ramai mungkin tidak sedar bahawa sejak 1987,UMNO tidak pernah mengadakan pertandingan bagi jawatan Presiden dengan Tun Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO terakhir (setakat ini) yang pernah terlibat dengan pertandingan paling sengit dalam sejarah itu.Justeru,sebagai Presiden UMNO terakhir yang pernah menghadapi tentangan dalam pemilihan parti,Mahathir sudah tentu lebih tahu perkara buruk apabila berlakunya perebutan jawatan Presiden UMNO.Pada waktu itu,keengganan Tengku Razaleigh yang menjadi pencabar Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO menerima kekalahannya,telah menyebabkan rentetan peristiwa yang akhirnya membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988.Maka itu saya tidak terperanjat bila Mahathir menyokong supaya pertandingan 2 jawatan tertinggi UMNO tidak diadakan dalam perhimpunan agung UMNO yang akan datang sebab yang penting sekarang ialah memperkuatkan UMNO,bukan memecah belahkannya lagi akibat pertandingan di peringkat tertinggi.
Setakat ini,hanya satu orang sahaja yang dikhabarkan bersedia untuk mencabar Datuk Seri Najib bagi jawatan itu dan ironinya,dia adalah orang yang sama menyebabkan UMNO diharamkan pada 1988 – Tengku Razaleigh sendiri.Pada usia 78 tahun sekarang,hasrat Tengku Razaleigh untuk menjadi Perdana Menteri nampaknya tidak pernah padam walaupun setelah apa yang dia lakukan kepada UMNO dan BN sebelum ini.Bagaimanapun,kebenaran di sebalik dakwaan tersebut (Tengku Razaleigh akan mencabar Najib),masih tidak dapat dipastikan.saya yakin,Mahathir sedar kepada kemungkinan bahawa perpecahan UMNO akan menjadi lebih teruk berbanding 1987,apatah lagi melihat kepada pengaruh pembangkang yang semakin meningkat di Parlimen sekarang (walaupun tidak sekuat UMNO),ada kemungkinan pihak yang tewas dalam perebutan jawatan itu nanti,beralih kepada pembangkang untuk membentuk perikatan politik baru.
seterusnya menumbangkan kerajaan sedia ada.Pada 1987,pembangkang tidaklah seperti sekarang dengan Tengku Razaleigh sendiri menubuhkan partinya sendiri S46 untuk menyaingi UMNO.Dia tidak menyertai mana-mana parti pembangkang kerana tahu mereka tidak sekuat mana.Mahathir,saya yakin mengutamakan kepentingan parti,lebih dari kepentingan individu dan beliau telah menjangka pembangkang akan mengambil kesempatan dari pemilihan yang bakal berlaku untuk kepentingan mereka, tidak kira pihak mana pun yang kalah.Ahli-ahli UMNO patut mempertimbangkang cadangan Mahathir dan cadangan serupa dari beberapa pihak lain dalam hal yang sama sebelum ini.Utamakan perpaduan parti terlebih dahulu,sebelum hal-hal yang lain.Ingat,tidak ada pihak yang boleh mengalahkan UMNO,melainkan UMNO itu sendiri.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment