Naib Presiden Umno,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi orang pertama di kalangan menteri kabinet yang bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan satu rang undang-undang baru bagi menghukum perbuatan sesetengah pihak yang semakin berani menghina institusi Raja-Raja Melayu.Ini kerana sudah acap kali institusi ini dijadikan sasaran kejian,makian,hinaan dan sebagainya.Sejak kebelakangan ini,institusi Raja-Raja Melayu telah dijadikan sasaran serangan, khususnya di kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang secara tidak langsung cuba mengheret Raja-Raja Melayu ke dalam kancah politik sempit mereka.Tidak cukup dengan itu,ada di kalangan penyokong mereka yang bertindak kurang ajar dengan mengeluarkan pelbagai komentar di laman-laman sosial atas nama hak dan kebebasan bersuara.Ironinya,apabila ditanya pimpinan pakatan akan segera menafikan niat di sebalik perbuatan mereka itu dengan mengatakan mereka tidk berniat untuk menghina atau sebagainya.Namun apabila ada di kalangan penyokong mereka yang ditangkap untuk tujuan siasatan,pimpinan pakatan pembangkang akan menjadi orang pertama tampil membela perbuatan itu sambil menggesa agar pihak berkuasa segera membebaskan tahanan tersebut.
Ekoran serangan yang tiada henti ini bekas Hakim Mahkamah Rayuan,Mohd Noor Abdullah tampil untuk mengemukakan cadangan agar kerajaan menimbangkan usul untuk mewujudkan satu undang-undang khas terhadap kesalahan menderhaka kepada raja.Ia bertujuan untuk mengelakkan perkara ini menjadi satu budaya baru dalam masyarakat.Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,institusi Raja yang berdaulat perlu dipelihara bagi mengelak penghinaan terhadap institusi tersebut. Satu undang-undang baru perlu digubal untuk menghukum perbuatan mereka yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu ini “Institusi Raja-raja ini sebuah institusi yang termaktub dalam perlembagaan dan ianya berdaulat. Jadi kita tak nak ia dipersendakan.Mungkin salah satu kaedah yang baik ialah dengan menyediakan satu akta bagi mengelak penghinaan pada institusi Raja ini supaya takkan berlaku (penghinaan),” katanya.
Shafie turut menegaskan,kajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu,yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja,sama ada dalam bentuk ucapan,sindiran,grafik dan sebagainya.Walaupun banyak pihak terutama di kalangan pimpinan parti-parti pembangkang yang membantah,ia tidak bermakna akta itu nanti tidak boleh menjadi kenyataan suatu hari nanti.Setidak-tidaknya apa yang disuarakan oleh Mohd. Noor sangat relevan dalam keadaan sekarang.Menerusi akta tersebut,ia memberi mesej jelas bahawa institusi diraja tidak boleh dipersendakan apatah lagi dihina selain dapat membantu menangani ekstremisme.Tiada sesiapa yang perlu gusar terhadap akta seumpama itu jika tiada niat serong.Rakyat yang cintakan Perlembagaan negara dan menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, tidak sepatutnya menolak. Malah saya turut bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh Awang Selamat (salah seorang kolumnis dari Utusan Malaysia) yang mengatakan cadangan Mohd. Noor itu sedikit sebanyak mampu mencetuskan perhatian terhadap sejauh manakah komitmen kita semua dalam menjaga institusi diraja.
Ia boleh membuka perdebatan apakah undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan 1948,Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah memadai.Ini kerana undang-undang sedia ada dilihat tidak memadai,kerana jika ia memadai,mengapa makin banyak kes menghina raja kita ??? Sebagai contoh cuba kita bandingkan negara luar yang begitu bertegas dalam mempertahankan sola ini.
Mahkamah Thailand di bawah undang-undang ‘lese-mejeste’ sebelum ini telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina raja pada 2011.Dalam satu kes di Kuwait pada 8 Mac lalu,mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan ke atas seorang aktivis selepas didapati bersalah menghina Amir Kuwait selain menyeru perhimpunan antikerajaan dan menyebarkan berita palsu menerusi akaun twitternya.
Di Mesir pada 2 Jun lalu pula,sebuah mahkamah di Kaherah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.
Di Malaysia,hukuman ke atas pesalah menghina Raja-raja Melayu masih ringan,yang sesiapa pun tidak gerun untuk melakukan perbuatan itu.Ada beberapa kes,mencuri sebotol serbuk minuman di pasaraya lebih berat hukumannya daripada menghina raja.Benarkah tahap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia kurang berkesan kerana kita mahu menjaga hati kaum dan penganut agama lain ??? Baik sangatkah mereka kepada umat Islam ???
Percayalah selagi tidak ada undang-undang dan hukuman tegas dikenakan kepada penghina, maka mungkin bentuk penghinaan yang lebih dahsyat akan berlaku pada masa depan.Setakat ini,penulis blog,facebook,twitter yang hina orang Melayu dan agama Islam hanya menyatakan mohon maaf.Cukupkah setakat itu sahaja ???
Selagi masih ada kelompongan di dalam perundangan kita,maka pasti akan ramai lagi yang cuba bertindak biadab ibarat ‘kaduk naik junjung’.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment