Social Icons

Pages

Friday, May 17, 2013

HOT NEWS !!! #NEWCABINET !!! 2 CINA DALAM KABINET BUKTI PM @NAJIBRAZAK HARGAI CINA !!!


Walaupun sebahagian masyarakat Cina di negara ini telah berpaling tadah dengan kerajaan dan memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2013,Perdana Menteri Datuk Seri Najib tetap tidak melupakan komuniti tersebut dengan melantik dua wakil Cina untuk mengisi barisan Kabinet baru yang dibentuknya.Tindakan itu secara langsung membuktikan Datuk Seri Najib tidak pernah sekalipun meminggirkan komuniti tersebut walaupun telah menikam kepercayaan BN terhadap mereka dari belakang.Ia juga menunjukkan penghargaan perdana menteri terhadap sumbangan kaum itu dalam pembinaan negara berbilang kaum yang memerlukan penyertaan setiap bangsa dalam pentadbiran negara bagi membolehkan kemajuan negara diteruskan tanpa sebarang sekatan.

Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataannya berkata menerusi pelantikan itu, Najib sebenarnya menghulurkan salam muhibah kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka tidak mengundi BN.Beliau berpendapat suara kaum Cina dalam kerajaan adalah amat penting.Ia bukan sahaja mencerminkan asas pelbagai kaum dalam Barisan Nasional tetapi juga suara kaum Cina hanya efektif jika diwakili kaum itu sendiri. Dua wakil Cina yang dilantik Najib adalah Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan dilantik sebagai Senator dan Anggota Parlimen Tawau, Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi wakil parti bagi PBS. 

Berbeza dengan pembangkang,Datuk Seri Najib tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai PM untuk semua bangsa walaupun komuniti Cina menolak BN dan memilih PR selepas dihasut dakyah jahat DAP.PR pula sebaliknya hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa tanpa sebarang perkhidnatan untuk rakyat.Mereka juga lebih gemar beretorik dan fitnah-fitnah yang memutar belit fakta sehingga memporak perandakan hubungan sesama kaum di dalam negara ini.Ia dibuktikan dengan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman ketika berkempen di kawasan Cina seolah-olah mereka akan menghapuskan hak istimewa Melayu sekiranya memerintah di hadapan penyokong Cina mereka.Apa yang dilakukan DAP itu jelas menunjukkan mereka bakal mencetuskan tragedi yang tidak diingini sekiranya penyokong-penyokong parti berbalah dengan keadaan yang kritikal.Datuk Seri Najib pula dilihat mengambil jalan kesederhanaan dengan tidak berdendam dengan masyarakat Cina,sebaliknya mengutamakan sikap profesionalisme dalam menguruskan situasi tersebut.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Najib bersikap optimistik dan rasional. Dia terus bangkit dan berjuang. Ini contoh pemimpin / leader sebenar. Dia tak ikut emosi. fikirkan masa depan negara pelbagai kaum. Kalau dia racist dia takkan lantik seorang cina pun dlm kabinet. Ini maknanya Najib seorang Pacifist yg Diplomatic dan boleh menghadapi apa juga halangan dan kesusahan. Dia mmg layak jadi PM. Anwar sgt emosional dan terlalu negatif. Dia tak boleh memerintah. Emosi anwar aura negatif yg menjangkiti org disekelilingnya. Najib pula walau sukar dia tenang dan positif.

 
 
Blogger Templates