarang.Sikap terlalu yakin dan ghairah mengejar kuasa sudah menutup setiap ruang untuk beliau berfikir dan bertindak waras setaraf dengan beliau yang berpendidikan tinggi.Dengan berkelakuan sebegini hanya menampakkan dan menyerlahkan lagi sisi bodoh dan tamak beliau di mata rakyat dan tidak mustahil, semua yang bersama dengan beliau akan perlahan-lahan meninggalkannya ekoran sikap yang tidak pandai berpegang dengan kata itu.Buktinya telah ramai yang meninggalkan beliau kerana alasan yang sama iaitu matlamat yang tidak jelas dan lari dari persimpangan perjuangan.kepada Anwar ibrahim,fikir-fikirkanlah.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment