Social Icons

Pages

Thursday, June 20, 2013

HOT NEWS !!! #BLACK505 !!! HUSAM SERU PAS BERJIHAD UNTUK KRISTIAN ??? APA CERITA NI ???


Terlalu kecewa kerana terlepas jawatan dan kalah pilihanraya,Husam Musa dilaporkan oleh Harakahdaily sebagai berkata “Andaikata kita terkorban atau satu daripada kita terkorban,insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.” Kata-kata itu merujuk kepada gesaannya kepada semua penyokong PAS agar menyertai Himpunan Blackout 505 pada 22 Jun ini.Menurut beliau lagi “Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa,bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505.”Nampaknya,Husam tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya tersingkir dan Anwarinas kini tidak lagi berpengaruh besar dalam PAS.Mimpi Husam terlalu tinggi,setinggi ego beliau juga.Apabila jatuh tersepuk begini,tentulah Husam merasa bagai nak gila.PAS,pada dasarnya enggan terbabit dalam Himpunan 505 dan telah beberapa kali membuat kenyataan enggan bersubahat dengan sebarang usaha untuk mencetuskan anarki. 

Bertitik-tolak dari itulah maka Himpunan 505 hanya mampu menarik minat segelintir Melayu PKR,manakala selebihnya 90% adalah kaum Cina.Matlamat utama setiap himpunan yang diadakan PR tentunya untuk mencetuskan huru-hara.Malangnya tanpa puak-puak balaci PAS meramaikannya,matlamat itu amat sukar untuk dicapai.Inilah yang Husam Musa gusarkan iaitu jika tiada huru-hara, siapalah dia ??? Hanya jika Anwar dapat bertakhta maka riwayat politiknya akan dapat diselamatkan.Segala tekanan ini menyebabkan Husam tidak berfikir panjang untuk bermain dengan agama.Lagipun,sudah lama PAS terlajak perahu dalam mempermainkan agama,jadi apalah salahnya jika Husam menolak perahu itu sedikit lagi.Husam perlu mendapatkan penyertaan puak-puak PAS yang boleh ‘dirasuk’ dengan semangat benci kepada kerajaan sehingga sanggup melompat atas kereta polis, menghamun, mencabar dan menyerang polis.

Lebih dari itu,puak-puak ini juga mudah dihasut dengan berita palsu agar menimbulkan keganasan sesama sendiri.Mungkin juga mereka boleh dilagakan dengan kaum Cina yang selama ini setia memeriahkan himpunan Blackout.Dalam keadaan yang ramai dan kelam kabut dengan emosi yang berserabut, pastinya apa-apa jua boleh berlaku.Bagi menarik puak-puak PAS ini,Husam perlu bermain dengan agama iaitu dengan mengeluarkan fatwa bahawa penyertaan ke himpunan tersebut adalah jihad dan mampu membawa kepada mati syahid.Jelas,Husam dalam keadaan geram,gelabah,dendam dan tidak tertahan-tahan untuk menebus kejatuhannya. Kita pasti, bukan Husam tidak tahu bahawa bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan BN bukanlah jihad tetapi jahat. Bukan Husam tidak tahu bahawa DAP ingin menghapuskan Islam sebagai agama rasmi dan berjuang untuk kedaulatan Kristianiti.Bukan Husam tidak tahu bahawa mati dalam keadaan melakukan kemusnahan ke atas sesuatu yang berada dalam keadaan baik bukanlah syahid tetapi mati katak dan bukan Husam tidak tahu bahawa bekerjasama dengan kafir harbi bukan pejuang,tetapi pengkhianat.Husam tahu semua itu tetapi Husam sudah tidak kisah lagi.Agama sudah lama menjadi sekadar ungkapan di bibir,dimainkan dan dilelong sesuka hati.Justeru,dengan hakikat 90% peserta Blackout adalah Cina DAP,maka kenyataan Husam seolah-olah menyeru orang-orang PAS agar berjihad untuk Kristian.Tetapi,bagaimana pula jika Cina DAP yang mati ??? Adakah syahid dalam Kristian ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Murahnya nilai agama pada puak-puak bulan penuh.

Anonymous said...

Walaupun bulan penuh BUT on the Dark Side of The Moon.

Anonymous said...

KITA NAK TENGOK DIA SANGGUP TEMPAH MAUT TAK. SETAKAT BERANI CAKAP SAJA TAK GUNA JUGA. KENA SEMBUR AIR PUN DAH LARI LINTANG PUKANG....ITULAH MASALAHNYA BILA OTAK DIKUASAI SYAITAN. TAK TAHU NAK BEZA MANA BAIK DAN BURUK LAGI.

hangkedee said...

Tanpa wali seliper pok niky Pas is Dead.

 
 
Blogger Templates