desas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) akan mencabar Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang,sudah mula bertiup kencang di sana sini.Banyak blog dan facebook sudah mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai.Ada yang menyokong,ada yang tidak dan sebagainya.Sememangnya,sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada demokrasi,hasrat Kuli ini (jika benar) bukanlah satu kesalahan,tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat,menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti terbesar orang Melayu tersebut semata-mata,tapi dalam masa yang sama,Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik sebagai Pengerusi BN.
Disinilah kredebilti dan keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak.Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriiti dalam UMNO,tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN yang lain ???
Hal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN,bukan UMNO.Lagipun,pada usia 76 tahun sekarang,saya dan ramai yang lain lagi tidak yakin Kuli mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk rakyat Malaysia.Kuli gemar menoleh kebelakang,dari melihat masa hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988,Kuli mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang menghidupkan semangat UMNO lama.Orang Melayu tidak memerlukan semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan),orang Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah nasib kaum tersebut.
Bercakap tentang S46, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat ‘kejayaan’ PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990.
2 pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.Secara mudahnya,APU mewakili parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa,HAMIM,KIMMA) sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan PRM).Kenapa diwujudkan 2 pakatan pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza ??? Sebab Kuli tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada waktu itu, atas platform yang sama.Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini.
BN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu.BN memerlukan pemimpin moderate yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di negara kita. Kuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai semula UMNO pada 1996.Pendek kata,Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah poltiiknya yang lampau.Yang penting sekali,Kuli bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia.
Selain faktor umur yang disebutkan di atas.
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
Betulkah berita ni?Jika ya,habislah UMNO.
Carilah calon yg lebih hebat.Pemimpin kuno dan tak relevan tak perlu diketengahkan.
Dr tulisan ni nampak sangat badut ni tak tahu sejarah. Ku li dah taada di persada kuasa lebih dr 26 tahun. Mereka yang bawah 45 tahun batu 20 thn ketika tu. Bawah 30 thn pun tidak tahu siapa kuli. Najib tu jd pegawai khas kuli masa chairman Petronas la... Hang nak kata apa!
Hang tau dak kalau kuli tak buat petronas dulu Malaysia dah lama bangkrap dah...krisis ekonomi 97/98 dulu pun dah lingkup dah...
kalau kalah dia tubuh semangat 46 lg?
Anon6.33
Lu pun tak tau pasai apa UMNO haram. Pasai apa 46 ditubuhkan. Taudak brp ramai team B yg tak dibenar jd ahli UMNO baru? Hang tak tau kan?
Taudak yg mintak UMNO diharakan dulu peguam UMNO yg nama G Sri Ram? Tak tau kan?
Jd kalau suma tak tau jgn ckp manyak la..
jd dia akan tubuh semangat 46 lah kalau kalah?
Post a Comment