Social Icons

Pages

Saturday, June 01, 2013

BONGKAR !!! MUKJIZAT MAT YAKOB !!! TELAGA MINYAK MUNCUL DI PASIR PEKAN !!!


Gempar seluruh negara apabila sebuah keluarga di Kelantan mendakwa minyak petrol muncul tanpa disangka dalam telaga milik mereka di Pasir Pekan,Kelantan.Kejadian itu disedari kira-kira dua minggu lalu ketika salah seorang ahli keluarga itu membersihkan telaga tersebut.Menariknya minyak petrol yang ditemui itu memiliki warnanya yang sama seperti petrol yang dijual di stesen-stesen minyak dan ia boleh terus diguna pakai untuk menghidupkan mesin rumput serta akan terbakar sekiranya dicucuh dengan api.Ajaib bukan ??? Tanpa melalui proses penyulingan dan penapisan,minyak petrol terus terhasil,agaknya selepas ini banyaklah telaga-telaga yang akan digali semata-semata untuk mendapatkan minyak petrol secara mudah.Mungkin selepas ini bangkraplah semua syarikat minyak antarabangsa dan tiada lagilah proses cari gali serta penyulingan minyak hitam pekat di kilang penapisan sebagaimana biasa menjadi amalan sekarang. 

Berikutan penemuan itu,maka timbullah spekulasi dan khabar angin mendakwa kemunculan tiba-tiba minyak petrol itu adalah petanda betapa barakahnya pemerintahan PAS di Kelantan sehingga dikurniakan minyak petrol yang mungkin saja dari jenis RON95 atau barangkali juga dari gred tinggi seperti RON97.Secara automatik nama Menteri Besar Kelantan yang baru Mohd Yaacob atau lebih dikenali sebagai Mat Yakob menjadi tersohor kerana kejadian itu berlaku di kawasan DUN Pasir Pekan yang diwakilinya dan kebetulannya ia timbul selepas seminggu beliau menjadi MB Kelantan menggantikan Nik Aziz.Pendek kata,kejadian penemuan minyak petrol yang sudah siap disuling itu akhirnya akan dianggap sebagai mukjizat hasil barakah kehebatan pemerintahan Mat Yakob dan PAS,meskipun kebenaran minyak yang ditemui itu tidak dapat ditolak kemungkinan berpunca dari kebocoran tangki stesen minyak petrol berdekatan.Lantaran itu,janganlah terkejut seandainya selepas ini Mat Yakob akan melalui fasa baru peningkatan taraf status politiknya dalam PAS,dari seorang ustaz yang kurang dikenali barangkali muncul satu lagi tok guru jadi-jadian sama seperti Nik Aziz yang dulunya hanyalah ustaz biasa.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

wow ini salah satu cara orang atas pas untuk mengangkat darjat diri bagi menggerunkan kuli kulinya yg semulajadi lembab pemikiranya.raja lawak sungguh

 
 
Blogger Templates