banyak pihak dalam PR menggesa DAP mengambil tindakan disiplin yang keras (termasuk dipecat dari parti) ke atas Ahli Parlimen Bakri,Er Teck Hwa kerana kebodohannya menghadiri taklimat Parlimen di bangunan Parlimen semalam.Alasan Teck Hwa bahawa beliau tidak membaca email dan sms adalah alasan yang terlalu remeh untuk dianggap sebagai penjelasan yang munasabah.Jika pun masih keliru,kenapa Teck Hwa tidak menghubungi rakan ahli parlimen PR yang lain sebelum membuat keputusan untuk menghadiri sesi taklimat tersebut ???
Walaupun DAP telah mengumumkan untuk mengambil tindakan yang tegas, tapi ramai melihat parti tersebut terlalu lambat bergerak untuk menghukum seorang ahli parlimen ini.Sehingga sekarang,jawatankuasa disiplin untuk membicarakan kes Teck Hwa tersebut masih belum ditubuhkan,jauh lagi untuk membuat keputusan jenis tindakan apa yang mahu dikenakan ke atas ahli parlimen untuk 2 penggal tersebut.
saya difahamkan,Teck Hwa bukanlah seorang yang bijak.Maksudnya dia memang bodoh.Entah macam mana dia boleh terpilih pada 2008 yang lepas,tapi anehnya menang pula di Bakri.Difahamkan Teck Hwa terpaksa dicalonkan semula kali ini kerana DAP tidak mahu satu-satunya ahli parlimen parti tersebut yang menang di Johor pada 2008,digugurkan pada kali ini.Nanti entah apula cakap rakyat di kawasan tersebut yang menyokong Tech Hwa.Daripada menghadapi kebarangkalian berlakunya undi protes,adalah lebih baik Tech Hwa dikekalkan dan ternyata keputusan itu tidak silap sebab Teck Hwa masih menang.Tapi ini pula masalah yang terpaksa PR hadapi dengan ahli parlimen yang sangat dikenali kerana hanya ‘sesekali’ menggunakan otak ini.Sudah disebutkan bahawa PR memboikot taklimat tersebut, dia masih berdegil untuk menghadirinya seterusnya mencemarkan imej baki 88 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain.
PR baru sahaja berjaya memperbaiki pertelagahan yang wujud antara PKR dan 2 parti komponen yang lain, iaitu DAP dan PAS dengan memboikot majlis taklimat ini.Datang Teck Hwa merosakkan pula kejayaan yang baru dicapai dengan menghadiri taklimat tersebut yang sebetulnya diadakan untuk ahli-ahli parlimen baru, bukan yang sudah 2 penggal seperti Teck Hwa.Sebaiknya Teck Hwa dipecat sahaja dari DAP dan dibiarkan menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong PR.Dengan pemecatan itu,imej buruk yang ditunjukkan Teck Hwa,dapat dielak dari dikaitkan dengan parti tersebut.Apatah lagi semua orang tahu DAP adalah parti yang tegas dan berdisplin serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin parti tersebut yang melanggar disiplin parti walaupun bergelar ahli parlimen.
Apa jua kegagalan DAP menangani isu Teck Hwa ini dengan segera, menjadikan DAP sebuah parti yang tidak jauh beza dengan parti-parti politik yang lain,terutama dari kalangan parti komponen BN.
DAP bukan lagi sebuah parti yang tegas seperti dahulu,sebaliknya mengutamakan kedudukan kerusi mereka yang paling tinggi dalam parlimen (di kalangan parti pembangkang) semata-mata.
Tanpa DAP sedari,kejayaan memenangi 38 dari 51 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang lepas, banyak dibantu oleh kerjasama rakan-rakan dalam PR.Tanpa PKR dan PAS,pencapaian DAP dijangka jauh lebih teruk berbanding dengan tahun 2008 sekalipun.Pemecatan Teck Hwa tidak akan memberi kesan kepada kedudukan PR di parlimen kerana Teck Hwa masih lagi ahli parlimen yang mesra PR.Jadi,janganlah bimbang untuk mengambil tindakan yang keras terhadapnya.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Thanks 4 this piece,"sesekali" menggunakan otak and taklimat adalah utk ahli parlimen penggal pertama really made me laugh..Er Teck Hua,.anda layak digelar Badut Rakyat,.harap2 pasni anda akan buat lebih byk spastik/slapstik joke mcm ni.
Post a Comment