bantahan banyak pihak ternyata tidak diendahkan oleh pemimpin pembangkang diketuai Anwar Ibrahim apabila tetap mahu mengadakan perhimpunan haram Blackout 505,kali ini di Kelantan.Perhimpunan itu dijadual diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh pada malam Rabu ini.Ia dijangka dihadiri Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob.Pelawaan supaya orang ramai untuk hadir ke perhimpunan itu turut dimuatkan dalam laman Facebook milik Nik Abdul Aziz.Ironinya,penganjuran perhimpunan itu seolah-olah cuba berselindung di sebalik program keagamaan,apabila menyelitkan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, solat hajat dan ceramah agama.Walhal,semua tahu objektif penganjuran perhimpunan itu adalah membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Tengok poster di atas pun dah boleh baca,boleh teka nawaitu perhimpunan.Kalau asasnya nak berkumpul berjemaah solat Maghrib,Isyak beserta kuliah,rasanya lebih molek kalau wajah TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dok depan sekali.Imam kan ??? Kalau Anwar Ibrahim dok depan,anwar ibrahim jadi imam.Sahih kuliah Maghrib dan Isyaknya tak lain tak bukan semua orang dah tahu. Kalau nak beribadat pun, biarlah pasang niat betul.Insya-Allah diredai solat hajatnya itu.Agaknya sebab itulah di Kelantan dulu solat hajat di pagi hening pukul 3,4 pagi beratus-ratus jemaahpun Allah belum lagi nak bagi kemenangan mutlak pada Pas, pada PR (pakatan pembangkang)," demikian komen seorang pengikut laman Facebook Nik Abdul Aziz ,Zahari Zakaria.
Sebelum ini,pimpinan Pas Kelantan menyatakan pendirian menolak sebarang kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pada PRU-13.Malah,Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga sebelum ini dilaporkan menyatakan penganjuran perhimpunan haram itu tidak boleh dikaitkan dengan kerajaan Pas negeri.Bagaimanapun,penglibatan pemimpin kerajaan Pas Kelantan khususnya Menteri Besar dalam perhimpunan itu jelas bertentangan dengan kenyataan Mohd. Amar dan Anwar,seperti semasa kempen PRU-13 dan demonstrasi Bersih,sekali lagi mahu mengheret rakyat Kelantan dalam agenda politiknya.Beliau tahu,tanpa penglibatan pemimpin dan penyokong Pas,perjuangan politiknya tidak akan ke mana.
Perlu diingat,pada PRU-13,rakyat Kelantan menolak hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri apabila tiga calon Parlimen PKR,tewas di negeri ini dengan majoriti agak besar.Kekalahan calon PKR di Ketereh,Tanah Merah dan Machang mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu.Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK),Azmi Ali dalam responsnya sebelum ini mengingatkan semua pihak supaya tidak mengundang keadaan huru-hara ke Kelantan melalui penganjuran perhimpunan haram berkenaan.Sepatutnya selepas PRU-13,berusahalah untuk mewujudkan perpaduan,bukannya membuka ruang perpecahan.Kita menolak perhimpunan haram ini di Kelantan dan kerajaan negeri juga perlu menolaknya kerana mereka telah menyatakan menolak cara kekerasan termasuk demonstrasi jalanan bagi mengambil alih kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Selain Azmi,penganjuran perhimpunan itu juga tidak mendapat restu kebanyakan rakyat dan bantahan mereka dapat dilihat melalui komen-komen yang dipos dalam Facebook bekas Menteri Besar Kelantan itu.Antaranya,seorang penulis,Sharudin Asamad dengan sinis menyatakan : Allah belum perkenankan solat hajat TGNA dan ahli-ahlinya tapi Allah telah makbulkan solat hajat orang UMNO yang dikatakan solatnya tidak sah.Qada dan qadar wajib dipercayai dan diimani oleh orang Islam.Sebanyak mana kamu solat hajat sekiranya Allah tidak perkenanankan walaupun solat itu dari ulama, maka adalah satu peringatan sesungguhnya,muhasabahlah diri sendiri di mana kesilapannya."
Maka,tidak hairanlah apabila ada yang mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang bahawa musim pilihan raya telahpun berlalu dan kini masa bekerja untuk rakyat.Terimalah keputusan rakyat dan jangan sampai mereka menghukum pemimpin-pemimpin yang tidak reda dengan ketentuan Allah pada pilihan raya umum akan datang.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
kelantan?? lantak la, kalau nak melingkup pun ada aku kisah
Post a Comment