Social Icons

Pages

Saturday, June 08, 2013

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK MENJADI PM WALAUPUN #PRU14 !!!


Timbalan Editorial akhbar,Tay Ting Hean dalam ruangan Sudut Pendapat akhbar Sinchew Daily meragui kerelevanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Pilihanraya Umum ke-14. “Anwar pernah berkata selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) beliau akan keluar daripada politik dan mengajar di luar negara jika pakatan pembangkang gagal memerintah.


PRU telah pun berlalu,sebaliknya Anwar masih dalam politik.Janji-janji politik itu selalunya adalah percakapan kosong belaka,boleh cipta 100 jenis alasan menutup satu janji politik. “Tiada masalah jika orang ramai anggap janji itu bukan luar biasa dan terima Anwar kekal dalam politik.Selepas lima tahun,jika Anwar menjadi Perdana Menteri, usianya hanya 71 tahun.Pokoknya, adakah Anwar boleh menjadi Perdana Menteri?,”soalnya.

Berikut terjemahan lengkap tulisan beliau yang disiarkan Utusan Malaysia

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 30 Mei 2013 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editorial akhbar tersebut, Tay Ting Hean berkenaan jalan pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentukan beliau layak menjadi Perdana Menteri Malaysia atau tidak.Anwar pernah berkata selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) beliau akan keluar daripada politik dan mengajar di luar negara jika pakatan pembangkang gagal memerintah.PRU telah pun berlalu,sebaliknya Anwar masih dalam politik. Janji-janji politik itu selalunya adalah percakapan kosong belaka, boleh cipta 100 jenis alasan menutup satu janji politik. Tiada masalah jika orang ramai anggap janji itu bukan luar biasa dan terima Anwar kekal dalam politik. Selepas lima tahun, jika Anwar menjadi Perdana Menteri,usianya hanya 71 tahun. Pokoknya, adakah Anwar boleh menjadi Perdana Menteri? 

Perlu dilihat ciri-ciri diri beliau sendiri,masih dilamun suasana pilihan raya,teruskan memimpin rakyat berkempen menentang kerajaan sedangkan boleh pilih cara demokrasi melalui Dewan Rakyat,buktikan beliau mampu memerintah.Jika beliau pilih supaya orang ramai membantah,kami tidak nampak ada sebarang masa depan.Hakikatnya,pilihan raya telah pun tamat,seluruh dunia tahu keputusan itu.Jika tidak puas hati, tidak mahu terima,boleh bawa kes itu ke mahkamah,cabar kesahihannya.Ini adalah peraturan demokrasi, siapa yang majoriti di Parlimen boleh membentuk kerajaan, yang sedikit menjadi pembangkang. Pilihan raya itu sah ataupun tidak ditentukan oleh mahkamah,tiada satu isu pun boleh “menyeru orang ramai membantah”,jika tidak selamanya tidak akan selesai dan PRU tiada keputusan muktamad. Mengerah orang ramai bukan perancangan jangka panjang, orang yang ambil bahagian akan rasa penat, yang melihatnya pula akan rasa bosan. 

Kerajaan perlu beroperasi dan rakyat perlu kembali pada tugas masing-masing. Sebenarnya Anwar ada pilihan kedua iaitu ikut dan patuh kepada peraturan demokrasi,perjuangkan matlamatnya di Dewan Rakyat dan buat persediaan untuk PRU seterusnya.Jika sanggup tunggu lima tahun lagi,dari saat ini Anwar sepatutnya membuat persediaan mainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang,pimpin pakatan dengan baik, lakukan persaingan melalui demokrasi.Pakatan kini mempunyai 89 kerusi Parlimen,memerintah tiga negeri dan mempunyai lebih daripada separuh pengundi sebagai sandaran.Tanggungjawab Anwar kini perkukuh dan perluas pengaruh PKR menjadi nadi sebuah parti berbilang kaum. Tarik lebih ramai penyokong serta pengiktirafan orang Melayu,seterusnya cuba pecahkan rekod di Sabah dan Sarawak. Jika dalam PKR asyik berbalah dan mahu ambil kesempatan,hanya mengharapkan undi serta sokongan orang Cina,pasti kelak ia tetap sama seperti sekarang. PKR yang sebegini tidak akan menjadi kuat untuk realisasikan impian Anwar.Lakar polisi dan strategi,cipta hala tuju dan masa depan termasuk tubuhkan Kabinet Bayangan.Cadangkan prinsip untuk mentadbir negara,bersaing polisi politik dengan Barisan Nasional (BN), buktikan polisi pakatan lebih baik sehingga mampu ambil alih dan transformasi kerajaan. Pakatan pembangkang seperti ini barulah dapat diiktiraf ramai, rebut sokongan Melayu di kampung-kampung serta rakyat dari Sabah dan Sarawak, barulah mampu mencipta jalan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.Bukannya tidak boleh Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi kena lihat jalan apa yang beliau pilih. - AIDC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Hentikan hasutan untuk menumbangkan kerajaan dan berdemo. Tahan nafsu 5 tahun, bermuhasabah diri dan perbaiki moral peribadi serta banyak bersabar, beribadat dan melakukan amalan-amalan soleh. Rakyat sentiasa doakan kejayaan dan kesejahteraan pemimpin yang mulia setelah bertaubat. Insyallah boleh syeikh !

QalamQabut said...

Aku dah selalu cakap, ANUwar Ibrahim memang tak layak jadi PM Malaysia, baik sekarang mau pun bila2. Dia saja yang gila kuasa.

Sinchew Daily dah cakap untuk 5 tahun akan datang. Kalau Fuckatan menang pun, ANUwar hanya akan dapat duduk atas takhta tak sampai 100 hari. Dia akan gila sebagaimana orang gila kena loteri. Sekejap saja dah kena hantar ke Institut Mental Negara. Siapa nak hairan dan nak ragu dengan keadaan diri dan perangainya yang ada sekarang ni.

So siapa yang akan ganti dia? Haji Hadi? Sorrylah... DAP tonggang PAS sebab kehandalan dema pecahkan umat Islam saja. Apa pendirian dan perjuangan PAS yang dapat sokongan DAP? KOSONG.

So siapa yang akan jadi PM?

Anonymous said...

Sebab tu lah LKS mati mati na kan DSAI sebagai PM [ Penipu Malaysia ]sebab dia tahu DSAI bukan nya cerdik sangat , bila DSAI naik jadi PM nanti ta sampai sebulan aja korang tengok lah apa yang akan KS [ Kapal Sing si kerusi roda ] lakukan ...habih di keluarkan pekung pekung DSAI. Ini memaksa DSAI meletakkan jawatan sebagai PM dan korang na tahu sapa bakal adi PM? tentu korang dah agak sappa orang tu....KALIFAH LIM GUAN JING. Maka sekali lagi melayu di TIPU

 
 
Blogger Templates