Walaupun Tun Musa Hitam telah lama ‘meninggalkan’ politik Malaysia,namun nama
beliau terus tenggelam timbul mengikut keadaan.Apa yang menarik,setiap kali Tun
Musa Hitam ‘timbul’, ia hanyalah untuk menghentam Tun Mahathir Mohamad.Mungkin ramai yang tidak tahu kisah keserasian dan kemudiannya perbalahan Tun
Mahathir-Tun Musa.Namun,melihat dari apa yang berlaku,saya pasti semua orang
tahu kini bahawa adalah Tun Musa adalah seorang yang sangat pendendam.Dendam Tun Musa terhadap Tun Mahathir nampaknya tidak pernah padam
walaupun yang sepatutnya berdendam ialah Tun Mahathir kerana Tun Musa yang
mengatur berbagai langkah untuk menjatuhkan beliau dan bukannya sebaliknya.Walaubagaimanapun,sejarah telah membuktikan bahawa Tun Mahathir sentiasa
memaafkan semua mereka yang pernah menikamnya dari belakang dan mereka yang
gagal menikamnya pula yang masih tidak dapat menerima kegagalan masing-masing.Kali ini,Tun Musa timbul lagi,di atas pentas pembangkang.Seperti biasa, beliau
timbul dengan membawa cerita buruk mengenai Tun Mahathir.
Di atas pentas,PAS,Tun Musa cuba menolak tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Peristiwa
Memali yang mana pada ketika itu,beliau merupakan Menteri Dalam Negeri merangkap
pemangku Perdana Menteri kerana Perdana Menteri,Tun Mahathir,berada dalam
lawatan ke China.Benarlah kata orang bahawa dendam kesumat mampu membuatkan seseorang itu
hilang pertimbangan. Nampaknya,itulah yang berlaku kepada Tun Musa apabila
beliau menipu kononnya Tun Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China
ketika peristiwa berdarah tersebut berlaku.Walhal,kunjungan Tun Mahathir ke China
telah terakam dalam hampir semua akhbar-akhbar di Malaysia dan juga China, malah
Singapura juga,lengkap dengan gambar dan teks ucapan beliau dalam program-
program di sana.Seperti dijangka,pembangkang begitu pantas mensensasikan pembohongan Tun
Musa dan mengambilnya sebagai fakta tanpa berfikir panjang ataupun menyelidik
kesahihannya dan seperti dijangka juga,apabila media mendedahkan kebenaran
siap dengan berbagai-bagai bukti, pembangkang mengambil sikap pura-pura tidak
mendengarnya pula.Antara bukti yang paling menarik ialah kenyataan Lim Kit Siang sendiri pada 19
November 1985 dalam sebuah makan malam sempena penyertaan Tan Sri Lee Lam
Thye,yang pada ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP,sebagai delegasi
ke China bersama dengan Perdana Menteri.
Ucapan Lim Kit Siang berbunyi, “Esok
Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad,akan menerajui 250 delegasi ke China, iaitu
Perdana Menteri ketiga yang melawat China sejak hubungan diplomatik antara kedua negara
dijalinkan 11 tahun lalu.”
Artikel dari Singapore Straits Times pada 20 November 1985 pula
merekodkan“Mahathir berjumpa Zhao Hari Ini” sekali gus membuktikan Tun Mahathir
meneruskan lawatan ke China seperti yang dirancang.pada 24 November 1985,akhbar yang sama memetik artikel dari Reuters/AFP
bertajuk “Saya Menerima Pendirian China Mengenai CPM : Mahathir” yang mana
menyebut ‘Dr. Mahathir yang tiba pada Rabu lepas (di Beijing pada 20 November 1985)
untuk lawatan 8 hari dengan delegasi yang termasuk 130 usahawan dan 20 diplomat, telah
meninggalkan Beijing hari ini untuk lawatan seterusnya ke Xian, Canton, Hanzhou dan
Shanghai.Beliau dijadualkan kembali ke Malaysia pada hari Jumaaat’.
