Social Icons

Pages

Friday, May 10, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MB SELANGOR !!! PAS UGUT KELUAR PR JIKA WAKILNYA TIDAK DILANTIK ???


Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor,Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali,di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR. Dari segi kedudukan,Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin,bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.Dalam PRU-13 yang baru berlalu,PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS,diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN. 

Dari konteks ini jelas sekali,jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS.Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.Pun begitu,DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak,Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu. Berikutan polemik yang berlaku,sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB.Jika itu menjadi kenyataan,maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.Apa yang pasti,keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR,ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.

RENUNG-RENUNGKAN

15 comments:

Anonymous said...

Pujuk 6 calon pkr lompat ke BN....BN jadi MB...setel problem.......amacam?

Anonymous said...

syabas...ide yg sungguh bernas tu...teehee

Anonymous said...

Nk pilih MB pn payah, lg nk brangan jd PM.

Anonymous said...

bubar je DUN, buat pilihan raya semula..

Anonymous said...

yang bodoh rakyat selangor. sape suroh undi PR.bôngok.

Anonymous said...

Susah2 bg je indon keja umah azmin jd MB

Anonymous said...

Azmin lantik lah aku jd m.b selangor, aku sanggup bagi hang ???????.

Anonymous said...

Mustafa spender nak bagi PKR sebab takut banyak lagi video spender putih nya yang BESAR tu dalam simpanan gang PKR.

Anonymous said...

Susah2 bg je indon keja umah azmin jd MB

May 10, 2013 at 6:50 PM
Anonymous Anonymous said...

Azmin lantik lah aku jd m.b selangor, aku sanggup bagi hang ???????.

May 10, 2013 at 7:02 PM
...................................
aku tahu.....hang nak bagi eskrem kan????

Anonymous said...

MEREKA SEMUA PR SEPERTI PRODUCER FILEM YG DAH FILEM BARU TENGAN BUAT PROMOSI KPD FILEM MEREKA........ CAYA LAH NIE SEMUA SENDIWARA JE MACAM MEREKA KATA KES LAHAD DATU....

JANGAN SAMPAI TIPAH TERTIPU LAGI DAH LAH........

Anonymous said...

AKU PENYOKONG PAS MINTA PAS HAPUS KAN SEMUA RUMAH URUT YANG BEGITU BANYAK TUMBUH BAK CENDAWAN LEPAS HUJAN DI SELANGOR SEJAK LIMA TAHUN LALU, HAPUS KAN SEMUA JUDI MAGNUM,TOTO,KUDA, PENJUALAN ARAK, RASUAH, KONGSI GELAP, SUPAYA SELANGOR LEBIH MAKMUR DAN ISLAMIK.

Anonymous said...

PAS, DAP dan PKR main sendiwara je tu. Tak payah tokok tambah kerana itu pilihan rakyat Selangor. Inilah harga yang perlu dibayar oleh penyokong-penyokong PR terutama bangsa Cina. PAS diberi jawatan MB, kita tengok berapa ramai yang diISLAMkan dan berapa ramai yang diSELAMkan? Yang dah pasti Hadi Awang dah kena SELAM oleh Anuar Ibrahim. Nahhh ambikkkk kau orang-orang PAS.

Anonymous said...

Elok sangat la wakil Pas di lantik y MB Selangor ..boleh hapus pusat-pusat judi haram yang banyak di Selangor...... kawasan yang di wakili adun PAS banyak pusat judi selindung di balik Cyber Cafe dan tempat menjual makanan yang kebanyakan nya dari warganegara asing...tak kan YB-YB Pas tak tau kewujudkan tempat-tempat saperti ini ..Ni dah masuk penggal kedua ..

Anonymous said...

baru utk jawatan MB dah haru biru selangor!!!
mana yg di namakan PAKATAN???
nasib DAP xleh jd MB. tu pun dok idam jgk tu.
kalau pakatan menang sure DAP jd PM.
Tak kan DAP nak dok diam je keempukan kerusi PM tu.,
so MELAYU... fikir2 dan renungkan nasib kita utk ms hadapan!!!

Anonymous said...

ORANG MELAYU ISLAM JGN TIDOR!!!
BERSATULAH WAHAI BANGSA KU!!!
SEDIH MELIHAT PERPECAHAN HAR NI :'(

 
 
Blogger Templates