Social Icons

Pages

Wednesday, June 19, 2013

HOT NEWS !!! KU LI CUBA PERANGKAP MP BN ??? WAJIB BACA !!!


Beberapa laman blog melaporkan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razleigh Hamzah (Kuli) sedang merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib bila sidang parlimen bermula kelak.Untuk memastikan perkara tersebut,Kuli dilaporkan telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa ahli parlimen BN di kediamannya di Kuala Lumpur bagi memastikan usul itu nanti akan mendapat sokongan ahli Parlimen BN bila ia disebut di Parlimen nanti.Hakikatnya,Kuli tidak ada alasan kukuh untuk mengadakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri kerana tidak ada sebarang isu besar yang mewajarkan usul tersebut untuk dibahaskan dan diadakan pengundian.Seperti mana amalan biasa,usul undi tidak percaya biasanya dibuat jika ada kegagalan luar biasa pihak kerajaan yang membolehkan usul sedemikian di kemukakan. 

Masalahnya sekarang tidak ada apa yang luar biasa.Semuanya sama macam dulu dulu juga.Jadi apa guna Kuli mengadakan pertemuan sulit dengan semua ahli parlimen tersebut ??? Dari maklumat yang penulis dapat,Kuli cuba untuk memerangkap ahli parlimen terbabit dengan usul undi tidak percaya ini kerana kononnya Perdana Menteri sedang kehilangan sokongan,baik dari dalam dan luar UMNO.Ini berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan seorang blogger yang kononnya menunjukkan lebih ramai orang mahu Presiden UMNO ditukar.Yang ramai orang terlupa,kaji selidik oleh blogger berkenaan tidak terhad kepada ahli UMNO,sedangkan persoalan seumpama itu hanya layak ditentukan ahli UMNO sahaja. 

Hakikat yang sebenarnya,ada sumber menyebut kepada penulis yang Kuli menyasar untuk mendapatkan kerusi Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung yang bakal diadakan kelak bagi memenuhi cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Cita-cita yang tertangguh sejak 1987 lagi. Dan mengenali Kuli, beliau adalah seorang yang tidak pedulikan UMNO,yang lebih penting ialah nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri sahaja,macam Anwar Ibrahimlah kata sumber itu lagi.Walaupun isu ini telah bertebaran selama beberapa hari, masih tidak ada respon balas dari Kuli sendiri.Yang penting,ini adalah perkembangan yang menarik untuk kita sama-sama tunggu.Jika ia benar,saya tidak rasa Perdana Menteri dan pihak lain yang turut mengintai peluang yang sama,akan berdiam diri begitu sahaja.Mana-mana sekalipun,ramai melihat UMNO perlu terus dipertahankan.Tanpa parti tersebut,tidak mungkin BN dan hak orang Melayu dapat dipertahankan lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan warga emas warga emas dalam parti politik Malaysia ini?? Sepatutnya semakin tua makin berakal tapi nampaknya diMalaysia ini makin tua makin mengakal...tak ingat mati ke?

Tanyalah pada diri sendiri apakah kehadiran mereka dimuka bumi ini dan perbuatan mereka ini menguntungkan umat ISlam atau merugikan. Jujurlah pada diri sendiri.

 
 
Blogger Templates