Lebih menarik lagi,dalam akhbar yang sama dan di muka surat yang sama,tertulis
satu lagi artikel bertajuk “Insiden Baling: Undang-undang Adalah Yang Tertinggi, Kata
Musa.” iaitu merujuk kepada peristiwa berdarah Memali yang berlaku ketika Tun
Mahathir ke luar negara dan Tun Musa memangku jawatan Perdana Menteri.Terdapat banyak lagi bukti-bukti lain bagi mengesahkan yang Tun Musa telah
berbohong mengenai Tun Mahathir berada dalam negara pada ketika peristiwa Memali
berlaku.Justeru, saya hairan kenapa Tun Musa perlu berbohong dan kenapa beliau tidak mampu
memikirkan bahawa pembohongan sebesar ini tentu sekali mudah untuk didedahkan.Mungkinkah beliau sebenarnya dihantui rasa bersalah, dan cuba memindahkan
perasaan bersalah itu kepada orang lain ??? Mungkinkah dengan memindahkan
kesalahan ke bahu Tun Mahathir, maka beliau berharap bukan sahaja dapat
melepaskan diri dari kesalahan tetapi juga dapat membalas dendam sekali gus ???
Perasaan bersalah Tun Musa mungkin dapat dijelaskan melalui ucapan Tan Sri Sanusi
Junid dalam sebuah majlis anjuran bersama Universiti Malaya Perlis (UNIMAP) dan
Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Mac,
2011 yang antara lain menyebut mengenai peristiwa Memali seperti berikut :
“Setahun kemudian pada tahun 1985,dalam mesyuarat kabinet sebelum Tun Dr. Mahathir
berangkat ke negeri China,saya telah diminta menghubungi kenalan saya Ibrahim Libya
yang dikehendaki menyerah secara aman kepada pihak polis.Saya telah menyampaikan
hasrat saya untuk berjumpa Ibrahim tetapi, sepeninggalan Tun Dr. Mahathir ke China dan belum sempat saya berjumpa Ibrahim, beliau telah terbunuh dalam peristiwa Memali.Pada waktu itu Tun Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan memangku jawatan Perdana
Menteri.”
Kenyataan Tan Sri Sanusi adalah konsisten dengan berpuluh atau beratus lagi rekod
sejarah dan memori para pemimpin UMNO pada ketika itu, mengenai Memali. Entah
kenapa Tun Musa perlu berbohong mengenainya.Mungkin,Tun Musa tidak mampu lagi menahan dendam lalu mencipta pembohongan
ini secara spontan dan tidak berfikir panjang. Jika ini benar, kita ingin nasihatkan
beliau agar melupakan dendam dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang.Sudah takdirnya beliau tidak mampu menandingi Tun Mahathir dalam politik, maka
terimalah takdir itu. Tidak perlu ditanya kenapa, kerana jawapannya cukup jelas iaitu
Tun Mahathir adalah jauh lebih layak dan berhak darinya.Tun Mahathir mempunyai pendirian dan pandangan yang tetap serta tidak mudah
terbawa-bawa dengan emosi.Beliau tidak pernah berdendam dan tidak pula iri hati.Sepanjang pemerintahannya,beliau fokus kepada memberi khidmat terbaik kepada
negara dan berjuang hanya untuk keadilan sejagat.Beliau tidak meletakkan diri
beliau sebagai ‘subjek’ utama dan sekali-kali tidak perlu berbohong untuk mencapai
matlamatnya.Hakikatnya,rakyat cukup kenal dengan Tun Mahathir dan apa jua cerita buruk
mengenai Tun Mahathir tetap tidak akan mampu memadamkan begitu banyak kebaikan
yang beliau bawa kepada negara dan juga dunia, terutama dunia Islam.Sebaiknya, Tun Musa lupakanlah segala dendam,takut-takut nanti ‘pergi’ dalam
keadaan mata tak dapat dipejam.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
20 comments:
jadi jelas musa menipu.
Agaknya ... inilah pemimpin melayu yg ada dendam terhadap seseorang ... dah dapat TUN pun dendam tak sudah.
Bertakwa dengan maha pencipta agar jangan tersesat dengan pujukan iblis diakhir perjalanan hidup ini.
Jahanam kamu Mahathir. Berak merata-rata tapi tak nak mengaku. Keturunan Setankah mamak Kutty ini? cai-cai jgn kamu ikut perangai Syaitan mamak Kutty ni
Kalau TUN Musa menipu. samanlah. Ke Mahathir takut banyak rahsia peristiwa Memali terbongkar? Kebenaran akan terbongkar juga. Al-fatihah kpd magsa Memali di atas kekejaman Mahathir
Anonymaus 2:38 dan 2:40,
Kalau kita tahu hal yang sebenarnya jangan lah kita lagi menambah akan DOSA FITNAH kepada seseorang manusia di dunia ini.........
ALLAH S.W.T maha mengetahui akan segalanya
tabung memali per cer macai2 PAS sekalian...diam je..x de pun perjuangkan..butuh la hangpa..
Seorang lagi jiwa pendendam. Banyakan istighfar.
Tabung memali pi mana?
Duit tu pi mana oiii.....!!!??? Pasai apa orang PAS tak suara pun. Sapa makan duit tu oi? Duit balu n anak yatim memali tu. Tak de telor nak suara ke?, Komen Kami pun tak di balas.
SonYYAP SAJE PENCACAI PAS .. BILA USUL TABUNG MEMALI DIUNGKIT ..
KETURUNAN YANG TERKORBAN DALAM SEJARAH MEMALI ..
TIDAK KESAMPAIAN ..
TIDAK TERBELA ..
TIDAK DI URUS DENGAN BETUL ..
MANA KEIKHLASAN DARI PUCUK PIMPINAN PAS..
KATA BERJUANG UTK AGAMA ISLAM ..
KENCING DALAM TEMPURUNG ..
TENGOK BETUL @ Tidak ..
PAS yang mulakan isu memali ni semula. Ok, kita Terima, mari kita kupas semula kisah memali ni, supaya cai2 pas dan pr yang masih berhingus tahu kisah sebenar. Kita mulakan dengan - duit tabung memali pi mana?
Apa kamu ingat tun mahathir mcm yg sorang bekas dpm tu ka? Asyik nak saman.... Kalau kalah kutuk segala! Dan tun mahathir langsung tak takut pasal rahsia... Sbb rahsia2 tu ialah rahsia mereka yg sibuk membangkit & menipu ni lah!
Cai PAS yg budak2 lagi tu, cuba tanya otai hangpa tabung memali tu apa dia. Semuga Allah Taala buka kan hati hangpa.
kenapa cai PAS senyap.sikit2 salah Tun Mahathir.kepala angguk ko.apa kena mengena dgn Tun Mahathir?? dah terang-terang dia pergi luar negara waktu kejadian.sepatutnya musa hitam yg bertanggungjawab.bangang!! kalau tak sbb tun settle kan masalah krisis kewangan malaysia x aman mcm sekarang.harap anwar?? nak pinjam duit IMF?? lebur laaa
Kesian musa hitam masih rasa kecewa tak dpt jadi pm sama macam pak nuar .
Pencacai PR ini mesti busuk hatinya. Dah terbukti berpuluh kali Tun M cuba difitnah seperti insan tersayang Macai PR, penjilat peliwat yang cuba memfitnah Tun M dengan Israel, sekarang apa cerita? Bekas PM Israel itu sendiri mengatakan bahawa Tun M itu seorang yang tegas dan tidak berkompromi dengan Israel. Pak Lah cuba memfitnah Tun M yang mengarahkan Ops Lalang, lihat bekas Polis Negara yang sendiri mengakui PDRM sendiri yang mengambil tindakan. Tun M difitnah mencampuri urusan Ketua Hakim Negara, lihat apa sebenarnya cerita disebalik itu. Betapa Allah swt melindungi Tun M yang banyak membantu negara lain seperti Bosnia, Palestine, South Africa. Itu yang nampak, dan yang tidak nampak?. Adakah Tun M megah bercerita seperti lelaki kesayangan pencacai PR, yang dilabel bodoh oleh Tun Daim?.
Mamak ini iblis yg amat mengerunkan, dia telah meninggal tradisi dimana jenayah2 yg dilakukan pengikut2 setianya boleh ditutup rapat2, Bahlol sungguh sampai kemasukkan Altantuya tidak ada dalam rekod imigresen. Ini lah Malaysia yg telah dijerat oleh SyaiTun . Sebenarnya dalam UMNO tidak ada tempat untuk ekstremis2 bangsa.Negara dalam ambang bahaya kerana taksub dgn kuasa dan ras. Tunggu je di makan azab Allah.
anon 2:38 kalu kamu muslim kamu wajib bertaubat sebelum terlambat , ada kata kamu non muslim sesungguhnya kamu kekal di neraka kerana kamu tetap makhlok cipta tuhan yg MAHA ESA.
Kecian dia.goreng tak kena.bertambah buruk lah lg namanya.nawaitu biar betul.alif ba ta didahului
Post a Comment